| Bahagian / Unit |
: |
Badan Kawal Selia Air |
|
| Alamat |
: |
Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 5, Blok Bentara, Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
| Ketua Jabatan |
: |
Nooralina bte Othman |
| Tel |
: |
+606-2307219 +606-2307686 |
| Faks |
: |
+606-2318606 |
| E-mel |
: |
|
|
PIAGAM PELANGGAN
-
Komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti, efisien dan sempurna bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti berikut:
-
Kami memberi perkhidmatan dan nasihat yang professional kepada pihak berkuasa air dalam perancangan, reka bentuk, pelaksanaan dan pengurusan program bekalan air
-
Kami akan menentukan bekalan air mentah mencukupi dan memenuhi keperluan air Negeri Melaka
-
Perkhidmatan kami adalah berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan yang kukuh untuk mencapai keunggulan dalam bidang bekalan air bagi memenuhi matlamat pembangunan Negeri Melaka
VISI
Ke arah pentadbiran negeri sebagai organisasi yang unggul dalam perancangan, pelaksanaan dan pengurusan berteraskan profesionalisme, integriti dan teknologi terkini selaras dengan matlamat Kerajaan Negeri Melaka untuk menjadi sebuah negeri yang maju menjelang 2010.
MISI
Memastikan sumber air dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang
terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang
sentiasa berdaya maju.
OBJEKTIF
-
Menyediakan bekalan air yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri;
-
Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air.
FUNGSI UTAMA
-
Menjalankan pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan membekalkan air oleh pemegang lesen termasuk menentukan standard prestasi kemudahan perkhidmatan dan pelaksanaan serta penguatkuasaannya;
-
Memastikan pembekalan air yang optimum pada caj yang munasabah serta menggalakkan kecekapan dalam pembekalan air;
-
Menasihati Pihak Berkuasa Negeri mengenai pembekalan air dan perkhidmatan pembekalan air;
-
Menggalakkan, menggiatkan dan memastikan pembekalan air yang selamat dan mencukupi;
-
Menggalakkan dan menggiatkan pembekalan air bagi maksud memajukan pembangunan ekonomi Negeri Melaka;
-
Memantau dan memastikan pemegang lesen dapat menjalankan aktiviti-aktiviti dan peraturan di bawah Enakmen; dan
-
Mengeluarkan lesen kepada Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sehingga Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 dikuatkuasakan.
|