Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Bahagian Sahabat Belia
Bahagian Sahabat Belia PDF Print Write e-mail
Bahagian / Unit : Bahagian Sahabat Belia
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka
Bahagian Sahabat Belia
Aras 2, Stadium Hang Jebat
Kompleks Sukan Hang Jebat
Paya Rumput
75260 Krubong
Melaka
Ketua Bahagian : Mohd Nizam bin Omar
Tel : Am : +606-3350992 / 993
Pengarah : +606-3351032
Faks : +606-3351064
E-mel :


Visi
  • Pembina Semangat Kesukarelaan Belia yang Terkemuka di Negeri Melaka
Misi
  • Membina satu persaudaraan belia yang berdisplin, berakhlak mulia, jatidiri yang tinggi, bersatu padu, bergerak aktif, maju serta berdaya saing dan berketrampilan dalam aktiviti sosial,rekreasi,ekonomi, kesihatan dan pendidikan untuk kegemilangan negeri Melaka.
Objektif
  • Memenuhi hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam menjadikan Melaka sebagai Negeri Belia, Koridor Ilmu, Negeri Bersejarah dan Berbudaya
  • Memberi bimbingan kepada belia dan pelajar mengenai aspek teori dan amalan terutama dari segi kepimpinan agar dapat melengkapkan mereka menjadi rakyat yang taat serta pemimpin yang serba boleh dan berwawasan
  • Menggalakan pelajar dan belia agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni serta berdisplin, dedikasi, berdikari, bermoral, bersyukur dan bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu
  • Menerapkan nilai-nilai kerohanian, patriotik dan jatidiri
  • Memberi peluang kepada belia dan pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta pengurusan masa dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri masyarakat dan negara
  • Melahirkan warga sukarela yang sentiasa peka serta komited terhadap kerja-kerja sukarela dan kebajikan
  • Memastikan segala aktiviti pelajar dan belia yang dirancang di negeri Melaka dijalankan secara sistematik, terancang, kemas dan tersusun rapi
Fungsi Utama
  • Pembangunan Pendidikan, Jasmani dan Rohani Belia
  • Pembangunan Kemahiran Belia
  • Pembangunan Kepimpin Belia
  • Pembangunan Kesukarelaan Belia
  • Pembangunan Kenegaraan dan Patriotisme Belia
  • Pembangunan Rakan ICT Belia
Piagam Pelanggan
  1. Meramaikan bilangan belia ke arah peningkatan kualiti hidup melalui pelbagai program yang diadakan dan juga merupakan hasrat Kerajaan Negeri Melaka dalam menjadikan Melaka sebagai Negeri Belia berwawasan dan berdaya maju.
  2. Mengamalkan budaya hidup yang bersih dan bersistematik dalam menjalani tanggungjawab memberi perkhidmatan mendidik dan membentuk generasi belia masa kini.
  3. Maklumbalas aduan pelanggan adalah untuk memastikan Bahagian Sahabat Belia lebih meneliti serta memperbaiki kelemahan dan peralihan paradigma dari satu lingkungan atau batasan kepada sesuatu yang lebih baik.
  4. Memastikan program yang dijalankan dapat memberikan impak yang efektif terhadap belia bagi mengecapi matlamat Bahagian Sahabat Belia melahirkan pemimpin yang berkaliber.