img
Anda di sini:
Info Berkaitan Novel Coronavirus
 

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

*Untuk maklumat lanjut berkaitan wabak Coronavirus COVID-19, sila rujuk: https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov 

 

Slide berkaitan info COVID-19: klik untuk muat-turun

 

 

SOALAN LAZIM
PENYAKIT NOVEL CORONAVIRUS (2019-nCoV)

Soalan 1: Apakah Coronavirus?

Coronavirus (CoV) adalah sejenis virus yang boleh menyebabkan jangkitan saluran pernafasan. Terdapat beberapa jenis coronavirus seperti severe acute respiratory syndrome coronavirus (SARS) dan Middle East Respiratory syndrome-related coronavirus (MERS-CoV). Coronavirus terbaru yang ditemui di China adalah Novel Coronavirus 2019 (2019-nCoV).

Jangkitan Coronavirus boleh menyebabkan spektrum gejala daripada selesema biasa kepada radang paru-paru (pneumonia) yang teruk.

Soalan 2: Sejarah Coronavirus sebelum ini, adakah pernah berlaku dan apakah pengalaman KKM menangani masalah ini?

Novel Coronavirus atau 2019-nCoV adalah virus corona yang baru dan KKM sentiasa berhubung dengan pihak antarabangsa termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempelajari characteristic and behavior virus ini.

KKM dan badan-badan kesihatan dunia semuanya tiada pengalaman menangani virus 2019-nCoV ini, walau bagaimana pun KKM mempunyai pengalaman menangani virus lain dalam kumpulan ini seperti SARS dan MERS CoV.

Dalam menangani kluster atau wabak jangkitan SARS dan MERS CoV, pematuhan kepada prinsip kesihatan awam yang ketat serta pengawalan jangkitan telah membolehkan kluster atau wabak penyakit tersebut dihentikan. Pihak KKM yakin dengan mengamalkan prinsip yang sama kita akan berjaya menangani kluster jangkitan 2019-nCoV ini.

Soalan 2: Bagaimanakah novel coronavirus 2019 (2019-nCoV) merebak?

Cara penularan Novel Coronavirus (nCoV) masih belum dikenal pasti. Walau bagaimanapun jangkitan daripada manusia kepada manusia yang lain telah disahkan berlaku.

KKM kini sedang mengawasi perkembangan jangkitan ini dan situasi sentiasa berubah dan akan mengemaskini maklumat penyakit ini dalam laman sesawang KKM dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Soalan 3: Sekiranya saya memakai penutup mulut dan hidung surgical atau N95, adakah ianya membantu untuk mengurangkan penularan 2019-nCoV?

Pemakaian penutup mulut dan hidung surgical atau 3-ply face mask adalah disyorkan kerana ia membantu mengurangkan penyebaran virus dan lebih praktikal untuk digunakan oleh orang awam. Ia bagi menghalang pendedahan orang lain kepada titisan dan percikan air liur orang yang memakai penutup mulut dan hidung ini.

Namun penutup mulut dan hidung N95 tidak disyorkan kerana ia lebih ketat dan boleh menyebabkan pemakainya berasa sukar untuk bernafas. Ianya lebih sesuai digunapakai oleh anggota kesihatan yang mengendalikan pesakit di fasiliti kesihatan.

Soalan 4: Apakah gejala-gejala radang paru-paru (pneumonia) 2019-nCoV?

Gejala radang paru-paru (pneumonia) 2019-nCoV adalah demam, batuk dan sukar bernafas.

Soalan 5: Saya mempunyai gejala batuk dan hidung berair. Saya baru balik dari mengembara ke negara-negara yang terdapat kes pneumonia disebabkan jangkitan 2019-nCoV. Perlukah saya pergi ke klinik swasta atau adakah saya perlu pergi ke Jabatan Kecemasan & Trauma hospital Kerajaan?

