| Pengenalan Perkhidmatan Psikologi JKMM |
|
|
|
|
Perkhidmatan psikologi dan kaunseling merupakan pelengkap kepada PSM sektor awam. Ia telah diwujudkan di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka pada 2009. Perkhidmatan ini menawarkan khidmat nasihat serta bimbingan yang diberikan kepada mereka yang memerlukan serta dapat membantu dalam membangun dan meningkatkan lagi potensi individu dalam sesebuah organisasi. Usaha ini boleh dilakukan dengan memberi pelbagai input psikologi melalui program pencegahan, perkembangan dan pemulihan yang mengutamakan
Dalam membantu agensi-agensi kerajaan negeri meningkatkan dan memantapkan keberkesanan pengurusan sumber manusia dan modal insan, perkhidmatan psikologi mampu membantu untuk mewujudkan organisasi sihat. Ia akan memastikan pelaksanaan penilaian dan penambahbaikan bagi memacu organisasi supaya berfungsi pada tahap optima.Berikut merupakan pekeliling dan surat pekeliling yang berkaitan dengan kepentingan keperluan perkhidmatan psikologi dan kaunseling dalam sektor awam:
|