Kebajikan sosial dan masyarakat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui perkhidmatan yang disediakan dan pembangunan sosial yang profesional dan perkongsian tanggungjawab yang strategik. Objektifnya adalah untuk mewujudkan masyarakat yang berbudaya penyayang dan yang serba lengkap dari segi keperluan asas. Ini akan dijalankan menerusi pembangunan masyarakat melalui perubahan sikap dan peningkatan keupayaan untuk berdikari.
Berikut adalah agensi-agensi yang berfungsi untuk menghulurkan bantuan dari segi moral, nasihat dan keupayaan hidup. Ini termasuklah yang diuruskan oleh pihak kerajaan dan organisasi bukan untung (non-profit organisation) yang dikendalikan oleh sukarelawan.
Agensi utama yang memainkan peranan penting adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Jabatan Kemajuan Masyarakat
Jabatan Kemajuan Masyarakat atau lebih dikenali di kalangan umum sebagai KEMAS adalah lanjutan daripada Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961 melalui kertas kabinet Bil. 385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program Pembasmian Buta Huruf.
Menjelang tahun 1977, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep Functional Literacy oleh UNESCO sebagai salah satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Jabatan Kemajuan Masyarakat Melaka
Aras 2, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan,
Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh,
Melaka
Tel: 06 - 234 5000
Faks: 06 - 234 5010
Sila klik pautan di bawah untuk mengetahui lebih lanjut tentang Jabatan Kemajuan Masyarakat:
http://www.kemas.gov.my
Bahagian Pembela Kemiskinan Negeri Melaka
Visi
Menjadikan sebuah organisasi yang unggul dalam usaha mensifatkan kemiskinan di Negeri Melaka dengan memberi perkhidmatan yang mesra serta bertanggungjawab.
Misi
Menjadikan Bahagian Pembela Kemiskinan Negeri Melaka sebagai agensi utama Kerajaan Negeri dalam usaha mensifarkan kemiskinan melalui perancangan perlaksanaan serta penyelarasan yang berkualiti dan merealisasikan Melaka Maju 2010.
Objektif
-
Mengemaskini data-data kemiskinan melibatkan semua agensi memberi bantuan;
Menyelaras semua keperluan data laporan maklumat kemiskinan seluruh negeri Melaka;
Sebagai agensi perantaraan antara golongan kurang kemampuan dengan agensi-agensi penyumbang bantuan dalam usaha mendapatkan bantuan;
Membantu golongan kurang berkemampuan tetap dan produktif meningkatkan taraf ekonomi kehidupan.
-
Selaku penyelaras bagi program-program pembasmian kemiskinan dijalankan oleh agensi-agensi penyumbang bantuan;
Menguruskan laporan data-data kemiskinan Negeri Melaka untuk kegunaan pihak-pihak bertanggungjawab dalam usaha membasmi kemiskinan;
Selaku pemantau bagi proses pemberian bantuan semua agensi kerajaan, swasta mahupun NGO;
Membantu golongan kurang kemampuan mencari pekerjaan;
Mengurus Program Penambahan Pendapatan;
Memberi kursus-kursus kepada Ibu-Ibu Tunggal penerima bantuan kerajaan yang produktif.
-
Memberi perkhidmatan sewajarnya kepada pelanggan dengan mengambil maklumat, prosesnya dan menyiasat dengan membuat keputusan;
Maklumkan keputusan kes berbentuk segera, sementara dan jangka panjang dalam tempoh 7 hari bekerja berikutnya;
Melaksanakan keputusan kes-kes berbentuk bantuan serta merta dan sementara dalam tempoh 7 hari berikutnya;
Melaksanakan keputusan kes-kes berbentuk bantuan jangka panjang dalam tempoh 30 hari bekerja.
Bahagian Pembela Kemiskinan Negeri Melaka
No.34-5, Tingkat 5
Jalan KC 2,
Bangunan Kota Cemerlang,
75450 Ayer Keroh,
Melaka
No Tel. : 06-2323 613 / 614
No Fax. : 06-281 8272
Majlis Agama Islam Melaka (BAITULMAL)
Baitulmal secara umum didefinisikan sebagai rumah harta atau gedung perbendaharaan yang menguruskan kesemua sumber kewangan dan harta masyarakat Islam.
