|
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) |
|
|
|
| Bahagian / Unit |
: |
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia |
 |
| Alamat |
: |
Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Bentara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka
|
| Ketua Jabatan |
: |
En. Roslan bin Mat Nong |
| Tel |
: |
+06 - 2307 7799 |
| Faks |
: |
+06 - 231 5142 / 232 5428 |
| E-mel |
|
|
Visi
Misi
Objektif
-
Mewujudkan Perancangan Dan Bilangan Anggota Perkhidmatan Awam Yang Optima;
-
Menentukan Urusan Perkhidmatan Kakitangan Dilaksanakan Dengan Cekap;
-
Mengadakan dan Menyelaras Latihan Kakitangan Dengan Lebih Sistematik Dan Terancang;
-
Mewujudkan kakitangan yang Berdisiplin Tinggi Dan Produktif.
Fungsi Utama
-
Merancang Tenaga Manusia Dan Pembangunan Organisasi;
-
Urusan Perkhidmatan Kakitangan;
-
Pembangunan Sumber Manusia Melalui Latihan Dan Kursus;
-
Pengurusan Prestasi, Urusan Naik Pangkat Dan Tatatertib
Piagam Pelanggan
- Mengkaji permohonan penstrukturan semula/pengukuhan perjawatan jabatan dalam tempoh tiga (3) bulan.
- Memproses permohonan pelantikan secara kontrak/sambilan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) bulan.
- Mengurus pengambilan Kumpulan Sokongan II dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan kekosongan jawatan disiarkan.
- Memproses kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen bagi Kumpulan Sokongan II dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
- Memproses dokumen persaraan untuk dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan.
- Menyedia dan meluluskan Penyata Perubahan dalam tempoh tiga (3) hari.
- Memproses permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
- Memproses permohonan pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran tetap dalam tempoh empat belas(14) hari.
- Memproses permohonan Cuti Tanpa Gaji, Separuh Gaji, Cuti Belajar, Cuti Haji dan Cuti Sakit dalam tempoh satu (1) bulan.
- Mengemukakan perakuan kenaikan pangkat untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan pangkat dalam tempoh satu (1) bulan.
- Melaksanakan urusan pemangkuan/kenaikan pangkat bagi Pegawai bukan gunasama dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh iklan dikeluarkan atau mengikut keperluan.
- Melaksanakan kes tatatertib dalam tempoh tiga (3) bulan mulai penyediaan Kertas Pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi kes Tatatertib Biasa (Peraturan 36/37) sehingga surat hukuman dikeluarkan.
- Menyelaras, menyedia dan mengumpulkan LNPT bagi JKMM dan Jabatan-Jabatan Negeri dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
- Memastikan laporan kaunseling akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diterima.
- Memastikan Pegawai di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka menjalani latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.
- Memastikan Pegawai lantikan baru di Pentadbiran Kerajaan Negeri melaka menghadiri Kursus induksi Umum dan Khusus dalam tempoh 1-3 tahun dari tarikh lantikan.
- Memastikan pelaksanaan submodul HRMIS mencapai prestasi sekurang-kurangnya 99% melalui pemantauan secara berkala sekurang-kurangnya satu (1) bulan sekali.
- Memberi khidmat nasihat berkaitan masalah pengemaskinian data HRMIS dalam tempoh 24 jam dari masa pertanyaan diterima.
|