Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Bahagian Khidmat Pengurusan :: Unit Pengurusan Majlis & Protokol
Unit Pengurusan Majlis & Protokol PDF Print Write e-mail
Bahagian / Unit : Unit Pengurusan Majlis & Protokol

Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Ketua Jabatan : Encik Ikraam bin Rosli
Tel : +606 - 230 7225
Faks : +606 - 232 8610
E-mel :

Piagam Pelanggan
  • Memastikan segala urusan perkhidmatan pengurusan majlis, protokol dan istiadat dilaksanakan dengan sebaik mungkin mengikut sasaran masa yang ditetapkan.
Visi
  • Memberikan perkhidmatan dan khidmat nasihat dari segi pengurusan majlis, protokol dan istiadat dengan cekap, jitu dan berkesan.
Misi
  • Memastikan semua Majlis Rasmi Kerajaan Negeri berjalan dengan lancar mengikut aturan protokol dan istiadat yang telah ditetapkan
  • Menjadi urusetia kepada majlis-majlis rasmi kerajaan Negeri dengan cekap dan berkesan
  • Memberikan bantuan dan khidmat nasihat berkaitan pengurusan majlis, protokol dan istiadat kepada mana-mana agensi yang melibatkan pembesar dari dalam dan luar negara dengan sebaik mungkin
Objektif
  • Merancang, menyelaras dan memberi perkhidmatan yang cekap dalam hal-hal yang berkaitan dengan majlis rasmi kerajaan negeri, lawatan-lawatan pembesar dari dalam dan luar negara.
  • Memastikan protokol T.Y.T Yang di Pertua Negeri Melaka dan Y.A.B Ketua Menteri Melaka dalam keadaan yang tidak boleh diabaikan.
  • Memberi perkhidmatan yang efektif dan berkesan yang berkaitan dengan urusan protokol
Fungsi
  • Menyelaraskan majlis, persidangan, konvensyen, seminar dan lain-lain anjuran kerajaan atau agensi melibatkan pemimpin kerajaan negeri.
  • Menguruskan kunjungan hormat ke atas pembesar-pembesar kerajaan Negeri
  • Menguruskan lawatan VVIP dan tetamu kerajaan Negeri
  • Memberi khidmat nasihat dari segi pengurusan majlis, protokol dan istiadat
  • Menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran dan kewangan unit