Maka dengan itu tanggungjawab utama Baitulmal MAIM adalah menguruskan harta-harta dan kewangan yang dimiliki dan diamanahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka seperti zakat, harta wakaf dan sumber lain yang dibenarkan oleh syarak dalam usaha membantu umat Islam demi pembangunan sosioekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Jabatan Agama Islam Melaka
Imarah B
Kompleks MAIM
Bukit Palah
75150 Melaka
Tel: +606-288 2063
Faks: +606-283 4022
Website: www.maim.gov.my
Pusat Zakat Melaka
Pusat Zakat Melaka ditubuhkan dalam tahun 1996. Sebelum itu semua pengurusan zakat adalah dikendalikan dan diuruskan oleh Kaunter Zakat Berkomputer. Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) melalui Pusat Zakat Melaka (PZM) telah diamanahkan untuk menjalankan pengurusan zakat secara profesional bagi mengutip dan mengagihkan zakat secara efektif, sistematik dan berkesan.
Ini bersesuaian dengan objektif untuk menjadikan zakat sebagai satu pemangkin perekonomian dunia Islam di Negeri Melaka.
Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
ALAMAT | NO.TEL. / FAKS |
Melaka Tengah Ibu Pejabat Pusat Zakat Melaka Tingkat Bawah Bangunan Perpustakaan Kompleks Al-Azim Fasa 2 Jalan Bukit Palah 75400 Melaka Pusat Zakat Melaka Cawangan Melaka Sentral No. 40D, Melaka Sentral Jalan Tun Razak 75450 Melaka |
Hotline : 1-300-88-0233 Faks : +606-2818 154 Tel: +606-286 0903 |
Alor Gajah | |
Pusat Zakat Melaka Kompleks Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Syariah Jalan Anggerik, Taman Seri Bayu 78000 Alor Gajah, Melaka |
Tel: +606-556 2340 |
Pusat Zakat Melaka d/a Tkt. Bawah Bangunan Tabung Haji 78300 Masjid Tanah, Melaka |
Tel: +606-384 5453 |
Pusat Zakat Melaka Masjid Aleyah Kuala Ina Pulau Sebang 73000 Tampin, Melaka |
Tel: +606-441 3358 |
Jasin | |
Pusat Zakat Melaka Kompleks Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah 77000 Jasin, Melaka |
Tel: +606- 529 4635 |
Pusat Zakat Melaka JB 2869, Jalan Debunga Taman Debunga 77300 Melaka |
Tel: +606-263 3148 |
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
Pada 1 Julai 2001, Jabatan Hal Ehwal Wanita telah distruktur semula dan dinamakan sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW). Jabatan Pembangunan Wanita berfungsi sebagai jentera pelaksana Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Keluarga (KPWKM) dan menjalankan program dan aktiviti pembangunan wanita selaras dengan visi dan misi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Keluarga (KPWKM).
Pada 1 Mac 2002, pejabat cawangan Jabatan Pembangunan Wanita iaitu Pejabat Pembangunan Wanita Negeri telah ditubuhkan di 13 buah negeri tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Visi
Mencapai kesaksamaan gender sebagai asas utama pembangunan masyarakat ke arah pembentukan sebuah negara maju.
Misi
Meningkatkan penglibatan wanita sebagai penyumbang kepada pembangunan negara.
Objektif
Meningkatkan keupayaan wanita untuk lebih menyumbang kepada pembangunan negara melalui penyediaan perkhidmatan sokongan dan program-program membina kapasiti yang cekap dan berkesan.
Strategi Pejabat
- Memberi khidmat bantuan termasuk khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan dengan isu-isu wanita.
- Menyelaras program penyelesaian masalah dan halangan-halangan kepada kemajuan wanita seperti keganasan, diskriminasi, masalah sosial dan sebagainya.
- Melaksanakan program peningkatan kapasiti wanita dalam pelbagai bidang.
- Menjalin perkongsian bijak dengan NGO melalui pembiayaan program pembangunan wanita di bawah Skim Bantuan Khas Perbendaharaan.
- Menyelaras program-program pembangunan wanita yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
- Membantu meningkatkan akses wanita kepada sumber-sumber ekonomi terutamanya kewangan, ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat.
