|
Industri hiburan adalah salah satu industri yang semakin mendapat perhatian pada masa kini. Hiburan adalah perlu untuk memenuhi aktiviti masa lapang, melegakan tekanan atau sebagai medium untuk merapatkan hubungan. Permintaan terhadap produk hiburan kian meningkat saban hari. Hiburan datang dalam pelbagai bentuk dan pakej seperti nyanyian, lakonan atau menonton wayang.
Perhatian terhadap industri hiburan diberikan kerana nilai ekonominya yang tinggi serta ia mewujudkan banyak peluang pekerjaan. Selaras dengan itu Kerajaan negeri telah memberikan galakan dan dorongan serta kelonggaran untuk menjana pertumbuhan industri hiburan.
Kini, Kerajaan Negeri Melaka banyak menyediakan pelbagai program menarik yang berteraskan hiburan di beberapa lokasi di bumi Melaka seperti di Sepanjang Sungai Melaka, Hang Tuah Mall, Jonker Walk, Live Band dan lain-lain lagi.
Pembukaan premis hiburan seperti pusat snooker, kelab malam, kedai permainan video, pesta bergerak dan sebagainya tertakluk kepada kebenaran pihak berkuasa tempatan. Lesen & Permit Pejabat polis daerah dan Kerajaan tempatan bertanggungjawab menyediakan dan mengeluarkan lesen dan permit kepada pengusaha pusat hiburan mengikut enakmen dan peraturan daerah masing-masing. Sila hubungi agensi-agensi berikut untuk maklumat lanjut:
Majlis Bandaraya Melaka BersejarahGraha Makmur, No. 1 Lebuh Ayer Keroh 75450 Melaka. Tel: +606-232 6411 (am) Faks: +606-231 6084 Laman web: www.mbmb.gov.my Majlis Perbandaran Alor Gajah Jalan Dato’ Dol Said 78000 Alor Gajah, Melaka. Tel : +606-556 2575 (am) Faks : +606-556 4909 Laman Web : www.mpag.gov.my
Majlis Perbandaran Jasin77000 Jasin, Melaka. Tel : +606-529 1245 (am) Fax : +606-529 3537 Laman Web : www.mpjasin.gov.my Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka Jalan Ayer Keroh Lama Bukit Beruang 75400 MELAKA Tel : +606-285 4222 Faks : +606-285 4256 Hotline : +606-285 1999
|