img
Anda di sini:
Pendidikan
 
Melaka kini dikenali sebagai negeri yang menawarkan pelbagai jenis dan tahap pendidikan yang mampu diperoleh oleh segenap lapisan masyarakat. Ini disokong pula oleh infrastruktur yang lengkap menjadikan Melaka destinasi pilihan untuk melanjutkan pelajaran sekunder mahupun tinggi. Industri pendidikan di sini juga semakin berkembang pesat berikutan usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat pendidikan.

Disamping mengawal dan memperkembangkan sektor pendidikan di negeri Melaka, Jabatan Pelajaran Melaka juga bertanggungjawab mengurus sumber-sumber pendidikan di peringkat negeri merangkumi aspek-aspek sumber manusia, kewangan, perkhidmatan, fizikal dan maklumat.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi:

Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Jalan Istana, Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: +606-232 3776/777/778/779/797/798
Faks: +06-2320500
URL: jpnmelaka.moe.gov.my


Disamping itu, pejabat-pejabat pendidikan daerah ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk menguruskan segala urusan pendidikan yang melibatkan sekolah-sekolah mengikut daerah, yang diwakili oleh:

Pejabat Pendidikan Daerah Alor Gajah
78000 Alor Gajah,
Melaka

Tel : 06-5562994 / 821 / 871
Fax : 06-5563735
Emel : ppdag[at]moe[dot]gov[dot]my


Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah
Lebuh Ayer Keroh,
Melaka

Tel : 06-231 4504 / 1443 / 1334 / 5716
Fax : 06-231 7843
Emel : ppdmt[at]moe[dot]gov[dot]my


Pejabat Pendidikan Daerah Jasin
77000 Jasin,
Melaka

Tel : 06-529 2878 / 664 / 6901
Faks : 06-5291037
Emel : ppdjasin[at]moe[dot]gov[dot]my
  


TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA (TAPEM)

Selain itu, agensi kerajaan seperti Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) juga turut membantu dalam menggalakkan dan memperkasakan semangat juang warga Negeri Melaka dengan membantu mengatasi masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar anak Melaka yang menuntut di sekolah/institusi pengajian tinggi samada Sekolah Menengah atau yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta.

TAPEM bertindak sebagai “Catalyst” ke arah pencapaian dan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi supaya menjadi penyumbang pembangunan dan kemajuan kepada Negeri Melaka dan Negara Malaysia amnya.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi:

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Jabatan Ketua Menteri Melaka
No. 34-4, Tingkat 4,
Bangunan Kota Cemerlang,
Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
Tel: +606-2331 539
Faks: +606-2331 450
E-mel: tapem[at]melaka[dot]gov[dot]my
Portal: https://tapem.melaka.gov.my



SISTEM PERSEKOLAHAN


Sistem persekolahan rendah, menengah dan pengajian tinggi yang sedia ada di Melaka adalah di bawah kategori-kategori berikut:

Sekolah Kerajaan

SEK__KERAJAAN_PICT084620Small
Tumpuan atau matlamat utama sekolah kerajaan adalah sebagai asas untuk menyemai serta memupuk perpaduan di antara kaum dari peringkat awal persekolahan. Warganegara Malaysia layak untuk mendapatkan pendidikan percuma di sekolah milik penuh Kerajaan. Bagi sekolah bantuan kerajaan, terdapat 232 buah sekolah rendah dan 75 buah sekolah menengah di negeri Melaka.

Berikut adalah pecahannya:
 
PraSekolah
 
Pendidikan Rendah & Menengah
  • Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN)
  • Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)
 
Pendidikan Tinggi
 
 

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Jabatan Pendidikan Negeri Melaka

Jalan Istana, Bukit Beruang
75450 Melaka
  • Unit Sekolah Rendah Tel: +606-232 4528 / 4532
  • Unit Sekolah Menengah Tel: +606-232 5776 / 5730
  • Unit Teknik & Vokasional Tel: +606-232 7748 / 7749
 
 
Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa

Untuk memenuhi keperluan mereka yang berkemampuan, sekolah-sekolah swasta dibenarkan beroperasi secara bebas. Kemudahan yang ditawarkan adalah bergantung kepada yuran yang dikenakan. Walau bagaimanapun, sekolah swasta adalah tertakluk kepada sukatan pelajaran Malaysia.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Unit Pendidikan Swasta
Jabatan Pelajaran Melaka
Tel : +606-232 4404 / 5860


Pendidikan Pra-Sekolah

Pendidikan pra-sekolah adalah tahun-tahun yang penting serta merupakan asas kepada pendidikan sebagai persiapan untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kajian membuktikan bahawa pendidikan pra-sekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti kanak-kanak serta mempunyai kesan positif jangka panjang dan pendek. Kanak-kanak yang memasuki tadika mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi, cenderung untuk mencapai kejayaan cemerlang serta memegang jawatan baik berbanding dengan kanak-kanak yang tidak memasuki tadika.

Pelaburan dalam pendidikan pra-sekolah adalah bersifat pencegahan dan dapat membantu kanak-kanak berisiko, mempunyai keperluan khas serta yang lemah dalam pembelajaran. Kesan pendidikan pra-sekolah bergantung banyak kepada kualiti program tadika yang diberikan. Kerajaan Negeri amat berhati-hati dalam mengawasi perkembangan pendidikan pra-sekolah bagi menentukan kecemerlangan pendidikan pra-sekolah.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Unit Pra-Sekolah

Jabatan Pelajaran Melaka
Jalan Istana,
Bukit Beruang
75902 Melaka
Tel: +606-232 3777 / 706
E-mel: prasekolah[at]mel[dot]moe[dot]gov[dot]my

atau
Unit Pendidikan Swasta

Jabatan Pelajaran Melaka
Jalan Istana, Bukit Beruang
75902 Melaka
Tel:+606-232 3777/404


Maklumat Am Bantuan Pendidikan


Bil Agensi Direktori
1. Jabatan Pendidikan Negeri Melaka Jabatan Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Istana
75450 Bukit Beruang
Melaka.
06-232 3776/232 3777/232 3779
06-232 0500/06-231 1901
2. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
No. 34-4, Tingkat 4,
Bangunan Kota Cemerlang,
Lebuh Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka.
06-233 1539
06-233 1450
https://tapem.melaka.gov.my
Portal Melaka Versi 5.0 - dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri Melaka