- Mempromosi perkhidmatan-perkhidmatan untuk wanita yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Wanita.
- Menjadi pusat maklumat setempat mengenai perkhidmatan untuk wanita yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan.
- Menyelaras, memantau dan menilai prestasi program dan aktiviti Jabatan Pembangunan Wanita termasuk program yang dilaksanakan bersama-sama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Pusat Khidmat Wanita (Rumah Nur)
Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur adalah merupakan salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka. Ia merupakan pusat rujukan, aduan, kaunseling dan khidmat nasihat setempat khas untuk wanita dan keluarga. Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur memainkan peranan yang penting dalam menjayakan aktiviti dan program yang berkait rapat dengan penyelesaian isu-isu permasalahan sosial wanita dan keluarga. Pusat Khidmat Wanita / Rumah Nur juga menganjurkan program pembangunan wanita seperti kursus / seminar / ceramah dan latihan peningkatan kemahiran secara perkongsian pintar dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mencapai objektif penubuhannya.
Objektif
- Untuk mendorong wanita berbincang meningkatkan keupayaan, keyakinan, prestasi serta motivasi diri bagi mencapai penyelesaian yang terbaik dalam menghadapi masalah.
- Untuk membantu wanita menyedari, memahami serta mengenal potensi diri serta membina sikap yang positif.
- Untuk membantu wanita mengetahui hak-hak mereka terutama dari aspek perundangan yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian, penganiayaan dan sebagainya.
- Menerima pelbagai aduan daripada wanita yang berkaitan dengan sosial dan kekeluargaan.
- Memberi khidmat kaunseling kepada wanita yang memerlukan.
- Menyalurkan aduan kepada agensi yang berkenaan.
- Membantu menguruskan perlindungan sementara kepada wanita yang memerlukan.
- Menyelenggara buku aduan serta menyediakan laporan dan statistik secara berkala.
- Menjalankan program-program pembangunan wanita mengikut bidang keutamaan yang telah ditetapkan.
Program-program yang dilaksanakan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggunakan peruntukan bantuan khas perbendaharaan seperti:
1. Kefahaman hal-hal Perundangan (Awam & Syariah)
- Program pendidikan mengenai undang-undang melibatkan wanita
- Program pendidikan Undang-Undang Keluarga Islam dan Undang-Undang Awam
- Program kesedaran mengenai hak-hak wanita
- Latihan kemahiran asas dan strategik untuk wanita. Bidang latihan termasuk menjahit, membekal makanan, pertukangan tangan, pemprosesan makanan dan memasak.
- Program pengenalan dan pendidikan ICT
- Program latihan pembangunan laman web
- Program keusahawanan untuk wanita.
- Program peningkatan kepekaan gender
Hari Isnin – Hari Khamis : 7.30 pg - 1.00 tgh
: 2.00 ptg - 5.30 ptg
Hari Jumaat : 7.30 pg - 12.15 tgh
: 2.45 ptg - 5.30 ptg
Untuk Keterangan Lanjut, Sila Hubungi:
Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
No 17, Bukit Peringgit
75400 Melaka
Tel : +606-286 8522 / +606-292 2172
Faks : +606-281 1703
Sila layari laman web rasmi : http://www.jpw.gov.my/
Agensi Anti Dadah Negeri Melaka (AADK)
Agensi Antidadah Kebangsaan bertugas sebagai agensi yang menjalankan tugas-tugas & program-program yang berkaitan dengan penyalahgunaan dadah di semua golongan masyarakat, bangsa dan agama.
Sehubungan itu, objektif AADK ialah:
-
Mencegah seseorang itu dari terlibat semula dengan dadah
-
Merawat dan memulihkan penagih dadah
-
Mencegah penagihan semula
-
Membenteras bekalan, pengedaran dadah dan penyalahgunaan dadah
-
Bahagian Pencegahan
-
Bahagian Rawatan & Pemulihan
-
Bahagian Penguatkuasaan
Antara Pusat Serenti yang terdapat di Negeri Melaka ialah:
-
Pusat Serenti Tampin, Melaka Bagi Penagih Tegar
-
Pusat Serenti Tiang Dua, Melaka Bagi Penagih Remaja / Bawah Umur
-
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983
-
Akta Dadah Berbahaya 1952
-
Akta Dadah Berbahaya 1988 (Perlucuthakan Harta)
-
Akta Dadah Berbahaya 1985 (Langkah-Langkah Pencegahan Khas)
-
Akta Agensi Antidadah Kebangsaan 2004
Untuk keterangan lanjut sila layari laman web AADK : www.adk.gov.my atau di alamat:
Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka
Aras 2, Blok Pentadbiran
Kompleks KHEDN
Ayer Keroh
75450 Melaka
Tel: +606-232 2602
Faks: +606-232 2607.
