Logo Kerajaan Negeri Melaka

Ketua Menteri Melaka

Ketua Menteri Melaka

Maklumat Berkenaan Ketua Menteri Melaka & Peranannya

Ketua Menteri Melaka

Ketua Menteri dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan ahli Dewan Undangan Negeri berdasarkan pertimbangan beliau dalam memberi kepercayaan kepada majoriti para ahli dewan. Ketua Menteri akan mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang akan bersidang setiap minggu di pejabat Ketua Menteri.

Ketua Menteri akan menjalankan tanggungjawab dan fungsinya sebagai ketua kerajaan negeri selain memenuhi keperluan masyarakat, terutama didalam kawasannya. Beliau tidak akan memegang mana-mana projek dan juga tidak dibenarkan berurusniaga dengan mana-mana pihak komersial.

Ketua Menteri pada ketika ini ialah YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron. Beliau telah dilantik pada 7 Mei 2013.

Senarai pingat yang diterima :
DGSM., DCSM., DMSM., DSM., BKC., DUNM

Alamat :-

Pejabat Ketua Menteri
Tingkat 4 (Suite),
Blok Bendahara, Seri Negeri,
Hang Tuah Jaya,
Ayer Keroh 75450, Melaka


Senarai Ketua Menteri

No Nama Dari Hingga
1 Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron 07.05.2013 Sekarang
2. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam 03.12.1999 06.05.2013
3. Datuk Seri Abu Zahar bin Hj. Isnin 23.05.1997 02.12.1999
3. Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Hj. Abdul Ghani 14.10.1994 14.05.1997
4. Tan Sri Hj. Abdul Rahim bin Tamby Chik 26.04.1982 13.10.1994
6. Datuk Seri Mohd. Adib b. Mohd Adam 11.07.1978 26.04.1982
7. Datuk Setia Hj. Abdul Ghani bin Ali 01.08.1972 10.07.1978
8. Datuk Hj. Talib bin Karim 06.10.1967 31.07.1972
9. Tun Abdul Ghaffar bin Baba 01.06.1959 05.10.1967
10. Dato' Kurnia Jasa Osman bin Talib 31.08.1957 31.05.1959