Logo Kerajaan Negeri Melaka

Keselamatan

Keselamatan

Kemampuan Negeri Melaka untuk berkembang maju serta hidup aman dan makmur bergantung kepada tahap sekuriti dan keselamatannya. Kerajaan Negeri Melaka membina jaminan dan sentiasa memastikan bahawa rakyat dan penduduk hidup dalam keadaan selamat, terlindung daripada segala jenis ancaman dalaman dan luaran.

Negeri Melaka yang stabil dari segi sekuriti dan keselamatan telah pun menjadi tarikan bagi pelaburan asing dan aktiviti-aktiviti perdagangan serta perniagaan mempunyai potensi untuk berkembang dan bersaing di peringkat Global.

Untuk mendapatkan Maklumat Am, sila klik pautan-pautan yang berikut:

  • Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Melaka
  • Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Melaka
  • Bahagian Kawalan Penerbitan & Teks Al-Quran
  • Jabatan Keselamatan Jalan Raya

{Bomba & Penyelamat} Kerja-kerja mengenai pencegahan kebakaran dan menyelamat di Malaysia adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Bomba dan Penyelamat (www.bomba.gov.my). Perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini termasuk menghadapi insiden dan bencana seperti kebakaran, kebocoran/tumpahan/letupan bahan-bahan merbahaya, kemalangan jalan raya, bencana alam dan pencegahan pembakaran terbuka. Sebarang kejadian yang memerlukan perkhidmatan dan bantuan jabatan berkaitan harus dilaporkan segera di talian. Berikut adalah nombor-nombor telefon kecemasan berkaitan:

  • Bomba : 994
  • Polis : 999 (dari talian tetap) atau 112 (dari telefon mudah alih)
  • Ambulans dan Kecemasan - 991(dari talian tetap) atau 112 (dari telefon mudah alih)

Kerja-kerja mencari dan menyelamat di laut juga disediakan oleh Jabatan laut Semenanjung Malaysia (Jabatan Marin) yang memberi perkhidmatan kepada pihak awam 24 jam sehari 7 hari seminggu tanpa henti. Persatuan Sukarelawan Pencegahan Api dan Menyelamat atau Malaysian Volunteer Fire and Rescue Association (www.mvfra.org) (juga menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan usaha-usaha menyelamat. Laman web persatuan ini menyediakan banyak maklumat sebagai rujukan bukan sahaja mengenai perkhidmatan dan tugasan mereka tetapi juga maklumat mengenai aspek-aspek keselamatan di rumah dan komuniti.