E-mel: pengarah_melaka@adk.gov.my
Persatuan Pendamai Cawangan Negeri Melaka
(Persatuan ALUMNI Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka)PENDAMAI atau dikenali juga sebagai ALUMNI adalah Persatuan Bekas penagih yang telah ditubuhkan pada peringkat kebangsaanya pada bulan September 2002 di Dataran Shah Alam. Ekoran peristiwa tersebut, Pendamai di seluruh negara telah ditubuh serta digerakkan sebagai rakan strategik dan rakan kerja yang paling akrab dengan AADK termasuklah Pendamai di Negeri Melaka.
Persatuan Alumni Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka juga berfungsi untuk membantu AADK menjadi rakan kerja kepada lain-lain agensi serta NGO. Selain dari itu ia juga berperanan untuk menjadi rakan kepulihan kepada semua bekas penagih dan mewujudkan kelompok Sokong Bantu bagi mewujudkan ruang dan peluang pekerjaan serta perniagaan.
Pendamai juga berperanan mengerakkan aktiviti seperti kaunseling, ceramah dan program khidmat nasihat kepada ahli-ahli disamping menghulurkan bantuan kebajikan kepada ahli-ahli Pendamai.
Keahlian Alumni
Terbuka kepada semua bekas penagih dadah yang berumur 18 tahun ke atas.
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Rumah Pendamai Melaka
No 48 848-1, Jalan BI -1
Taman Bertam Impian
Tanjung Minyak,
75250 Melaka.
Tel / Faks : +606-336 2096
Laman Web : www.adk.gov.my
Yayasan Angin Ahmar Melaka (YAAM)
Yayasan Angin Ahmar Melaka (YAAM) dengan rasminya telah dilancarkan oleh YAB Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka pada 1 April 2006 di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh Melaka.
Misi
1. Meningkatkan pengetahuan rakyat Melaka tentang penyakit angin ahmar daripada aspek pencegahan, pemulihan dan rawatan susulan.
2. Membantu menyediakan kemudahan pemulihan bagi pesakit angin ahmar.
3. Membantu meningkatkan keyakinan diri bagi pesakit angin ahmar melalui seminar dan kaunseling.
Visi
1. Meningkatkan pengetahuan tentang penyakit angin ahmar seramai 4,000 orang bagi tahun 2006 melalui seminar, pameran dan lain-lain.
2. Mendapatkan penglibatan klinik-klinik dan hospital swasta untuk turut serta bersama Yayasan membantu pesakit angin ahmar dalam usaha meringankan bebanan kewangan dan psikologi.
3. Menyediakan data yang lengkap bagi penghidap angin ahmar di Melaka.
4. Menyediakan tempat rawatan setempat bagi rakyat yang menghidap angin ahmar di Melaka.
Objektif
1. Mendidik masyarakat tentang bahayanya penyakit angin ahmar.
2. Menyediakan data-data pesakit angin ahmar negeri Melaka.
3. Menyediakan kemudahan peralatan untuk pemulihan penghidap penyakit angin ahmar.
4. Memberi khidmat bimbingan dan bantuan kaunseling kepada pesakit angin ahmar.
5. Melaksanakan program pengurusan pendidikan kesihatan untuk kesedaran dan penyelesaian masalah angin ahmar.
6. Membantu meningkatkan akses dan menjadikan pusat setempat penyakit angin ahmar.
7. Menyelaras dan menjalinkan perkongsian bijak dengan Kementerian-Kementerian, agensi-agensi Kerajaan dan Penubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan mengadakan aktiviti bersama.
