Logo Kerajaan Negeri Melaka

Sosek Malindo

Sosek Malindo

PENGENALAN DAN LATARBELAKANG SOSIO EKONOMI MALAYSIA – INDONESIA (SOSEK MALINDO)

 

Malaysia dan Indonesia merupakan dua negara tetangga yang mempunyai garis batas yang sama di wilayah Borneo / Kalimantan dan perairan Selat Melaka. Meskipun kedua Negara memperoleh kemerdekaannya dengan cara yang berbeza, namun mempunyai banyak persamaan dari segi geografi dan sosial budaya.

Kerjasama pembangunan sosio – ekonomi perbatasan di antara Malaysia dan Indonesia telah dilaksanakan sejak tahun 1985 dalam satu Badan yang disebut Jawatankuasa Kerja Pembangunan Sosio – Ekonomi Wilayah Perbatasan Malaysia – Indonesia (JKK Sosek Malindo). Pertemuan khusus JKK Sosek Indonesia – Malaysia dan Pemerintah Provinsi Riau pada 13 – 15 September 2000 di Pekanbaru telah bersetuju untuk membentuk JKK Sosek Peringkat Negeri Melaka / Johor – Provinsi Riau. Pertemuan Persidangan ini menjadi platform hubungan bilateral antara dua negara, pertukaran maklumat mengenai projek-projek pembangunan dan keselamatan sosio-ekonomi di kawasan perbatasan bersama.

Pertemuan ini melibatkan kerjasama dua hala di dalam bidang khusus iaitu Bidang Sosial dan Budaya, Bidang Ekonomi, Perdagangan dan Perhubungan dan Bidang Keselamatan / Keamanan dan Pengurusan Sempadan / Perbatasan. Pertemuan ini turut melibatkan kepulauan Riau (KEPRI) sebagai ahli di dalam JKK / KK Sosek Malindo berdasarkan persetujuan awal Pertemuan ke – 5 Sekretariat Bersama yang diadakan pada 27 – 30 April 2009 di Bandung, Indonesia.

 

Gambar-gambar aktiviti adalah seperti berikut:

  1. Tim Teknik Sosek Malindo Ke-14 Tingkat Provinsi Riau/Kepulauan Riau-Peringkat Negeri Johor/Melaka Di Pekan Baru Pada 4 Ogos 2015 – 6 Ogos 2015
  2. Persidangan Sosek Malindo Ke-14 Peringkat Negeri Johor/Melaka-Tingkat Provinsi Riau/Kepulauan Riau Di Johor Bahru Pada 30 November 2015 – 2 Disember 2015
  3. Persidangan Ke-15 Sosek Malindo Peringkat Negeri Melaka/Johor-Tingkat Provinsi Riau/Kepulauan Riau Di Melaka Pada 18 - 20 Oktober 2016