Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM)
Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) PDF Print Write e-mail
Bahagian / Unit : Majlis Sukan Negeri Melaka tiada_gambar
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 5, Bangunan Wisma Negeri,
Jalan Wisma Negeri,
Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Ketua Jabatan : Kosong
Tel : +606-232 3455
Faks : +606-232 6637
E-mel :


Visi
  • Kecemerlangan sukan dalam Negeri Melaka akan dapat dicapai ke tahap tertinggi sekali dengan komitmen yang jitu dan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.
Misi
  • Komited kepada perkembangan dan kemajuan sukan prestasi tinggi yang mantap bagi melahirkan atlit negeri yang berkualiti, cemerlang dan berdaya saing di pelbagai peringkat kejohanan dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibah dan imej Negeri Melaka.
Objektif
  • Merancang, merumus dan menyelarasn segala dasar dan matlamat sukan negeri;
  • Untuk menyediakan peluang-peluang dan kemudahan-kemudahan bagi memenuhi keperluan asasi soasial melalui sukan;
  • Untuk mencapai kecermalangan ke tahap tertinggi sekali, dengan semangat kesukanan yang tulen di pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan harapan mempertingkatkan lagi muhibbah dan imej negeri.
Fungsi Utama
  • Menyelaras dan membantu persatuan-persatuan sukan prestasi tinggi Negeri Melaka;
  • Mempergiatkan program-program pembangunan atlit Negeri Melaka;
  • Mentadbir kewangan Majlis Sukan Negeri bagi mencapai objektif secara optima;
  • Merancang dan menyelaras program-program sukan;
  • Membuat syor-syor kepada kerajaan Negeri Melaka berhubung cara, langkah dan dasar yang perlu diambil bagi memudahkan kemajuan sukan.
Piagam Pelanggan
  • Memastikan tugas-tugas dan kuasa Majlis Sukan Negeri Melaka disempurnakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan;
  • Memberikan kerjasama kepada persatuan-persatuan sukan demi kemajuan sukan;
  • Berlaku adil kepada semua pihak di dalam membuat keputusan;
  • Memproses permohonan bantuan kewangan persatuan sukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang telah dilengkapkan;
  • Membuat bayaran bantuan kewangan kepada persatuan sukan dalam tempoh 10 hari dari tarikh permohonan diluluskan;
  • Membuat bayaran kepada pembekal dalam tempoh 14 hari dari tarikh bekalan atau perkhidmatan diterima dan segala dokumen yang berkaitan dilengkapkan; dan
  • Menerima dan mempertimbangkan segala sumbangan idea anda.