- Memastikan Persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan jarak antara persidangan tidak melebihi 6 bulan serta Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diadakan sekurang-kurangnya 36 kali setahun.
- Memastikan segala urusan penyelarasan lawatan rasmi, kunjung hormat daripada pembesar / orang kenamaan negara dari dalam dan luar negara serta urusan 'ad-hoc' yang berkaitan dengan pengurusan majlis disempurnakan dalam tempoh 7 hari selepas arahan diterima mengikut protokol yang ditetapkan.
- Memastikan pembangunan modal insan yang unggul dengan memantapkan kecekapan dan produktiviti anggota perkhidmatan awam negeri melalui kursus dan latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari setahun bagi setiap anggota perkhidmatan awam negeri Melaka.
- Memastikan urusan perkhidmatan, pengurusan gaji, elaun, kemudahan dan pencen anggota perkhidmatan awam negeri Melaka dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memperkasakan organisasi perkhidmatan awam negeri melalui penstrukturan dan penyusunan semula perjawatan dari semasa ke semasa supaya selaras dengan tanggungjawab dan berfungsi secara optimum.
- Mengurus dan memberi khidmat nasihat psikologi serta urusan tindakan tatatertib di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka selaras dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan warga kerja yang berintegriti, berprestasi tinggi dan cemerlang.
- Mempertingkat dan mengoptimumkan perkhidmatan psikologi dalam pembangunan sumber manusia bagi melahirkan anggota perkhidmatan awam negeri yang inovatif, kompeten, akauntabiliti dan boleh menyesuaikan diri mengikut perubahan.
- Meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pelanggan serta memastikan aduan awam yang diterima di ambil tindakan oleh jabatan berkenaan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.
- Memberi khidmat nasihat dan sokongan ICT kepada semua Bahagian di Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan/Agensi Negeri Melaka dalam melaksanakan program-program dan aktiviti-aktiviti ICT yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan serta memastikan semua elemen ICT beroperasi dengan tahap jaminan perkhidmatan dalam tempoh 7 hari bekerja.
- Memastikan kelulusan peruntukan di bawah perkhidmatan masyarakat dan projek-projek kecil dapat disalurkan kepada kumpulan sasaryang ditetapkan dalam tempoh satu (1) bulan.
- Merancang, menyelaras, memantau serta menilai Perancangan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Melaka selaras dengan status Negeri Maju, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
- Memantapkan Sistem Pentadbiran dan Kewangan agar sentiasa dalam keadaan teratur, cekap, akauntabiliti serta mematuhi peraturan dan prosedur kewangan yang telah ditetapkan.
MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU
|