| Kebajikan Sosial dan Masyarakat |
|
|
|
![]() Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari. Berikut·adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan. Agensi utama yang memainkan peranan penting adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka. Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali di kalangan umum sebagai KEMAS adalah lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 melalui kertas kabinet Bil. 385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program “Pembasmian Buta Hurufâ€. Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep ‘Functional Literacy’ oleh UNESCO sebagai salah satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Jabatan Kemajuan Masyarakat Melaka Aras 2, Menara Persekutuan Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya 75450 Ayer Keroh, Melaka Tel: 06 - 234 5000 Faks: 06 - 234 5010 Sila klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jabatan Kemajuan Masyarakat: http://www.kemas.gov.my/web/guest/home Visi Menjadikan sebuah organisasi yang unggul dalam usaha mensifatkan kemiskinan di Negeri Melaka dengan memberi perkhidmatan yang mesra serta bertanggungjawab. Misi Menjadikan Bahagian Pembela Kemiskinan Negeri Melaka sebagai agensi utama Kerajaan Negeri dalam usaha mensifarkan kemiskinan melalui perancangan perlaksanaan serta penyelarasan yang berkualiti dan merealisasikan Melaka Maju 2010. Objektif
Bahagian Pembela Kemiskinan Negeri Melaka No.34-5, Tingkat 5 Jalan KC 2, Bangunan Kota Cemerlang, 75450 Ayer Keroh, Melaka No Tel. : 06-2323 613 / 614 No Fax. : 06-281 8272 Baitulmal secara umum didefinisikan sebagai rumah harta atau gedung perbendaharaan yang menguruskan kesemua sumber kewangan dan harta masyarakat Islam. Maka dengan itu tanggungjawab utama Baitulmal MAIM adalah menguruskan harta-harta dan kewangan yang dimiliki dan diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka seperti zakat, harta wakaf dan sumber lain yang dibenarkan oleh syarak dalam usaha membantu umat Islam demi pembangunan sosioekonomi dan pembasmian kemiskinan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Jabatan Agama Islam Melaka Imarah B Kompleks MAIM Bukit Palah 75150 Melaka Tel: +606-288 2063 Faks: +606-283 4022 Website: www.maim.gov.my Pusat Zakat Melaka ditubuhkan dalam tahun 1996. Sebelum itu semua pengurusan zakat adalah dikendalikan dan diuruskan oleh Kaunter Zakat Berkomputer. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) telah diamanahkan untuk menjalankan pengurusan zakat secara profesional bagi mengutip dan mengagihkan zakat secara efektif, sistematik dan berkesan. Ini bersesuaian dengan objektif untuk menjadikan zakat sebagai satu pemangkin perekonomian dunia Islam di Negeri Melaka. Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah distruktur semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Jabatan Pembangunan Wanita berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Keluarga (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Keluarga (KPWKM). Pada 1 Mac 2002, pejabat cawangan Jabatan Pembangunan Wanita iaitu Pejabat Pembangunan Wanita Negeri telah ditubuhkan di 13 buah negeri tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Visi Mencapai kesaksamaan gender sebagai asas utama pembangunan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara maju. Misi Meningkatkan penglibatan wanita sebagai penyumbang kepada pembangunan negara. Objektif Meningkatkan keupayaan wanita untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan sokongan dan program-program membina kapasiti yang cekap dan berkesan. Strategi Pejabat
Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka. Ia merupakan pusat rujukan, aduan, kaunseling dan khidmat nasihat setempat khas untuk wanita dan keluarga. Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aktiviti dan program yang berkait rapat dengan penyelesaian isu-isu permasalahan sosial wanita dan keluarga. Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur juga menganjurkan program pembangunan wanita seperti kursus / seminar / ceramah dan latihan peningkatan kemahiran secara perkongsian pintar dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mencapai objektif penubuhannya. Objektif