Anda hendaklah berjumpa doktor segera jika mempunyai gejala demam, atau jangkitan saluran pernafasan seperti batuk dan hidung berair. Sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan terdekat dan pakai penutup mulut dan hidung (surgical mask) apabila anda ke sana.

Soalan 6: Apakah rawatan untuk jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV)?

Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau ubat antivirus untuk jangkitan 2019-nCoV. Rawatan diberikan hanya untuk mengurangkan gejala yang dialami pesakit.

Soalan 7: Adakah penyakit jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV) ini boleh menyebabkan kematian? Apakah pebezaannya dengan SARS?

Novel Coronavirus (2019-nCoV) ini berpotensi menyebabkan penyakit yang teruk dan kematian, terutamanya dalam kalangan orang tua dan orang yang mempunyai masalah kesihatan atau sistem imun yang rendah.

Walau bagaimanapun ciri-ciri terperinci virus ini belum diketahui dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Soalan 8: Bolehkah saya mengunjungi negara China?

KKM ingin menyarankan kepada orang ramai yang ingin melawati negara China agar menangguhkan perjalanan kecuali untuk urusan penting yang tidak boleh dielakkan.

Dalam tempoh 14 hari selepas pulang dari lawatan ke China, segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk atau kesukaran bernafas. Sila maklumkan sejarah perjalanan anda kepada doktor yang merawat bagi memastikan pengesanan awal jangkitan 2019-nCoV.

Soalan 9: Apakah langkah-langkah pencegahan jangkitan 2019-nCoV?

Pengembara ke negara China dan selepas pulang ke Malaysia adalah diingatkan untuk sentiasa mengamalkan langkah-langkah berikut:

  • Amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer;
  • Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask) serta hand sanitizer untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa dalam tempoh lawatan;
  • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan semasa dalam tempoh lawatan; dan
  • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna semasa dalam tempoh lawatan.

Soalan 10: Rakan sekerja / rakan sekelas / kawan saya melancong ke China semasa cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Apabila mereka kembali, adakah mereka perlu mengasingkan diri mereka?

Mereka akan disaring di Pintu Masuk Antarabangsa Malaysia. Sekiranya dikesan demam dengan gejala jangkitan pernafasan, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan untuk pemeriksaan lanjut.

Sekiranya mereka sihat dan tidak bergejala, mereka akan diberi Home Assessment Tool serta Health Alert Card . Mereka dinasihatkan untuk tinggal di rumah dan perlu mengawasi kesihatan mereka selama 2 minggu. Sekiranya bergejala, segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan dengan membawa bersama Health Alert Card.

Soalan 11: Apakah peranan agensi pelancongan dalam mengawal penularan jangkitan 2019-nCoV ini?

Agensi pelancongan diminta untuk memaklumkan mengenai situasi terkini kejadian wabak penyakit 2019-nCoV dan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh KKM kepada pekerja masing-masing dan pelanggan yang ingin ke Negara China dari semasa ke semasa iaitu :

  • Menasihatkan orang ramai untuk mengelakkan dari melawati negara China sehingga dimaklumkan kelak.
  • Mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand sanitizer.
  • Sekiranya lawatan ke Negara China tidak dapat dielakkan, semasa di sana:
    • Elakkan dari mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala;
    • Elakkan dari melawat ke ladang haiwan, pasar yang menjual haiwan hidup, tempat sembelihan haiwan atau menyentuh sebarang jenis haiwan;
    • Elakkan dari memakan sebarang produk haiwan mentah / tidak dimasak dengan sempurna.
  • Segera mendapatkan rawatan perubatan sekiranya jatuh sakit (iaitu mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas) dalam tempoh 14 hari selepas pulang ke tanah air
  • Pengembara yang datang dari Negara China perlu dimaklumkan keperluan mengisytiharkan status kesihatan sebelum tiba ke Malaysia. Selain itu prosedur keperluan menjalani perintah Pemantauan dan Pengasingan serta isolasi sekiranya bergejala perlu dijelaskan kepada pelanggan.
  • Memperkasakan pihak agensi dan persatuan pelancongan untuk membuat saringan demam ke atas pengembara dan merujuk mereka ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
  • Pihak agensi pelancongan dan pengurusan fasiliti penginapan dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran termasuk menjalankan disinfeksi.

