Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM)
Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat (BPTM) PDF Print Write e-mail
Bahagian / unit : Bahagian Perkhidmatan Teknologi Maklumat
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 1, Blok Temenggong, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Ketua Jabatan : DR. MOHAMED SULAIMAN BIN SULTAN SUHAIBUDDEEN
Tel : +606-230 7520
Faks : +606-232 8620
E-mel :


Visi

Untuk menjadikan Jentera Pentadbiran Negeri Melaka suatu jentera pentadbiran yang termoden, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya dengan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)


Misi


Untuk menjadikan ICT sebagai teras dalam perlaksanaan semua aktiviti jentera pentadbiran Negeri Melaka.


Objektif

Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua Bahagian / Unit / Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka termasuk Jabatan / Agensi Negeri yang lain dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan / Agensi berkenaan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.


Fungsi
  • Merancang, merangka dan menentukan halacara penggunaan dan keperluan ICT Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan mengambil keperluan Jabatan Kerajaan Negeri yang lain;
  • Melaksanakan bersama dengan Jabatan / Agensi terlibat program ICT yang telah ditetapkan oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka, Kementerian-kementerian dan Agensi Kerajaan Persekutuan;
  • Mengendalikan serta memberi perkhidmatan ICT yang berkaitan kepada Jabatan Ketua Menteri dan Jabatan Kerajaan Negeri yang lain;
  • Memantau dan menilai keberkesanan penggunaan ICT dalam pelaksanaan sesuatu program dan mencadangkan alternatif yang lebih berkesan;
  • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal serta bimbingan teknikal diperlukan.

Piagam Pelanggan
  • Memberi maklum balas kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh dua (2) hari bekerja dan menyelesaikan aduan dalam tempoh tiga (3) hingga tujuh (7) hari bekerja kecuali yang melibatkan perolehan alat ganti dan perkhidmatan pembekal;
  • Mengemaskinikan maklumat yang diterima dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan kecuali data yang terikat dengan peraturan tertentu;
  • Memberi kemudahan pinjaman peralatan ICT (komputer riba, projektor dan layar putih) jika permohonan dikemukakan tiga (3) hari bekerja sebelum penggunaan bergantung kepada ketersediaan peralatan tersebut;
  • Memastikan prasarana ICT, rangkaian dan maklumat dalam pangkalan data sentiasa terpelihara dan terjamin daripada ancaman pencerobohan, penggodaman (hacking), kecurian dan serangan virus.
  • Membangunkan sistem aplikasi berdasarkan keperluan pelanggan dalam tempoh yang dipersetujui bersama
  • Menyediakan latihan ICT kepada pegawai dan kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Melaka tidak kurang daripada 12 kali setahun