|

Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri berdasarkan pertimbangan beliau dalam memberi kepercayaan kepada majoriti para ahli dewan. Ketua Menteri akan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan bersidang setiap minggu di pejabat Ketua Menteri.
Ketua Menteri akan menjalankan tanggungjawab dan fungsinya sebagai ketua kerajaan negeri selain memenuhi keperluan masyarakat, terutama didalam kawasannya. Beliau tidak akan memegang mana-mana projek dan juga tidak dibenarkan berurusniaga dengan mana-mana pihak komersial.
Ketua Menteri pada ketika ini ialah Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd Rustam. Beliau telah dilantik pada 3 Disember 1999.
Alamat :-
Pejabat Ketua Menteri Tingkat 4 (Suite), Blok Bendahara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450, Melaka
Senarai Ketua Menteri
|
|
|
|