Soalan 12: Apakah tindakan KKM dalam mencegah dan mengawal penularan penyakit 2019-nCoV ini?

KKM telah memantau situasi wabak jangkitan 2019-nCoV ini secara harian melalui sumber-sumber yang sahih sejak 10 Januari 2020, di samping menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:

  • Membuka Bilik Gerakan nCoV.
  • Menyediakan dan mengeluarkan kenyataan akhbar memaklumkan kepada orang ramai mengenai situasi terkini wabak ini.
  • Membuat saringan gejala di pintu-pintu masuk antarabangsa Malaysia.
  • Membuat saringan gejala di fasiliti kesihatan, membuat rujukan dan isolasi kes di hospital-hospital terpilih.
  • Menjalankan pemantauan kontak di rumah atau tempat-tempat pengasingan yang termaktub dalam Perintah Pemantauan dan Pengasingan.
  • Meningkatkan kapasiti isolasi di hospital.
  • Memantapkan kapabiliti makmal dalam menjalankan ujian pengesanan virus novel ini.
  • Menjalankan latihan kepada kakitangan kesihatan khususnya penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang betul.
  • Memastikan stockpile PPE dan ubat-ubatan bagi merawat gejala dan komplikasi mencukupi.
  • Meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan virus nCoV ini melalui media sosial dan media cetak.

Orang ramai boleh menghubungi Bilik Gerakan KKM di talian 03 88810200 / 03 88810600 /03 88810700 atau emel ke cprc@moh.gov.my untuk sebarang pertanyaan. Selain itu Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing juga boleh dihubungi (Lampiran 2).

Health Alert Card

Health Assessment Tool

TATACARA PENILAIAN KESIHATAN KENDIRI

Amalkan langkah–langkah mudah berikut apabila anda tidak sihat di rumah:

  • Bagi yang bekerja / bersekolah, gunakan cuti sakit yang diberikan oleh doktor untuk berehat di rumah;
  • Hadkan pergaulan dengan mereka yang sihat di sekeliling anda;
  • Tutup mulut dan hidung anda menggunakan tisu apabila anda batuk dan bersin. Sejurus selepas itu, buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
  • Amalkan adab batuk yang baik;
  • Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas batuk atau bersin. Pakai penutup mulut dan hidung (face mask) apabila berurusan dengan orang lain.

Individu dengan gejala demam dan batuk dan / atau sakit tekak adalah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan sekiranya pada bila-bila masa mereka mengalami mana-mana tanda dan gejala seperti berikut:

  • Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau demam yang berulang semula selepas 3 hari
  • Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi laju atau warna bibir bertukar menjadi kebiruan
  • Batuk berdarah
  • Sakit dada yang berterusan

Jika anda mempunyai mana-mana gejala di atas, segera:
Dapatkan rawatan di: _______________________________
atau
Buat panggilan ke nombor: ___________________________

  • Pergi dapatkan rawatan dengan menggunakan kenderaan persendirian; atau
  • Jika perkhidmatan ambulan diperlukan, sila dail 999 untuk bantuan.

*Perhatian: Sila simpan kad ini bersama anda dan serahkan kepada mana-mana fasiliti kesihatan yang anda kunjungi. Kad ini perlu disimpan selama 14 hari dari tarikh ia diberikan kepada anda.

Kepada Pengamal Perubatan Yang Merawat Pesakit Ini
Individu yang membawa kad ini adalah merupakan penumpang atau anak kapal yang baru pulang dari Wuhan, China atau negara yang mengalami penularan aktif jangkitan (dalam tempoh 14 hari yang lepas). Jika anda mendapati beliau mengalami gejala seperti demam (≥38°C), radang paru-paru atau jangkitan respiratori serius dengan susah bernafas, sila rujuk ke hospital yang berhampiran dengan SEGERA.

