img
Anda di sini:
Unit Perancangan Ekonomi Negeri
upen Bahagian / unit : Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
Alamat : Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 3, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Nama : Datuk Shamsul Ambia bin Abdul Aziz
Jawatan : Setiausaha Bahagian
Tel : +606-333 3333 samb. 7322
Tel (Am) : +606-333 3333 samb. 7538
Faks : +606-232 8420
E-mel : shamsulambia[at]melaka[dot]gov[dot]my



Visi
  • Menjadi Bahagian Perancang Yang Bertaraf Antarabangsa

 

Misi
  • Memperkukuhkan ilmu
  • Memantapkan kewangan
  • Meningkatkan pembangunan sumber manusia & pembangunan fizikal projek
  • Mewujudkan sistem, struktur dan mekanisma kerja yang berupaya melangkaui kehendak pelanggan

 

Objektif
  • Merancang, menyelaras, memantau dan menilai dasar strategi dan program – program pembangunan ekonomi Negeri Melaka untuk mencapai matlamat sosioekonomi yang ditetapkan oleh Kerajaan serta menggalakkan penyertaan aktif sektor swasta.

 

Fungsi Utama
  1. Merancang, melaksana, dan mengkaji semula dasar dan strategi pembangunan sosio-ekonomi Negeri Melaka bagi mencapai misi dan objektif pembangunan negeri selaras dengan dasar-dasar dan objektif pembangunan seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun, Dasar Penswastaan dan lain-lain.
  2. Melulus, menyelaras, memantau dan menilai prestasi projek-projek pembangunan negeri yang dilaksanakan oleh agensi-agensi Kerajaan Negeri selaras dengan matlamat pembangunan negeri;
  3. Memohon, menyelaras, memantau dan menilai projek-projek Rancangan Malaysia yang dilakukan oleh agensi kerajaan Persekutuan di Negeri Melaka selaras dengan matlamat pembangunan negeri.
  4. Melulus, meyelaras, memantau dan menilai prestasi projek – projek pembangunan negeri yang dilaksanakan oleh pihak swasta selaras dengan matlamat pembangunan negeri.

 

Piagam Pelanggan
 

(i)

Menyediakan dan mengemaskini pelan-pelanpembangunan negeri dalam tempoh 6-24 bulan.

(ii)

Mendapatkan kelulusan projek dan program pembangunan seperti berikut ;

i ) Peruntukan Negeri (dalam tempoh 6 bulan)

ii ) Peruntukan Persekutuan (dalam tempoh 12 bulan)

iii ) Penswastaan (dalam tempoh 3 bulan) selepas permohonan lengkap diterima

iv ) Peruntukan Khas ( dalam tempoh 1 minggu – 2 minggu ) selepas permohonan lengkap diterima

(iii)

Semakan tuntutan bayaran dalam tempoh 3 hari selepas dokumen yang lengkap diterima

(iv)

Menyelaras dan memantau projek dan program pembangunan sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh pelaksanaan.

(v)

Menyediakan satu kajian penilaian impak sosial projek dalam tempoh 2 tahun selepas projek siap

Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka