| Pengangkutan |
|
|
|
|
Bagi memastikan capaian yang paling baik kepada Melaka dan juga untuk warga Melaka sendiri, pengangkutan adalah salah satu komponen yang penting dalam penyediaan kemudahan awam. Melaka bangga kerana dapat menyediakan pengangkutan pelbagai jenis yang dapat memudahkan perjalanan penduduk tempatan dan luar dengan selesa dan teratur.
DaratMelaka Sentral Melaka Sentral yang merupakan terminal bas dan teksi terletak di pinggir Bandar Peringgit. Ia terletak 15 minit daripada bandar Melaka dan bertentangan dengan pasaraya Tesco di Jalan Tun Razak. Terminal ini merupakan pusat pengangkutan yang menghubungkan bas dan teksi antara negeri dari seluruh pelusuk semenanjung serta perkhidmatan domestik. ![]() Rekabentuk terminal ini adalah gabungan motif tradisional Malaysia dan moden. Bangunan satu tingkat yang luas ini direka dengan atap yang tinggi dan mempunyai bukaan cahaya yang menerangi terminal ini yang berhawa dingin sepenuhnya. Bangunan ini mempunyai bahagian yang berbeza untuk bas dan teksi. Setiap bahagian mempunyai ruang tengah yang direka dengan taman tropika. Bahagian ini dilengkapi dengan kemudahan kafe jalanan, restoran dan kedai makanan segera serta kedai barangan untuk kemudahan pengunjung. Kaunter Penerangan terletak diantara dua bahagian ini. Terdapat 24 kaunter tiket dan 24 ruang pelepasan untuk perkhidmatan bas ekspres antara negeri. Untuk perkhidmatan bas domestik pula, terdapat 12 kaunter tiket dan 18 ruang pelepasan. Untuk mereka yang ingin berjalan dengan teksi, terdapat banyak ruang untuk teksi antara negeri dan domestik di terminal teksi. Melaka Sentral dibina dengan tiga komponen utama: terminal bas dan teksi di bangunan utama, pasar basah dan kering, dan bazar di luar bangunan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: Tel: +606-288 1323/1321 Faks: +606-288 1322 Perkhidmatan bas ekspres tiba dan berlepas daripada: Melaka Sentral Jalan Tun Abdul Razak 75300 Peringgit Melaka Tel: +606-288 1323/1321 Faks: +606-288 1322 Perkhidmatan teksi dan kereta sewa tiba dan berlepas daripada: Stesen Teksi P-3 Perhentian Teksi/Kereta Sewa Jalan Tun Ali 75300 Melaka Tel : +606-283 2190 Perkhidmatan kereta api tiba dan berlepas daripada: Stesen Keretapi Tampin Pekan Pulau Sebang 73000 Tampin Negeri Sembilan Tel : +606-411 1034 LautMelaka mempunyai perkhidmatan feri sehala dan pergi-balik ke Dumai (Indonesia) yang berlepas setiap hari. Visa diperlukan oleh bukan warga Malaysia. Perkhidmatan feri tiba dan berlepas daripada: Jeti Shahbandar Taman Melaka Raya 75000 Melaka Untuk maklumat lanjut, sila hubungi operator berikut:
UdaraMelaka mempunyai sebuah lapangan terbang yang terletak di Batu Berendam, 9 km dari bandar Melaka. ![]() Tiada penerbangan domestik yang beroperasi daripada Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka. Hanya terdapat penerbangan antarabangsa pergi dan balik daripada Melaka ke Pekan Baru, Indonesia. Perkhidmatan ini dikendalikan oleh Riau Airlines dan Wings Air.
Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: 1) Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam, 75350 Melaka Tel : +606-317 4175 / 4685 2) Putri Holidays Sdn. Bhd. Tel : 06 - 282 0576 / 77 Mdm. Sabrina 012-3240352 3) Wings Air Tel : 06 - 317 8021 / 23 Mr. Herman (012-3745208) Laman Web: www.lionair.co.id 4) Riau Airlines Tel : 016 - 6727333 Ms. Kelly (012-6125656) Laman Web: www.riau-airlines.com |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||