Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri berdasarkan pertimbangan beliau dalam memberi kepercayaan kepada majoriti para ahli dewan. Ketua Menteri akan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan bersidang setiap minggu di pejabat Ketua Menteri.
Ketua Menteri akan menjalankan tanggungjawab dan fungsinya sebagai ketua kerajaan negeri selain memenuhi keperluan masyarakat, terutama didalam kawasannya. Beliau tidak akan memegang mana-mana projek dan juga tidak dibenarkan berurusniaga dengan mana-mana pihak komersial.
Ketua Menteri Melaka pada ketika ini ialah YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh yang merupakan Ketua Menteri Melaka yang ke-13 . Beliau telah dilantik pada 31 Mac 2023.
Address: :-
The Chief Minister's Office Level 4 (Suite), Blok Bendahara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450, Melaka