|
Bahagian Audit Dalam & Siasatan Awam (BADSA) |
|
|
|
| Bahagian / Unit |
: |
Bahagian Audit Dalaman & Siasatan Awam (BADSA) |
 |
| Alamat |
: |
Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 2, Blok Bentara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
| Ketua Bahagian |
: |
Mahiran bte Abdul. Aziz |
| Tel |
: |
+606-2307439 |
| Faks |
: |
+606-2331326 |
| E-mel |
: |
|
Visi
Ke arah organisasi awam terbilang menjelang 2015 di mana bahagian audit dalam dan siasatan awam akan menjadi penyumbang utama ke arah kecemerlangan pengurusan kewangan di jabatan/agensi kerajaan negeri.
Misi
-
Memastikan wujudnya akauntabiliti dan integriti dalam penggunaan wang awam serta menggalakkkan pentadbiran yang cekap dan berhemah.
-
Meningkatkan khidmat pengurusan dalam pengauditan dan mempercepatkan penyelesaian siasatan awam.
Objektif
- Membantu sesebuah organisasi mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
Fungsi
- Melaksanakan Audit Pengurusan Kewangan dan Auditan Prestasi .
- Melaksanakan Penampilan Audit (Audit Presence).
- Melaksanakan Pemeriksaan Mengejut .
- Melaksanakan Audit Susulan .
- Melaksanakan Siasatan Awam .
Piagam Pelanggan
Kami berikrar untuk melaksanakan Auditan dan Siasatan Awam secara berkesan melalui :
- Menerima arahan daripada YB. Setiausaha Kerajaan Negeri bagi menjalankan pengauditan dan siasatan terhadap sesebuah Jabatan/Agensi yang didakwa / diadu melakukan penyelewengan, salahguna kuasa menyebabkan kehilangan wang dan harta awam dan sebagainya.
- Menjalankan pengauditan secara profesional berpandukan piawaian yang ditetapkan oleh International Organisation of Supreme Audit Institutions (INTOSAI) an Institute of Internal Auditors Malaysia ( IIAM).
- Menjalankan Naziran Pengurusan Kewangan secara terbuka dan rasmi dengan memberitahu Ketua Jabatan/ Agensi 7 hari sebelum lawatan.
- Pengeluaran Laporan Audit yang bebas, tepat / senang difahami dan terkini dalam tempoh 1 bulan dari tarikh auditan.
- Mengemukakan laporan siasatan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan yang berkenaan.
- Melakukan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang dibangkitkan selepas 6 bulan daripada tarikh laporan Audit untuk menentukan tindakan sejajar diambil oleh Jabatan/Agensi.
- Menyediakan jadual pengauditan tahunan pada bulan Disember tahun sebelumnya.
|