|
Unit Kerajaan Tempatan (UKT) |
|
|
|
| Bahagian / Unit |
: |
Unit Kerajaan Tempatan |

|
| Alamat |
: |
Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras Bawah, Blok Shahbandar Seri Negeri, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
| Ketua Bahagian |
: |
Pn. Noraizam binti Abdullah |
| Tel |
: |
+606-230 7541 |
| Faks |
: |
+606-233 1297 |
| E-mel |
: |
|
|
|
Visi
- Pembangunan Lestari PBT Mampan.
Misi
- Menjadikan PBT sebuah organisasi yang lestari, mempunyai pengurusan kewangan yang mantap dan memastikan Negeri Melaka Indah, Bersih dan Selamat.
Objektif
- Memantau dan menyelaras Pentadbiran PBT supaya lebih cekap dan berkesan melalui peningkatan dan pengukuhan sistem penyampaian perkhidmatan memantapkan pengurusan kewangan PBT serta memastikan pembangunan Negeri Melaka dilaksanakan secara lestari.
Fungsi
- Memastikan semua keputusan Jemaah Menteri, Majlis Negeri Kerajaan Tempatan dan Pihak Berkuasa Negeri dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
- Melaporkan aktiviti dan program yang berkaitan dengan pentadbiran, kewangan dan pelaksanaan projek kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Negeri.
- Memastikan semua fungsi dan Pihak Berkuasa Tempatan dilaksanakan selaras dengan garis panduan dan Undang-Undang yang sedia ada.
- Merancang dan menyelaras pelaksanaan projek Pihak Berkuasa Tempatan.
- Membantu Pihak Berkuasa Tempatan di dalam bidang pentadbiran dan pengurusan dari aspek kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan projek yang dibiayai sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Piagam Pelanggan
- Menyalurkan Maklumat / Arahan Kerajaan Persekutuan / Negeri kepada Pihak Berkuasa Tempatan dalam masa 7 hari bekerja
- Menyalurkan Undang-Undang dan Dasar Kerajaan daripada Kementerian yang telah diluluskan / ditimbalguna oleh Kerajaan Negeri dalam masa 7 hari bekerja kepada Pihak Berkuasa Tempatan
- Menyediakan Kertas Kerja Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang dimajukan oleh PBT kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam masa 7 hari bekerja selepas ulasan daripada Jabatan / Agensi berkaitan diterima
- Memastikan penyata-penyata kewangan tahunan PBT disediakan mengikut prinsip perakaunan akruan dan dikemukakan ke audit negeri selewat-lewatnya pada bulan Jun berikutnya
- Memastikan pengagihan peruntukan yang seimbang bagi projek pembangunan kepada PBT dan baucer-baucer pembayaran yang telah lengkap dengan dokumen sokongan disiapkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan untuk dikemukakan ke Bendahari Negeri / Akauntan Negara bagi pembayaran.
|