| Bahagian / Unit |
: |
Bahagian Dewan dan MMKN |
 |
| Alamat |
: |
Aras 2, Blok Laksamana, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
| Ketua Jabatan |
: |
Mariam binti Ilias |
| Tel |
: |
+606-230 7452 |
| Faks |
: |
+606-231 1304 |
| E-mel |
: |
|
|
Visi
- Memberi Perkhidmatan Urus setia MMKN, Persidangan Dewan Undangan Negeri Yang Cekap, Jitu dan Berkesan Ke Arah Menjadikan Jabatan Ketua Menteri Sebagai Organisasi Contoh
Misi
- Memastikan kerahsiaan maklumat terpelihara dan segala perkhidmatan urus setia, pengurusan dan pentadbiran MMKN & Dewan disempurnakan sebagaimana yang telah ditetapkan.
Objektif
- Memastikan perjalanan Persidangan Dewan Undangan Negeri dan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) berjalan dengan lancar dan sempurna.
- Menjadi Urus setia kepada Mesyuarat Jawatankuasa-Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Dewan Undangan Negeri dengan cekap dan berkesan.
- Memastikan hal-hal berkaitan Hak-hak Keistimewaan Ahli-ahli Pentadbiran/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Pesara-pesara ahli Dewan Undangan Negeri diuruskan dengan cekap dan berkesan.
Fungsi
- Urusetia Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka.
- Urusetia Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka.
- Urusetia kepada Jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Dewan Undangan Negeri Melaka.
- Urusetia Jemaah Pengampunan Negeri Melaka.
- Urusan Hak-hak keistimewaan ahli Pentadbiran Kerajaan / Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Pesara-pesara Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka.
- Urusan Pentadbiran dan Kewangan T02/ B02 / T04 - Dewan Undangan Negeri Melaka.
Piagam Pelanggan
- Memastikan Persidangan Dewan Undangan Negeri diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun dan jarak antara persidangan tidak melebihi 6 bulan.
- Memastikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri diadakan sekurang-kurangnya 36 kali setahun.
- Memastikan Laporan Tahunan Ketua Audit Negara dibentangkan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri pada setiap tahun.
- Memastikan Permohonan Rayuan Pengampunan oleh Banduan yang lengkap di bawa untuk pertimbangan Lembaga Jemaah Pengampunan Negeri yang bersidang 2 kali setahun.
- Memastikan Hak-hak Keistimewaan Ahli Pentadbiran Kerajaan / Ahli Dewan Undangan Negeri dan Pesara-pesara Ahli Dewan Undangan Negeri diuruskan dengan teratur dan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Menguruskan Peruntukan Tahunan T02/T04/B02–Dewan Undangan Negeri dengan cekap, cepat dan mematuhi peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa.
|
|