Logo Kerajaan Negeri Melaka

Visi & Misi

Visi & Misi

Visi
  • Peneraju Organisasi Terbilang.

 
Misi
  • Meneraju Perkhidmatan Awam Negeri Bertaraf Kelas Pertama Dalam Sistem Pentadbiran Dan Pengurusan Yang Berkat, Tepat, Cepat.
 
Objektif
  • Memperkasa perancangan dan pelaksanaan pembangunan sosio - ekonomi  yang komprehensif dalam memacu Melaka Maju Fasa II;
  • Melaksana dasar dan strategi untuk memperkukuh pembangunan sosio - ekonomi Negeri Melaka;
  • Menilai prestasi keberhasilan pelaksanaan dasar dan strategi;
  • Melahirkan modal insan yang berintegriti dan kompeten dalam menambah baik prestasi penyampaian perkhidmatan;
  • Memberi perkhidmatan ICT yang diperlukan kepada semua     Bahagian / Unit / Seksyen di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka     termasuk Jabatan / Agensi Negeri yang lain dalam pelaksanaan program-program dan aktiviti ICT yang telah ditetapkan agar Jabatan / Agensi berkenaan menjadi lebih produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan fungsi-fungsinya.
 
Fungsi
  • Merancang, merangka, menggubal dan melaksanakan Dasar Kerajaan Negeri, Dasar Kerajaan Persekutuan berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke Sembilan, Senarai Negeri, Perlembagaan Persekutuan dan juga peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam perlembagaan Negeri;
  • Merancang, merangka, menggubal, mengurus dan menyelaras Dasar Kerajaan Negeri berkaitan dengan pentadbiran negeri mengikut Jadual Ke Sembilan, Senarai Bersama, Perlembagaan Persekutuan;
  • Mengurus, memantau,mengesan dan menilai pelaksanaan setiap Dasar Kerajaan Negeri yang ditetapkan oleh Dewan Undangan Negeri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).