Program-program yang dilaksanakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan peruntukan bantuan khas perbendaharaan seperti: 1. Kefahaman hal-hal Perundangan (Awam & Syariah)
Hari Isnin – Hari Khamis : 7.30 pg – 1.00 tgh : 2.00 ptg – 5.30 ptg Hari Jumaat : 7.30 pg – 12.15 tgh : 2.45 ptg – 5.30 ptg Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi: Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka No 17, Bukit Peringgit 75400 Melaka Tel : +606-286 8522 / +606-292 2172 Faks : +606-281 1703 Sila layari laman web rasmi : http://www.jpw.gov.my/ Agensi Antidadah Kebangsaan bertugas sebagai agensi yang menjalankan tugas-tugas & program-program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di semua golongan masyarakat, bangsa dan agama. Sehubungan itu, objektif AADK ialah:
Antara Pusat Serenti yang terdapat di Negeri Melaka ialah:
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web AADK Negeri Melaka: Persatuan Pendamai Cawangan Negeri Melaka (Persatuan ALUMNI Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka)PENDAMAI atau dikenali juga sebagai ALUMNI adalah Persatuan Bekas penagih yang telah ditubuhkan pada peringkat kebangsaanya pada bulan September 2002 di Dataran Shah Alam. Ekoran peristiwa tersebut, Pendamai di seluruh negara telah ditubuh serta digerakkan sebagai rakan strategik dan rakan kerja yang paling akrab dengan AADK termasuklah Pendamai di Negeri Melaka. Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka juga berfungsi untuk membantu AADK menjadi rakan kerja kepada lain-lain agensi serta NGO. Selain dari itu ia juga berperanan untuk menjadi rakan kepulihan kepada semua bekas penagih dan mewujudkan kelompok Sokong Bantu bagi mewujudkan ruang dan peluang pekerjaan serta perniagaan. Pendamai juga berperanan mengerakkan aktiviti seperti kaunseling, ceramah dan program khidmat nasihat kepada ahli-ahli disamping menghulurkan bantuan kebajikan kepada ahli-ahli Pendamai. Keahlian Alumni Terbuka kepada semua bekas penagih dadah yang berumur 18 tahun ke atas. Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi: Rumah Pendamai Melaka No 48 848-1, Jalan BI -1 Taman Bertam Impian Tanjung Minyak, 75250 Melaka. Tel / Faks : +606-336 2096 Laman Web : www.aadkmelaka.gov.my Yayasan Angin Ahmar Melaka (YAAM) dengan rasminya telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 2006 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka. Misi 1. Meningkatkan pengetahuan rakyat Melaka tentang penyakit angin ahmar daripada aspek pencegahan, pemulihan dan rawatan susulan. 2. Membantu menyediakan kemudahan pemulihan bagi pesakit angin ahmar. 3. Membantu meningkatkan keyakinan diri bagi pesakit angin ahmar melalui seminar dan kaunseling. Visi 1. Meningkatkan pengetahuan tentang penyakit angin ahmar seramai 4,000 orang bagi tahun 2006 melalui seminar, pameran dan lain-lain. 2. Mendapatkan penglibatan klinik-klinik dan hospital swasta untuk turut serta bersama Yayasan membantu pesakit angin ahmar dalam usaha meringankan bebanan kewangan dan psikologi. 3. Menyediakan data yang lengkap bagi penghidap angin ahmar di Melaka. 4. Menyediakan tempat rawatan setempat bagi rakyat yang menghidap angin ahmar di Melaka. Objektif 1. Mendidik masyarakat tentang bahayanya penyakit angin ahmar. 2. Menyediakan data-data pesakit angin ahmar negeri Melaka. 3. Menyediakan kemudahan peralatan untuk pemulihan penghidap penyakit angin ahmar. 4. Memberi khidmat bimbingan dan bantuan kaunseling kepada pesakit angin ahmar. 5. Melaksanakan program pengurusan pendidikan kesihatan untuk kesedaran dan penyelesaian masalah angin ahmar. 6. Membantu meningkatkan akses dan menjadikan pusat setempat penyakit angin ahmar. 7. Menyelaras dan menjalinkan perkongsian bijak dengan Kementerian-Kementerian, agensi-agensi Kerajaan dan Penubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan mengadakan aktiviti bersama. Aktiviti 1. Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang penyakit angin ahmar melalui program-program seminar kesihatan yang dijalankan agar masyarakat lebih peka dan sensitif mengenai penyakit ini. 2. