| Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) |
|
|
|
|
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mempunyai objektif yang terdiri daripada 3 kaedah iaitu mengurangkan risiko akibat bencana dengan mengadakan latihan kepada orang ramai dan juga mengenal pasti pusat-pusat perlindungan yang selamat, respond kepada bencana dengan menubuhkan pasukan-pasukan (First Responder) dan juga memberikan perkhidmatan kecemasan kepada orang ramai serta pemulihan iaitu memberikan kaunseling kepada mangsa. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengikut Akta Pertahanan Awam 1951(Akta 221) terbahagi kepada dua keadaan iaitu semasa peperangan dan semasa aman. Semasa peperangan bermaksud apa-apa jua langkah yang tidak melibatkan penggunaan senjata bagi menghadapi serangan permusuhan samada langkah itu diambil sebelum,semasa atau selepas masa serangan musuh manakala semasa aman pula bermaksud apa-apa jua langkah yang diambil bagi melindungi nyawa dan harta benda samada langkah itu diambil sebelum, semasa atau selepas sesuatu bencana. Berdasarkan Akta 221 tersebut dapat difahami bahawa Pertahanan Awam itu berfungsi dalam masa aman, masa peperangan dan mangsa bencana dengan mengambil apa-apa jua langkah bagi menyelamat, melindungi dan mengurangkan kehilangan nyawa serta kerosakan ke atas harta benda penduduk awam. Fungsi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ialah:
Selain daripada tugas-tugasnya disebut di atas, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia juga melaksanakan apa-apa tugas lain yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebaliknya yang diadakan oleh menteri untuk dilaksanakan.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan:
Perkhidmatan Berkaitan Kecemasan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bersedia memberi berbagai perkhidmatan antaranya membawa pesakit dari rumah ke hospital, membawa pesakit ke pusat-pusat rawatan contohnya pusat hemodialisis, kecemasan 24-hours di samping memberikan perkhidmatan ambulans pada orang ramai yang memerlukan bantuan Ambulans Jabatan Pertahanan Awam. Selain itu juga, Jabatan Pertahanan Awam juga bersedia memberi perkhidmatan pertolongan cemas dalam berbagai upacara, aktiviti ataupun program seperti acara sukan, perayaan dan perarakkan. Jabatan Pertahanan Awam juga turut terlibat memberi bantuan kecemasan,bantuan kepada orang ramai dan lain-lain kepada mangsa yang terlibat dalam banjir, kebakaran, tanah runtuh, kemalangan dan sebagainya. Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi: 1. Bilik Operasi Jabatan Pertahanan Awam Negeri Melaka:
2. Skuad Penyelamat Integrasi (SPI)
3. Pejabat Pertahanan Awam Negeri Melaka |