| Bioteknologi |
|
|
|
![]() Bidang bioteknologi dalam sektor keusahawanan dan pertanian telah digunapakai serta berjaya menyumbang kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan perindustrian negara ini. Proses ini telah dipertingkatkan dengan penglibatan pakar-pakar penyelidik dari pelbagai bidang seperti biologi molekul, fitokimia, toksikologi, mikrobiologi, teknologi makanan, dan kultur tisu secara langsung. Penglibatan ini dapat membantu memapankan sektor ekonomi sebagai penyumbang kepada kemajuan negeri Melaka. Berdasarkan hasrat untuk mempromosikan penyelidikan dan pembangunan yang berasaskan bioteknologi, kerajaan negeri Melaka telah menubuhkan Perbadanan Bioteknologi Melaka dan Institut Bioteknologi Melaka yang juga bertujuan untuk memperbaharui bahagian Penyelidikan dan Pembangunan mereka sendiri. Perbadananan Bioteknologi Melaka ditubuhkan pada Februari 2003 dan telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Hj. Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 13 Januari 2005. Agensi badan berkanun ini merupakan pusat bioteknologi pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Di bawah PBM, terdapat dua entiti yang menjadi tunjang kepada operasi keseluruhannya iaitu Institut Bioteknologi Melaka sebagai pusat penyelidikan dan pembangunan dan Melaka Biotech Holding Sdn. Bhd. yang berperanan sebagai agensi pelaburan dan pengkomersilan produk hasilan pakar penyelidik di Institut. Institut Bioteknologi Melaka ditubuhkan di bawah Bahagian Bioteknologi Melaka pada bulan Februari 2003 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Pada bulan Januari 2005 Bahagian Bioteknologi Melaka kemudiannya diperbadankan dan dikenali sebagai Perbadanan Bioteknologi Melaka (MBC). Kini Institut Bioteknologi Melaka berfungsi sebagai cawangan Penyelidikan dan Pembangunan bagi Perbadanan Bioteknologi Melaka. Sila klik pautan di bawah untuk mendapat maklumat lanjut: http://www.melbio.com.my |