Aktiviti
1. Meningkatkan pemahaman masyarakat tentang penyakit angin ahmar melalui program-program seminar kesihatan yang dijalankan agar masyarakat lebih peka dan sensitif mengenai penyakit ini.
2. Mewujudkan rangkaian kerjasama dengan klinik-klinik kerajaan dan swasta di mana YAAM telah bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Alor Gajah, Melaka Tengah, LPPKN dan Pusat Rawatan An-Nur dalam menjayakan program angin ahmar bagi mendapatkan kepakaran dan pengetahuan mereka mengenai penyakit ini.
3. Memotivasikan dan meningkatkan keyakinan pesakit-pesakit angin ahmar melalui program berkongsi pengalaman dalam seminar yang dianjurkan. Bekas pesakit angin ahmar yang telah pulih telah menceritakan pengalaman mereka untuk dikongsi bersama bukan sahaja pesakit malah orang ramai yang sihat untuk dijadikan panduan.
4. Menyediakan database yang lengkap bagi pesakit-pesakit angin ahmar dengan bekerjasama dengan setiap DUN agi mendapatkan senarai nama pesakit yang terkini. Jumlah pesakit di seluruh negeri Melaka adalah seramai 302 orang pesakit sehingga Julai 2007.
5. Memperlengkapkan kemudahan rawatan rehabilitasi pesakit angin ahmar.
Untuk maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Yayasan Angin Ahmar Melaka (YAAM)
(721754-D)
No. 2, Taman Bertam Jaya 9
Taman Bertam Jaya,
75460 Melaka
Tel. : +606-312 4518
Faks : +606-312 4503
E-mel : yaa_mlk@yahoo.com
Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK)
Penubuhan Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :
- Jabatan Pembangunan Wanita (JPW)
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM)
- Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
- Institut Sosial Malaysia (ISM)
Sila klik di sini untuk mendapatkan maklumat mengenai Kementerian.
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
Latar Belakang
- Lembaga Perancang Keluarga Negara (LPKN) ditubuhkan dibawaj Akta Penduduk dan Pembangunan keluarga No. 42, 1966 (disemak 1988) sebagai Badan Berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri.
- Bidang Tumpuan: Perkhidmatan Perancang keluarga melalui pendekatan klinikal
- Pada 1984, LPKN bertukar nama menjadi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
- Bidang tumpuan diperluas selari dengan pindaan Akta Penduduk dan Pembangunan Keluarga No. 42, 1966 (disemak 1988) sebagai Badan Berkanun di bawah Jabatan Perdana Menteri
- Tumpuan baru dalam bidang pembangunan, keluarga dan kependudukan
- Pada Februari 2001, LPPKN diletak dibawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Pendidikan remaja
- Modul permata kasih
- Kumpulan sasar : Remaja yang berusia antara 12 hingga 19 tahun dan para
Belia berumur 20 hingga 25 tahun
- Pendidikan keibubapaan
- Modul mutiara kasih
- Keibubapaan anak remaja
Kumpulan sasar : Ibubapa yang mempunyai anak remaja, golongan remaja dan individu yang berminat.
-
- Modul pancaran kasih
- kebapaan
Kumpulan sasar : Kaum bapa dan individu yang berminat.
-
- Modul belaian kasih
- keibubapaan anak kecil
Kumpulan sasar: Ibubapa / penjaga yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah, pengusaha-pengusaha pusat penjagaan bayi / kanak-kanak dan individu yang berminat.
-
- Modul parenting @ Work
- memberi pengatahuan dan kemahiran keibubapaan dalam mengimbangi kerjaya dan peranan ibu dan bapa
- Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada ibubapa mengimbangai peranan ibu dan bapa sebagai pekerja.
- Memberikan kemahiran keibubapan dalam menghadapi cabaran dlam hidup berkeluarga.
- Modul smartstart
- Merupakan panduan untuk pengantin baru yang mengandungi maklumat dan bimbingan kearah perkahwinan yang bahagia.
- Bengkel dan ceramah
- Modul Bahtera Kasih
- Persediaan perkahwinan dan pemantapan keluarga
- Kumpulan sasar : Individu yang belum berkahwin, pasangan yang akan mendirikan rumahtangga, pasangan suami isteri, ahli keluarga dan individu yang berminat.
