| Tajuk |
: |
MISTERI REMAJA |
 |
| Pengarang |
: |
Othman Puteh |
| Tahun Terbitan |
: |
2003 |
| Cetakan |
: |
Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd |
| Ulasan |
: |
Kehidupan remaja rencam dengan cabaran. Apaalgi buat mereka yang dihimpit kesempitan dan tanggungjawab sehingga mereka terlantar, terlinta di tengah kota.
Ikuti kisah dua beradik dan kawan-kawan menjejak misteri sahabat mereka yang tiba-tiba menghilang diri dalam Pengorbanan. Ikuti juga kisah hero remaja menyabung nyawa menyelamatkan anak-anak jiran dalam Semesra Kasihmu; heroin remaja menyelidiki misteri keruntuhan disiplin pelajar dalam Fadhila; dan kisah remaja perantau menangani misteri kekendirian dalam Cabaran Hidup Remaja. |
|
|
|
|
| Tajuk |
: |
TEKNIK MENULIS UCAPAN |
 |
| Pengarang |
: |
Jeniri Amir |
| Tahun Terbitan |
: |
2006 |
| Cetakan |
: |
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd |
| Ulasan |
: |
Menerangkan bagaimana menulis ucapan yang baik yang perlu diikuti untuk memastikan audien dapat memahami dan memberi perhatian kepada ucapan yang diberikan. |
|
|
|
|
| Tajuk |
: |
55 PETUA KERJA BERPASUKAN |
 |
| Pengarang |
: |
Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof |
| Tahun Terbitan |
: |
2005 |
| Cetakan |
: |
PTS Millennia Sdn. Bhd |
| Ulasan |
: |
Buku ini menyediakan 5S petua ringkas yang berguna sebagai panduan apabila bekerja dengan orang lain. Ianya merangkumi asas-asas kerja berpasukan, menghadapi karenah orang yang beraneka ragam, bagaimana hendak membina kebersamaan, mengagih kerja dan peranan, mengendalikan mesyuarat, teknik komunikasi dan menghadapi konflik. Selain daripada itu, terdapat tiga aktiviti pilihan yang sesuai bagi ‘menyegarkan’ semangat kerjasama kita dan rakan-rakan. Idea di dalam buku disampaikan dalam bentuk lebih mudah dan menarik. Buku ini sesuai dibaca oleh mereka yang hendak meningkatkan kemahiran bekerjasama dalam berpasukan. |
|
|
|
|
| Tajuk |
: |
REZEKI HALAL & HARAM |
 |
| Pengarang |
: |
Abdul Hamid Al-Bilali |
| Tahun Terbitan |
: |
2010 |
| Cetakan |
: |
Crescent News (K.L) Sdn. Bhd. |
| Ulasan |
: |
Mencari rezeki halal adalah di tuntut oleh ajaran Islam dan ianya adalah amalan yang terpuji. Sebagaimana yang dinyatakan oleh firman ALLAH SWT yang bermaksud : “Makanlah oleh kamu makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh.â€
Berusaha mendapatkan rezeki yang halal dalam rangka untuk mencukupi keperluan peribadinya dan keluarga adalah suatu hal yang sangat terpuji sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw yang maksudnya : “Barangsiapa yang merasa payah (penat) kerana bekerja sehari suntuk mencari rezeki yang halal, nescaya akan diampun segala dosanya.†Oleh kerana itu, marilah kita giat dalam mencari rezeki yang halal dengan disertai niat untuk memelihara agamanya supaya tidak meminta-minta kepada orang lain, kemudian jika ada kelebihan daripada harta itu, kita sedekah kepada orang lain yang memerlukan.
Mudah-mudahan buku yang memuatkan panduan berguna ini dalam mencari rezeki yang diredhai Allah, hendaklah diterima sebagai amal ibadat diserta kabulkan doa-doa kita. Insya-ALLAH. |
|
|
|
|
| Tajuk |
: |
MENGURUS KERJA & WAKTU |
 |
| Pengarang |
: |
Ahmad Fadzli Yusof |
| Tahun Terbitan |
: |
2004 |
| Cetakan |
: |
PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. |
| Ulasan |
: |
Buku ini memberi panduan bagaimana hendak mengurus tugasan harian seterusnya mengurus masa. Ia dimulakan dengan membincangkan aspek mengenali diri.
Selepas itu, ia membimbing pembaca langkah demi langkah bagaimana hendak mengatur dan memperincikan tugas, menentukan prioriti, membuat rancangan alternative dan muhasabah. Ia juga membincangkan aspek kepimpinan, personality dan komunikasi yang mempengaruhi cara kerja seharian kita.
Antara tips-tips yang diberikan adalah bagaimana hendak menjaga supaya orang lain tidak membazirkan masa kita. Ia ditulis menggunakan bahasa yang mudah difahami. Bab-babnya yang pendek serta diselangselikan dengan carita menjadikan ia seronok dibaca. |
|
|
|
|
| Tajuk |
: |
MENGAPLIKASIKAN TEORI PSIKOLOGI DALAM SUKAN. |
 |
| Pengarang |
: |
Shaharudin Abd. Aziz |
| Tahun Terbitan |
: |
2001 |
| Cetakan |
: |
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. |
| Ulasan |
: |
Buku ini mengutarakan teori-teori psikologi sukan terkini yang digunakan secara meluas oleh pakar psikologi sukan luar negara untuk membantu para atlet mencapai kejayaan. Gaya bahasanya yang mudah difahami serta penggunaan contoh relevan membolehkan pembaca memahami seterusnya mengaplikasikan konsep psikologi dalam sukan dengan lebih berkesan lagi.
Buku yang padat dengan pendekatan dan teori berguna ini sesuai untuk penghayatan para pelajar institusi pengajian tinggi yang mengikuti kursus di bidang sukan; maktab; sekolah; para atlet; guru-guru; jurulatih mahupun pembaca umum yang berminat menambah pengetahuan dalam bidang ini. |
|