Anda di sini :: Laman Utama :: Percukaian, Kutipan & Kewangan
Percukaian, Kutipan & Kewangan PDF Print Write e-mail
Percukaian memainkan peranan dalam membentuk satu negeri dan masyarakat yang maju dan makmur. Laman web ini menyediakan maklumat mengenai sistem percukaian di Melaka, perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan dan tatacara-tatacara yang berkaitan.



Zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia telah difardukan mulai tahun kedua hijrah Rasullullah S.A.W. Dari segi bahasa, Zakat diertikan sebagai “tumbuh” dan “bertambah”. Ia juga bererti berkat, bersih, baik, suci dan subur. Menurut istilah syarak pula diertikan sebagai mengeluarkan kadar harta yang tertentu dan diberikan kepada golongan yang tertentu mengikut syarat-syarat yang tertentu yang telah ditetapkan oleh syarak.

Syarat Zakat

1. Islam
- Zakat diwajibkan ke atas orang Islam. 
2. Merdeka
- Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali Zakat Fitrah. Walaubagaimanapun tidak timbul masalah hamba abdi masa kini tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai satu syarat wajib.
3. Sempurna Milik
- Milik sempurna bermaksud harta simpanan tersebut dimiliki dan dikawal sempurna olehnya.
4. Cukup Nisab
- Nisab adalah paras nilai minimum yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. Pada ketika ini di Malaysia nisab ditentukan berdasarkan nilai emas bersamaan dengan 85 gram iaitu bergantung kepada harga emas semasa.
5. Cukup Haul
(Tempoh Masa Selama Setahun) - Genap setahun harta itu disimpan iaitu 354 hari tahun Hijrah dan 365 hari bagi tahun Masihi.

Sila klik pautan dibawah untuk maklumat mengenai:

Jenis Zakat
  1. Pendapatan
  2. Perniagaan
  3. Wang Simpanan
  4. Saham
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
  6. Emas
  7. Perak
  8. Pertanian
  9. Ternakan
Penyelarasan Zakat Mengikut Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukan bahawa setiap pembayar zakat boleh dikecualikan atau mendapat rebet cukai pendapatan. Untuk mendapatkan pengecualian tersebut, perkara yang perlu dibuktikan ialah :
  1. Pembayaran dibuktikan dengan resit yang dikeluarkan oleh pihak yang diberi kuasa untuk memungut zakat.
  2. Zakat di bayar kepada amil-amil yang diiktiraf dan dilantik oleh pemerintah.
  • Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) sekiranya seseorang individu telah membayar zakat pada 2000, maka pelepasan cukai akan diberikan pada tahun yang sama.
Terdapat dua kaedah untuk mendapat pelepasan cukai iaitu: Pembayar Zakat Secara Tunai Ahmad telah membayar zakat sebanyak RM 2,500 secara tunai pada bulan Januari tahun 2000. Ahmad kemudian menyerahkan resit zakat tersebut serta merta ke pejabat LHDN. Pihak LHDN akan membuat arahan bertulis kepada majikan untuk mengurangkan atau melepaskan cukai Ahmad untuk tahun 2000.  
Contoh 1 RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2006 3,000
(-) Zakat yang telah dibayar dalam tahun 2006 2,500
Baki Kepada LHDN ---------- 500 ----------
 
Contoh 2 RM
Cukai dikenakan bagi tahun taksiran 2006 2,500
(-) Zakat yang telah dibayar dalam tahun 2006 2,500
Baki Kepada LHDN ---------- NIL ----------
* resit zakat yang telah dibayar hendaklah diserahkan kepada LHDN.
Pembayar Zakat Secara Potongan Gaji (Bulanan)
Menurut Akta Cukai Pendapatan (Pindaan 2000) umat Islam yang membayar zakat melalui potongan gaji akan dapat mengurangkan atau menghentikan bayaran Potongan Cukai Berjadual (PCB) secara serta merta.

Contoh: a) Bulan Jun 2000
Zakat : RM 55
 --------------------
PCB : RM 95
Anda akan hanya dikenakan PCB sebanyak RM 40.00 (RM 95 - RM 55)
 Contoh: a) Bulan Feb 2000
Zakat : RM 55
----------------------
PCB : RM 50
Anda tidak dikenakan PCB kerana telah membayar zakat melebihi jumlah PCB.

* Majikan hendaklah menghentikan atau mengurangkan bayaran PCB pekerja berdasarkan jumlah zakat yang telah dibayar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari pautan dibawah:
 http://www.izakat.com/InfoZakat/Penyelarasan_Cukai.html


Setiap warganegara bertanggungjawab menjelaskan cukai ke atas pendapatan yang diperolehinya di dalam atau luar Malaysia. Sumber pendapatan yang boleh dikenakan cukai pendapatan termasuklah pendapatan dan keuntungan daripada perdagangan, profesion dan perniagaan, gaji, ganjaran, pendapatan, dan keuntungan berasaskan gaji, dividen, faedah atau diskaun, sewa, royalti atau premium, pencen, anuiti atau bayaran berkala yang lain dan perolehan atau keuntungan yang berbentuk pendapatan yang tidak dinyatakan di atas.

Pendapatan bercukai diperolehi setelah dikira segala kos dan perbelanjaan yang terlibat secara menyeluruh atau eksklusif dalam usaha untuk menghasilkan pendapatan berkenaan. Kadar cukai bergantung kepada status penduduk individu berkenaan yang ditentukan oleh jangka masa beliau tinggal di dalam negara ini (seperti yang dinyatakan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, di bawah Seksyen 7).

Individu bermastautin dikenakan cukai ke atas pendapatan bercukainya pada kadar bersenggat daripada 2% hingga 30% selepas ditolak pelepasan cukai. Walau bagaimana pun, bagi individu dengan pendapatan bercukai kurang daripada RM2,500 dicukai pada kadar sifar. Pendapatan bercukai seseorang individu bermastautin diperolehi dengan memotong jumlah pendapatan beliau dengan jumlah pelepasan individu. Tanggungan cukai individu bermastautin dikurangkan dengan rebat. Hal-hal berkaitan cukai pendapatan di Malaysia adalah di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia.

Sila klik pada pautan-pautan di bawah untuk maklumat lanjut:

  1. Taksiran Sendiri
  2. Maklumat Am Mengenai Cukai Pendapatan
  3. Potongan Derma dan Sumbangan daripada Pendapatan Anda
  4. Potongan Perlepasan Persendirian daripada Pendapatan Anda
  5. Rebat Cukai untuk Kumpulan Pendapatan Rendah
  6. Jenis-jenis Taksiran Cukai
  7. Membuat Rayuan Terhadap Taksiran Cukai Anda
  8. Kesalahan dan Denda
  9. Kadar Cukai Pendapatan
  10. Contoh Pengiraan Cukai
  11. Pembayaran Balik Cukai yang Terlebih Bayar
  12. Skim Potongan Cukai untuk Pekerja
  13. e-Hasil