Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pengurusan :: Unit Pembela & Pembangunan Desa
Unit Pembela & Pembangunan Desa PDF Print Write e-mail
Bahagian / Unit : Unit Pembela & Pembangunan Desa

Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
No.34-5, Tingkat 5
Jalan KC 2,
Bangunan Kota Cemerlang,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Ketua Bahagian : En. Ali bin Hj Mohamed
Tel : +606-2323 613 / 614
Faks : +606-281 8272
E-mel :


Visi

Menjadi sebuah organisasi yang unggul dalam usaha mensifarkan kemiskinan di Negeri Melaka dengan memberi perkhidmatan yang mesra serta bertanggungjawab.

Misi

Menjadikan Unit Pembela & Pembangunan Desa, JKMM sebagai agensi utama Kerajaan Negeri dalam usaha mensifarkan kemiskinan melalui perancangan perlaksanaan serta penyelarasan yang berkualiti dan merealisasikan Melaka Maju 2010.

Objektif
  • Mengemas kini data-data kemiskinan melibatkan semua agensi memberi bantuan.
  • Menyelaras semua keperluan data laporan maklumat kemiskinan seluruh negeri Melaka.
  • Sebagai agensi perantaraan antara golongan kurang kemampuan dengan agensi-agensi penyumbang bantuan dalam usaha mendapatkan bantuan.
  • Membantu golongan kurang berkemampuan tetap dan produktif meningkatkan taraf ekonomi kehidupan.
  • Menyelaras permohonan Bantuan Kebajikan Rumah melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).
  • Menyelaras hal ehwal berkaitan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung / Bandar (JKKK / JKKB).
Fungsi
  • Selaku penyelaras bagi program-program pembasmian kemiskinan dijalankan oleh agensi-agensi penyumbang bantuan.
  • Menguruskan laporan data-data kemiskinan Negeri Melaka untuk kegunaan pihak-pihak bertanggungjawab dalam usaha membasmi kemiskinan.
  • Selaku pemantau bagi proses pemberian bantuan semua agensi kerajaan, swasta mahupun NGO.
  • Membantu golongan kurang kemampuan mencari pekerjaan.
  • Menyediakan kursus kemahiran dan ekonomi kepada ibu-ibu tunggal dan penerima bantuan kerajaan yang produktif.
  • Menyelaras semua permohonan Bantuan Kebajikan Rumah melalui Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk di bawa ke dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
  • Menguruskan hal ehwal berkaitan pewujudan, pertukaran dan pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung / Bandar (JKKK / JKKB).

Piagam Pelanggan
  • Memberi perkhidmatan sewajarnya kepada pelanggan dengan memberi khidmat nasihat berkaitan bantuan, mengesyorkan permohonan kepada agensi pelaksana dan menyelaras permohonan PPRT ke MMKN.
  • Memberi perkhidmatan yang mesra dan penyelesaian yang segera kepada pelanggan.
  • Menyediakan laporan kemiskinan kepada agensi bertanggungjawab sebagai rujukan dalam tempoh 2 hari bekerja.