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan klinik-klinik kerajaan dan swasta di mana YAAM telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Melaka Tengah, LPPKN dan Pusat Rawatan An-Nur dalam menjayakan program angin ahmar bagi mendapatkan kepakaran dan pengetahuan mereka mengenai penyakit ini. 3. Memotivasikan dan meningkatkan keyakinan pesakit-pesakit angin ahmar melalui program berkongsi pengalaman dalam seminar yang dianjurkan. Bekas pesakit angin ahmar yang telah pulih telah menceritakan pengalaman mereka untuk dikongsi bersama bukan sahaja pesakit malah orang ramai yang sihat untuk dijadikan panduan. 4. Menyediakan database yang lengkap bagi pesakit-pesakit angin ahmar dengan bekerjasama dengan setiap DUN agi mendapatkan senarai nama pesakit yang terkini. Jumlah pesakit di seluruh negeri Melaka adalah seramai 302 orang pesakit sehingga Julai 2007. 5. Memperlengkapkan kemudahan rawatan rehabilitasi pesakit angin ahmar. Untuk maklumat Lanjut, Sila Hubungi: Yayasan Angin Ahmar Melaka (YAAM) (721754-D) No. 2, Taman Bertam Jaya 9 Taman Bertam Jaya, 75460 Melaka Tel. : +606-312 4518 Faks : +606-312 4503 E-mel : Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :
Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai Kementerian. Latar Belakang
3. Perancang Keluarga Unit Klinikal / Unit Reproduktif Manusia LPPKN LPPKN terkenal dengan perkhidmatan Perancang Keluarga dan merupakan pusat latihan agensi luar.
Sister Zuraida Bt Kamaluddin (Ketua Jururawat) Tel: +606- 2839413 Faks : +606- 2843514 4. Kaunseling & Nasihat oleh Kaunselor Unit Kaunseling LPPKN
Encik Jalaluddin Bin Abd.Aziz (Kaunselor) Tel: +606- 2834717 Samb. 105 Faks: +606- 2866973 E-Mel : Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh LPPKN, sila hubungi: Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat) Pusat Pentadbiran LPPKN Jalan Bukit Baru peti Surat 38 75700 Melaka Tel: +606-283 4717 Faks: +606-286 6973 laman Web: www.lppkn.gov.my Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Melaka Jabatan Pelajaran Melaka merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sebagai sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam bidang kebajikan sosial dan masyarakat, terdapat unit-unit yang memberikan sumbangan dalam pembangunan modal insan. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Fakta: Proses membantu (dengan teknik menyoal) seseorang (boleh juga berkumpulan) untuk mengetahui potensi diri (dari segi pendidikan, vokasional dan psikologi) ketahap optima dan mencapai kepuasan/kegembiraan kendiri yang sesuai dan berguna kepada masyarakat. Semua sekolah menengah di negeri ini mempunyai guru kaunseling pada masa ini. Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Siapa Layak Tahun 1 – 6 Tingkatan Peralihan – Tingkatan 1 Bilangan Murid Yang Menerima Tahun 1 – 6 = 8,849 orang murid Ting. Peralihan – Ting.1 = 1,331 orang murid Syarat Penerima Ibu bapa/ Penjaga berpendapatan < RM530 sebulan Anugerah Biasiswa Kecil Persekutuan Siapa Layak Warganegara Malaysia yang sedang bermastautin di Malaysia yang sedang belajar di sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan Murid Yang Menerima 12,485 orang pelajar Syarat Penerima Ibu bapa/ Penjaga berpendapatan < RM 1000.00 Proses Permohonan diuruskan dan dibayar oleh Jabatan Pelajaran Negeri Rancangan Makanan Tambahan (RMT) Siapa Layak Ibu bapa/Penjaga bergaji < RM 400.00 sebulan Bilangan Murid Yang Menerima 13,478 orang Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) Program Yang Dikendalikan 1. Pembinaan Sahsiah dan Motivasi Kecemerlangan (Pameran, Kempen, Ceramah, Kursus) 2. Program Pembangunan Modal Insan - Program Pintar (Program Intelek Asuhan Rohani) 3. Program Pendedahan Maklumat - Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) - Pembimbing Rakan Sebaya - Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi: Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Jalan Istana 75450 Bukit Beruang Melaka. Tel: +606-232 3776 / 232 3777 / 232 3779 / 232 3797 / 232 3798 Faks: +606-232 0500 / 06-231 1901 / 06- 231 2326 Laman Web: http://jpnmelaka.gov.my |






