![]() |
Bahagian / unit | : | Perbadanan Ketua Menteri |
Alamat | : | Jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras Bawah, Menara MITC, Jalan Konvensyen, Kompleks MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka |
|
Nama | : | Encik Masrul Faizal bin Mohamad | |
Jawatan | : | Pengurus Besar | |
Tel | : | +606-234 6610 | |
Faks | : | +606-232 4917 | |
E-mel | : | masrul[at]melaka[dot]gov[dot]my |
Untuk menjadi sebuah organisasi korporat yang dinamik, inovatif, cekap dan proaktif dengan tadbir urus korporat dan etika perniagaan yang baik dan telus.
- Menguruskan harta – harta Ketua Menteri (Diperbadankan) (CMI) dengan cekap dan efisyen.
- Menerapkan sifat ketelusan dan akauntabiliti dalam Pengurusan Anak Syarikat Negeri dan :
- Ke arah sebuah organisasi berteraskan Pencapaian dan Prestasi
- Mewujudkan ketelusan di dalam menyediakan laporan pengurusan dan kewangan supaya maklumat yang dilaporkan adalah benar ;
- Menerapkan akauntabiliti / kebertanggungjawaban pihak pengurusan di dalam mentadbir organisasi supaya objektif penubuhan organisasi tercapai;
- Mengurus harta-harta Perbadanan Ketua Menteri Melaka secara efektif supaya pungutan hasil dimaksimumkan ; dan
- Melaksanakan projek penswastaan / usahasama yang berpotensi supaya hasil dan ekonomi negeri dapat dipertingkatan .
- Menguruskan dan mentadbir harta Perbadanan Ketua Menteri;
- Menguruskan permohonan tanah Kerajaan untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
- Menguruskan penyewaan/penjualan harta Perbadanan Ketua Menteri;
- Menguruskan pembelian hartanah untuk dijadikan hakmilik Perbadanan Ketua Menteri ;
- Melaksanakan projek dibawah Jawatankuasa Penswastaan negeri;
- Melaksanakan urusan permohonan permit pengeluaran bahan batuan di tanah kerajaan;
- Menguruskan pengambilan balik tanah untuk pelaksanaan projek;
- Mengenalpasti projek pembangunan baru untuk dibangunkan di lokasi-lokasi yang strategic;
- Menguruskan penyelenggaraan bangunan baru untuk dibangunan di lokasi-lokasi yang strategik;
- Menguruskan penyelenggaraan bangunan hak milik Perbadanan Ketua Menteri;
- Memantau prestasi anak-anak syarikat dibawah Perbadanan Ketua Menteri;
- Mengurus tadbir Restoran Melayu Melaka ; dan
- Mengurus tadbir Panggung Bangsawan Melaka .
(i) |
Memastikan permohonan penyewaan hartanah diproses dan diluluskan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh permohonan lengkap diterima. |
(ii) |
Memastikan permohonan pembelian hartanah diproses dan diluluskan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan lengkap diterima. |
(iii) |
Memastikan wang deposit sewa hartanah dikembalikan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh tuntutan dikemukakan. |
(iv) |
Memastikan aduan pelanggan diselesaikan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh aduan lengkap diterima kecuali bagi kes-kes yang melibatkan isu perundangan. |
Untuk membolehkan Bahagian Perbadanan Ketua Menteri Melaka melaksanakan piagam pelanggan dengan berkesan , pelanggan hendaklah :
- Menyediakan dokumen yang lengkap dan tepat semasa berurusan .
- Menepati dan mematuhi syarat-syarat perjanjian yang ditetapkan
- Bersikap rasional semasa membuat aduan