Logo Kerajaan Negeri Melaka

Piagam Pelanggan

Piagam Pelanggan

   
1. Pemakluman keputusan pengurusan perjawatan perkhidmatan kakitangan tetap/kontrak dalam tempoh7 hari bekerja selepas keputusan diperolehi;
2. Memastikan aplikasi kritikal (merujuk Polisi dan Standard Keselamatan ICT Negeri Melaka) di bawah seliaan JKMM beroperasi dengan tahap jaminan 90%;
3.

Memastikan semua aduan/pertanyaan pelanggan JKMM

a. Diberi akuan penerimaan dalam tempoh satu (1) hari
b. Diselesaikan dalam tempoh15 hari bekerja (kecuali aduan kompleks/berprofil tinggi)

4. Keputusan permohonan peruntukan projek pembangunan dimaklumkan kepada agensi pemohon dalam tempoh masa 30 hari bekerja;
5. Memastikan keputusan Kerajaan Negeri berhubung permohonan lesen abstraksi air mentah dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh penerimaan fail kelulusan di BKSA;
6. Mengemukakan keputusan permohonan menggunakan kemudahan bas dan bilik mesyuarat dalam Kompleks Seri Negeri dalam tempoh lima (5) hari bekerja;
7. Memproses tuntutan bayaran dalam tempoh 7 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima;

8. Mengemukakan keputusan permohonan menggunakan kemudahan bangunan (Dewan Seri Negeri, Auditorium, Rumah Kelab) Kerajaan Negeri dalam tempoh lima (5) hari bekerja.