Anda di sini :: Laman Utama :: Sektor Pembangunan :: Majlis Tindakan Ekonomi & Sosial Bumiputera Melaka (MTESB)
Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka (MTESB) PDF Print Write e-mail
Jabatan / Unit : Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera Melaka
Alamat : : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 5, Blok Bentara,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Ketua Jabatan : : Datuk Hj. Hasnoor bin Sidang Husin
Tel : : +606-232 4290
Faks : : +606-2332 907
E-mel : :

Visi
  • Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB) Di Negeri Melaka Secara Efektif Dalam Bidang Perdagangan dan Perindustrian.
Misi
  • Mengatur Strategi Bagi Membangun dan Melahirkan Usahawan Bumiputera Berdaya Maju, Berdaya Saing dan Berdaya Tahan.
Objektif
  • Merangka, membentuk dasar dan mengatur strategi terhadap program serta projek keusahawanan Bumiputera negeri Melaka.
  • Memantau, menyelaras dan melaksanakan perancangan di samping mengawasi serta membuat penilaian terhadap pencapaian MPBB.
Fungsi
  • Mewujudkan pangkalan data dan maklumat usahawan Bumiputera negeri Melaka untuk merangka strategi.
  • Memantau aktiviti-aktiviti jabatan dan agensi pelaksana program, aktiviti dan projek pambangunan usahawan Bumiputera.
  • Merangka program dan projek bagi membangunkan MPBB melalui program-program tertentu seperti Satu Daerah Satu Industri (SDSI), Vendor, Francais, PROSPER dan sebagainya.
  • Mengenal pasti dan mengambil peluang-peluang pengllibatan Bumiputera dalam semua bidang perniagaan serta perusahaan terutamanya sektor Perindustrian, Pelancongan, Perdagangan, Pengeluaran, Pembinaan dan Pembuatan.
  • Menjadi urus setia Mesyuarat J/K Pembangunan Keusahawanan Bumiputera Negeri Melaka (MJKB) dan menyediakan kertas-kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang berkaitan.