Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Bahagian Khidmat Pengurusan :: Unit Pengurusan Bangunan & Aset
Unit Pengurusan Bangunan & Aset PDF Print Write e-mail
Bahagian / Unit : Unit Pengurusan Bangunan & Aset
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Temenggong, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Ketua Jabatan : Encik Mohd Faizal b. Mohd Zin
Tel : +606 - 230 7430
Faks : +606 - 231 6497
E-mel :

Piagam Pelanggan
  1. Memproses permohonan menggunakan rumah tetamu dalam tempoh (5) hari bekerja.
  2. Memproses permohonan peralatan dan kemudahan pejabat dalam tempoh (3) hari bekerja
  3. Permohonan, pengagihan dan penawaran kuarters di urus dalam tempoh 7 hari
  4. Kerja pembaikan diselesaikan dalam tempoh (60) hari dari tarikh aduan atau penerimaan kunci
  5. Semua tempahan akan diberi maklumbalas dalam tempoh (5) hari bekerja
Visi
  • Ke arah memartabatkan Perkhidmatan Awam melalui kemudahan tempat tinggal bertaraf tinggi
    bagi Pegawai Kerajaan
  • Menambah pungutan hasil untuk Kerajaan Negeri
  • Penyelenggaraan Bangunan dan Kenderaan yang lebih sistematik dan telus
  • Pengurusan Aset Alih Kerajaan dilaksanakan dengan lebih sistematik
Misi
  • Pembangunan kawasan kuaters yang indah, bersih, kemas dan selesa bagi kemudahan Pegawai
    Kerajaan dan menjadikannya kawasan pelancong
  • Memastikan kutipan dibuat dengan cekap mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
  • Memastikan penyelenggaraan bangunan dan kenderaan dilaksanakan dengan baik
  • Memastikan Aset Alih Kerajaan diuruskan mengikut peraturan yang ditetapkan
Objektif
  • Memastikan Kuarters Kerajaan diselenggara agar berkualiti, efisyen dan selamat ke arah merealisasikan
    Kawasan Bukit Peringgit sebagai kawasan pelancongan
  • Meningkatkan kutipan hasil kerajaan di Jabatan Ketua Menteri Melaka
  • Memastikan Bangunan dan Aset Kerajaan diurus dan diselenggara dengan lebih sistematik
Fungsi
  • Menjadikan kawasan kediaman Pegawai Kerajaan Bukit Peringgit Kuarters dalam taman dengan merancang,
    menyelenggarakan, membangunkan dan menguruskan projek lanskap Bukit Peringgit.
  • Menyelenggara dan membaikpulih Kuarters Kerajaan bagi menyediakan kawasan tempat tinggal yang
    selesa dan selamat untuk Pegawai-pegawai Kerajaan.
  • Membangunkan sektor pelancongan melalui kawasan warisan sejarah dalam taman.
  • Memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang pelbagai jenis-jenis pokok bunga yang ditanam di Bukit Peringgit.
  • Memastikan penyewaan Kuarters Kerajaan dibayar.
  • Mengurus dan menyelenggara Rumah Tetamu di Bukit Peringgit dan Rumah Melaka.
  • Memastikan pengeluaran Lesen Pelelong dibuat dalam masa yang ditetapkan dan mengikut peraturan yang ditetapkan.
  • Mengurus dan menyelia Dewan Hang Tuah