Logo Kerajaan Negeri Melaka

Pelaburan

Pelaburan

Bidang pelaburan di Melaka melibatkan beberapa agensi / jabatan seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka(PKNM), Yayasan Melaka, Kumpulan Melaka Berhad (KMB) dan Invest Melaka. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan agensi / jabatan tersebut:



Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM)

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. Enakmen No 1 Tahun 1971 telah diberi peranan dan tugas utama untuk membangunkan serta memajukan Negeri Melaka dalam empat bidang utama iaitu Perindustrian, Pelancongan, Perumahan dan Perniagaan dan Perdagangan.

Peranan utama PKNM ini dilaksanakan berdasarkan halatuju Dasar Pembangunan Negara iaitu meneruskan matlamat meningkatkan taraf hidup dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan yang seimbang dan pengagihan yang saksama. PKNM merupakan sebuah Badan Berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terutama dalam penyertaan Bumiputera.

Sila hubungi PKNM di:

Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka
Aras 4-11, Menara MITC,
Jalan Konvensyen,
Kompleks MITC
75450, Ayer Keroh
Melaka

No. Tel: +606-2324455
No. Faks: +606-2324434
Laman Web: http://www.pknm.gov.my

 



Yayasan Melaka

Yayasan Melaka komited menjadi organisasi unggul untuk masyarakat berilmu dan berdaya maju dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan Negeri Melaka. Antara objektif Yayasan Melaka ialah memberi pertolongan atau bantuan kepada pertubuhan, institusi dan individu disamping memberi bantuan kebajikan untuk meringankan bebanan kepada ahli pasukan bersenjata, polis, kakitangan kerajaan dan keluarga individu-individu yang difikirkan perlu menerima bantuan. Objektif lain ialah menambah peluang pekerjaan melalui Biasiswa dan Pinjaman Pelajaran Tinggi sera memajukan keusahawanan orang Melayu dalam bidang ekonomi.

Sila hubungi Yayasan Melaka di:

Yayasan Melaka
No.40-52 Jalan BKD 27,
Taman Bukit Katil Damai 2,
75450 Ayer Keroh,
Melaka.

No. Tel: +606-2311822
No. Faks: +606-2311307
Laman Web: http://www.yayasanmelaka.gov.my

 



Kumpulan Melaka Berhad

Sebagai teras pelaburan kepada Kerajaan Negeri Melaka, Kumpulan Melaka Berhad amat komited dalam mempercepat dan menjana pembangunan ekonomi di dalam dan di luar Melaka.

Diperbadankan pada 25 Februari 1995 di bawah naungan Pemerbadanan Ketua Menteri Melaka, misi korporat kami ialah pembangunan hartanah, pembinaan, kejuruteraan, pelancongan, pembuatan dan telekomunikasi.

Objektif KMB ialah memberi khidmat pengurusan yang cekap dan berkesan terutamanya dalam melaksanakan kesemua projek-projek pembangunan hartanah dn projek-projek pembinaan/ kontrak untuk mencapai keuntungan seperti yang ditetapkan dalam perjanjian atau sepertimana kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Melaka Berhad tidak kurang 10% daripada sasaran keuntungan asal. Objektif lain adalah bagi mengusahakan bidang pelaburan pilihan dalam pelbagai aktiviti perniagaan yang berdaya maju mengukuhkan kewangan syarikat dengan sasaran keuntungan meningkat 10% atau lebih setiap tahun.

 

Sila hubungi KMB di:

Kumpulan Melaka Berhad
No. 24-5 & 26-5, Tingkat 5,
Bangunan Kota Cemerlang,
75450 Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
Melaka

No. Tel: +606-232 7880
No. Faks: +606-232 8980
Laman Web: http://www.kmb.com.my