Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pembangunan :: Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) PDF Print Write e-mail


Bahagian / Unit : Unit Perancang Ekonomi Negeri
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 3, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Ketua Jabatan : Puan Maslina binti Baki
Tel : +606-2307321
Faks : +606-2328420
E-mel :


Visi
  • Menjadi sebuah unit perancang ekonomi negeri yang berwawasan dan berdaya saing
Misi
  • Merancang dan menyelaras projek pembangunan sosio-ekonomi negeri bagi mencapai status negeri maju pada tahun 2010
Objektif
  • Mewujudkan perancangan dan perlaksanaan pembangunan projek sosio-ekonomi yang sistematik ke arah mencapai negeri maju menjelang tahun 2010
Fungsi Utama
  • Mengkaji, merangka, mengubal dasar dan strategi pembangunan sosio-ekonomi Negeri Melaka bagi mencapai misi dan objektif pembangunan negeri selaras dengan dasar-dasar dan objektif membangunkan negara melalui Wawasan 2020, Rangka Rancangan Jangka Panjang dan Rancangan Lima Tahun Malaysia;
  • Merancang pembangunan sektor-sektor ekonomi melalui penyediaan perancangan Pembangunan Ekonomi Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal Bagi Negeri Melaka;.
  • Menyelaras, memantau dan menilai prestasi projek-projek pembangunan negeri dan projek yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri selaras dengan matlamat pembangunan negeri;
  • Menyedia dan menyelaras kertas-kertas mengenai pembangunan untuk pertimbangan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
  • Memantau dan menilai projek-projek Rancangan Malaysia Lima Tahun di peringkat negeri;
  • Menyelaras penyelidikan dan kajian-kajian yang dilaksanakan untuk tujuan perancangan serta perlaksanaan;
  • Mewujudkan sistem maklumat dan data ekonomi yang kemaskini yang akan digunakan untuk perancangan ekonomi negeri.
PIAGAM PELANGGAN

  • Memproses permohonan dalam tempoh 7 hari dari tempoh permohonan
  • Mendapatkan ulasan teknikal dalam tempoh 7 hari dari tempoh permohonan
  • Mengeluarkan surat keputusan jawatankuasa penswastaan negeri dalam tempoh 3 hari dari tarikh mesyuarat