Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku (RKSK)
Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku (RKSK) PDF Print Write e-mail
Bahagian / Unit : Bahagian Pembangunan RumahKu SyurgaKu
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Bentara,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Ketua Bahagian : Johari bin Hj. Yusof
Tel : +606-230 7661/415/397/416/243
Faks : +606-231 6495
E-mel :
Laman Web : http://rumahkusyurgaku.melaka.gov.my

Visi
  • Melahirkan masyarakat Negeri Melaka yang sejahtera, beriltizam, harmoni dan cemerlang melalui institusi keluarga yang kukuh dan bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara;
  • Menjana insan yang menghayati agama untuk menjamin kesejahteraan dan kesempurnaan hidup menjelang Melaka Maju 2010 berasaskan Wawasan Negara
Misi
  • Menjadi Pemangkin kepada kerajaan
  • Menjadi pusat sumber kepada masyarakat
  • Menjadikan ikatan kekeluargaan sebagai moto utama
  • Meningkatkan mutu kehidupan kekeluargaan
  • Kerajaan sebagai pencorak masyarakat
  • Melahirkan generasi yang berwawasan
  • Kekeluargaan moto utama
Objektif
  • Memberikan pengetahuan, kefahaman serta kemahiran dalam membentuk dan memantapkan institusi kekeluargaan
  • Menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat hal ehwal kekeluargaan kepada masyarakat
  • Menghadapi dan menangani masalah sosial dan kepincangan institusi kekeluargaan dalam masyarakat Islam di semua peringkat
  • Melahirkan keluarga yang bahagia dan masyarakat sejahtera yang menjadikan Islam sebagai wadah perpaduan ummah
Fungsi
  • Memberi bimbingan rohani dan jasmani kepada individu dan keluarga untuk memanfaatkan kekuatan dan potensi diri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui ceramah, bengkel,seminar,motivasi,forum dan sesi dialog, hiburan,pementasan drama/teater, slot-slot di radio dan television, siri ziarah ke rumah-rumah,riadah dan rekreasi, sukan dan sebagainya;
  • Mengkaji, mengawasi,menyelidik dan mengumpul maklumat serta data mengenai permasalahan kekeluargaan dan isu sosial dengan tujuan mengenalpasti tindakan bagi mengatasi masalah tersebut;
  • Menggabungkan semua jabatan kerajaan dan badan sukarela untuk sama-sama berusaha melaksanakan program RumahKu SyurgaKu dengan menumpukan kepada usaha-usaha untuk memperkukuhkan ikatan institusi rumahtangga dan masyarakat;
  • Berusaha menangani isu dan masalah sosial yang melanda masyarakat di pelbagai peringkat hari ini secara berterusan dan konsisten;
  • Menyampaikan maklumat dan mempromosi program-program dan perkhidmatan yang dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan RumahKu SyurgaKu JKMM.
Piagam Pelanggan
  • Memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti serta penuh keikhlasan kepada pelanggan;
  • Memberikan layanan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan RumahKu SyurgaKu
  • Memberikan kemudahan yang selesa dan mesra pelanggan
  • Memastikan setiap permohonan pelanggan dapat diselesaikan dalam waktu yang ditetapkan dan seminima mungkin
  • Memastikan program yang dianjurkan sama ada secara persendirian atau secara penganjuran bersama mencapai objektif yang disasarkan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai berikut :

Senarai E-mel Rasmi Pegawai

No. Jawatan Nama No.Telefon
1. Penolong Pengarah
(Unit Pentadbiran & Pembangunan Wanita dan Keluarga)
En. Bazri bin Abu Bakar
06-2307243
2. Penolong Pengarah
(Unit Operasi & Sosial)
3. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pn. Norazila bte M.Nor
06-2307397
4. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat En. Mohd Hafiz bin Husin
06-2307416
5. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Sri Jeelani binti Isah   06-2307397