3. Perancang Keluarga
Unit Klinikal / Unit Reproduktif Manusia LPPKN
LPPKN terkenal dengan perkhidmatan Perancang Keluarga dan merupakan pusat latihan agensi luar.
- Mendapat pengiktirafan antarabangsa melaui persijilan MS ISO 9001:2000.
- Perkhidmatan Menopaus dan Andropaus
- Perkhidmatan Pap Smear
- Pengunaan Alat Dalam Rahim (ADR)
- Pemeriksaan Kesihatan
- Tekanan Darah
- Kolesterol ( Kandungan Lemak)
- Ujian Air Kencing
- Pemeriksaan Payudara
- Pil Kontraseptif
- Suntikan
- Kondom
- Alat Dalam Rahim
- Susuk / Implanon – Bawah Lengan
- Sterilisasi Wanita Dan Lelaki
Sister Zuraida Bt Kamaluddin
(Ketua Jururawat)
Tel: +606- 2839413
Faks : +606- 2843514
4. Kaunseling & Nasihat oleh Kaunselor
Unit Kaunseling LPPKN
- Pra-Kahwin
- Tekanan
- Seksualiti
- Bimbingan Kaunseling Remaja
- Kerjaya
- Perkahwinan
- Penceraian
- Keibubapaan
- Ceramah Remaja Dan Keibubapaan
Encik Jalaluddin Bin Abd.Aziz
(Kaunselor)
Tel: +606- 2834717 Samb. 105
Faks: +606- 2866973
E-Mel : jalalludin@lppkn.gov.my
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh LPPKN, sila hubungi:
Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
(Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
Pusat Pentadbiran LPPKN
Jalan Bukit Baru
peti Surat 38
75700 Melaka
Tel: +606-283 4717
Faks: +606-286 6973
laman Web: www.lppkn.gov.my
Jabatan Pelajaran Melaka
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Jabatan Pelajaran Melaka Jabatan Pelajaran Melaka merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan yang penting dalam pembangunan masyarakat dan negara. Sebagai sebuah institusi yang memainkan peranan penting dalam bidang kebajikan sosial dan masyarakat, terdapat unit-unit yang memberikan sumbangan dalam pembangunan modal insan.
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
Fakta: Proses membantu (dengan teknik menyoal) seseorang (boleh juga berkumpulan) untuk mengetahui potensi diri (dari segi pendidikan, vokasional dan psikologi) ketahap optima dan mencapai kepuasan/kegembiraan kendiri yang sesuai dan berguna kepada masyarakat. Semua sekolah menengah di negeri ini mempunyai guru kaunseling pada masa ini.
Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Siapa Layak
Tahun 1 - 6
Tingkatan Peralihan - Tingkatan 1
Bilangan Murid Yang Menerima
Tahun 1 - 6 = 8,849 orang murid
Ting. Peralihan - Ting.1 = 1,331 orang murid
Syarat Penerima
Ibu bapa/ Penjaga berpendapatan & RM530 sebulan
Anugerah Biasiswa Kecil Persekutuan
Siapa Layak
Warganegara Malaysia yang sedang bermastautin di Malaysia yang sedang belajar di sekolah-sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan Murid Yang Menerima
12,485 orang pelajar
Syarat Penerima
Ibu bapa/ Penjaga berpendapatan & RM 1000.00
Proses
Permohonan diuruskan dan dibayar oleh Jabatan Pelajaran Negeri
Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Siapa Layak
Ibu bapa/Penjaga bergaji < RM 400.00 sebulan
Bilangan Murid Yang Menerima
13,478 orang
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
Program Yang Dikendalikan
1. Pembinaan Sahsiah dan Motivasi Kecemerlangan (Pameran, Kempen, Ceramah, Kursus)
2. Program Pembangunan Modal Insan
- Program Pintar (Program Intelek Asuhan Rohani)
3. Program Pendedahan Maklumat
- Program Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
- Pembimbing Rakan Sebaya
- Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Jabatan Pelajaran Negeri Melaka
Jalan Istana
75450 Bukit Beruang
Melaka. Tel: +606-232 3776 / 232 3777 / 232 3779 / 232 3797 / 232 3798
Faks: +606-232 0500 / 06-231 1901 / 06- 231 2326
Laman Web: http://www.moe.gov.my/jpnmelaka