|
Lembaga Perumahan Melaka (LPM) |
|
|
|
| Bahagian / Unit |
: |
Lembaga Perumahan Melaka http://lpm.melaka.gov.my |
 |
| Alamat |
: |
Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 10, Menara MITC Jalan Konvensyen, Kompleks MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka
|
| Ketua Jabatan |
: |
Haji Sazali bin Muhd Din |
| Tel |
: |
+606-232 0383
|
| Faks |
: |
+606-232 0452 |
| E-mel |
: |
|
“SATU KELUARGA SEBUAH RUMAHâ€
Visi
- Menjadi organisasi yang unggul dalam pembangunan perumahan negeri.
Misi
- Membangunkan projek-projek perumahan awam kos rendah yang mencukupi dan selesa didiami dengan harga mampu milik bagi mencapai misi satu keluarga sebuah rumah.
Fungsi
- Menyediakan dasar, strategi dan program pembangunan perumahan Negeri Melaka.
- Merancang, membangunkan, melaksanakan dan menggalakkan pembangunan perlaksanaan pemasaran dan penjualan perumahan pada amnya dan terutamanya bagi perumahan awam dan kos rendah.
- Menjalankan peranan penyelarasan antara agensi untuk membolehkan kemajuan dan perlaksanaan pesat pembangunan perumahan.
- Mengurus dan menjalankan pengendalian dan penyenggaraan kawasan-kawasan perumahan termasuk kemudahan infrastruktur, tempat-tempat dan peralatan kawasan-kawasan sedemikian.
- Menjadi pusat sumber dan maklumat bagi industri perumahan.
Piagam Pelanggan
- Memproses pembelian rumah kos rendah (borang telah lengkap) setelah mendapat kelulusan pihak berkuasa Negeri dalam tempoh 30 hari bekerja.
- Menawarkan penyewaan rumah pangsa kepada pemohon dalam tempoh 14 hari bekerja (sekiranya terdapat kekosongan dan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri)
- Memproses permohonan geran rumah awam dan rumah pangsa dalam tempoh 14 hari setelah mendapat pengesahan bayaran daripada Pejabat Daerah dan mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
- Memastikan aduan kerosakan rumah awam dan rumah pangsa dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja.
Pencapaian Piagam Pelanggan Lembaga Perumahan Melaka
Statistik Perumahan 2010
|