NOMBOR TELEFON JABATAN KESIHATAN NEGERI

BIL.

NEGERI

WAKTU OPERASI

NOMBOR TELEFON

EMEL

1.

Perlis

Ahad – Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

04-9760712

cprcjkn.pls@moh.gov.my

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

Beroperasi melalui pegawai atas panggilan

2.

Kedah

Ahad – Khamis

8.00 pagi – 6.00 petang

04-7741174

cprc_jknkedah@moh.gov.my

 

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi – 12.00 tengahari

3.

Pulau Pinang

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

04-2629902

epid_penang@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

10.00 pagi – 2.00 petang

4.

Perak

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

05-2433962

cprcprk@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

10.00 pagi – 5.00 petang

5.

Selangor

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

03-51237366
03-51237367

cprc_sel@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi – 1.00 petang

6.

WP Kuala Lumpur & Putrajaya

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

03-26983757
03-22687301

cprckl@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi – 3.00 petang

7.

Negeri Sembilan

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

06-7641326

cprcjknns@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi – 5.00 petang

8.

Melaka

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

06-2345999
06-2883019

cprcmelaka@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

9.00 pagi – 5.00 petang

9.

Johor

Ahad – Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

07-238 2217

cprcjknj@moh.gov.my

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

8.00 pagi – 5.00 petang

10.

Pahang

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

09-570 7910
09-570 7914
09-570 7909

cprc_pahang@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi – 12.00 tengahari

11.

Terengganu

Ahad – Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

09-6229775
09-6353752

bgerakan.trg@moh.gov.my

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

9.00 pagi – 3.30 petang

12.

Kelantan

Ahad – Khamis

8.00 pagi – 5.00 petang

09-747 2089

cprc_kel@moh.gov.my

Jumaat, Sabtu & Cuti Umum

9.00 pagi – 12.00 tengahari

13.

Sabah

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

088-219455
088-512531
088-512533

sbhcprc@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi – 5.00 petang

14.

Sarawak

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

082-443248

cprc_sarawak@moh.gov.my

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi – 5.00 petang

15.

WP Labuan

Isnin – Jumaat

8.00 pagi – 5.00 petang

087-596160

cprclabuan@gmail.com

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

8.00 pagi – 5.00 petang

 

Bahan Media Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Novel Coronavirus atau 2019-nCoV menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selesema sehinggalah penyakit serius seperti SARS dan MERS-CoV.

Novel Coronavirus tiada vaksin. Amalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi mengelak diri anda dan orang lain dijangkiti.

Video saranan kepada pengunjung yang perlu ke negara yang dijangkiti Novel Coronavirus (2019-nCoV).

 

Gejala Novel Coronavirus

❗️ Demam melebihi 38⁰C (melebihi 3 hari)
❗️ Batuk
❗️ Susah bernafas

Kurangkan risiko jangkitan Novel Coronavirus (2019-nCoV)

📌 Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin
📌 Kerap cuci tangan
📌 Pakai penutup mulut dan hidung
📌 Menjaga kebersihan diri sepanjang masa

Senarai hospital rujukan bagi mengendalikan kes-kes yang disyaki dan sahih 2019-nCoV.

Senarai-Hospital-V1

 

Senarai Screening Hospitals bagi mengendalikan kes Novel Coronavirus (2019-nCoV).

Senarai-Hospital-SCREENING-v2

 

Pusat Saringan COVID-19 Negeri Melaka:

pusat_saringan_covid19_negerimelaka

 

 Infografik berkaitan COVID-19:

Travel Health Advisory_school

 

Nasihat kepada Pekerja_Corona Virus-01

 

Poster Sekolah & Tempat Kerja 2 OL

 

Social Distancing home

 

SocialDistancing workplace

 

 

 

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka