QR Code Portal Melaka

Mobile Barcode

Daftar @ Melaka

Anda di sini :: Laman Utama :: Berita Terkini :: Pertandingan Mereka Bentuk Laman Web (Templat) JoomlaTM
Pertandingan Mereka Bentuk Laman Web (Templat) JoomlaTM PDF Print Write e-mail



Selaras dengan dasar Kerajaan Negeri Melaka memberi tumpuan ke arah Bandar Teknologi Hijau
dalam tempoh 10 tahun untuk mengisi wawasan 2020. Kerajaan Negeri berusaha memberi
galakan kepada semua agensi dan rakyat Negeri untuk bersama-sama menuju ke arah Negeri
Bandar Teknologi Hijau.

Pertandingan Mereka Bentuk Laman Web (Templat) JoomlaTM anjuran Kerajaan Negeri Melaka
dengan kerjasama Bahagian K-Ekonomi, Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat, Bahagian
Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan akhbar Melaka Hari ini adalah untuk
mewujudkan persekitaran dan penggunaan teknologi ICT dikalangan rakyat Malaysia dan Negeri
Melaka amnya secara sihat dalam penghasilan laman web bertemakan “MELAKA MAJU,
NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU”. Pertandingan ini juga akan menghasilkan laman web
terbaik, informatif, kemaskini dan menarik di samping meningkatkan kualiti penyebaran
maklumat secara talian kepada orang ramai dan masyarakat perniagaan khususnya.

Pertandingan in dilanjutkan sehingga 30 SEPTEMBER 2011.

Syarat Pertandingan

Klik di sini.


Borang boleh di muat turun di sini.
 

This content has been locked. You can no longer post any comment.