Logo Kerajaan Negeri Melaka

Kesihatan

Kesihatan

Maklumat Berkenaan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Senarai Hospital & Klinik Kerajaan Dan My Health Portal

Kesihatan memainkan peranan yang penting kerana individu yang sihat boleh menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara. Oleh demikian, Kerajaan Melaka, sejajar dengan wawasan Kerajaan Pusat untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada setiap rakyat Malaysia, sentiasa memberikan tumpuan bagi memperbaharui teknologi agar perkhidmatan terkini dalam bidang perubatan dapat di tawarkan kepada warga Melaka. Sasaran Kerajaan Melaka adalah untuk memastikan perkhidmatan di hospital dan klinik negeri disediakan dengan teknologi dan peralatan tercanggih supaya perkhidmatan kesihatan di Melaka dapat diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di negara dan setaraf dengan negara-negara maju.

Selain daripada hospital dan klinik kesihatan kerajaan, terdapat juga beberapa pusat perubatan pakar swasta termasuk The Straits Hospital, Mahkota Medical Centre, Pantai Specialist Hospital dan Putra Specialist Hospital yang menyediakan perkhidmatan kesihatan penuh. Di samping itu, terdapat ratusan klinik swasta bagi merawat penyakit-penyakit yang kurang serius.

Lokasi institusi-institusi perubatan ini terletak di serata negeri Melaka baik di kawasan bandar mahupun luar bandar. Ini adalah penting untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan yang sekata dan saksama kepada semua warga Melaka. Di samping itu ianya juga adalah untuk memudahkan pesakit mendapatkan rawatan perubatan.



Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk warga Melaka bagi mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera. Sesuai dengan visi Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan masyarakat yang sihat melalui sistem kesihatan yang adil dan saksama, cekap, mampu disediakan dan yang memperoleh teknologi sesuai, serasi pelanggan dan bersesuaian dengan persekitaran.

Sistem ini juga akan mengutamakan kualiti, inovasi, promosi kesihatan, hormat kepada kemuliaan insan serta menggalakkan tanggungjawab individu dan penyertaan masyarakat ke arah peningkatan mutu kehidupan. Jabatan Kesihatan Negeri Melaka menyelia kesemua fasiliti kesihatan kerajaan di negeri Melaka antaranya Hospital, Poliklinik Komuniti, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka
Tingkat 3, 4, dan 5, Wisma Persekutuan,
Jalan Business City, Bandar MITC
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel: 06-2345959
Faks: 06-2345969
Laman Web Jabatan Kesihatan Negeri Melaka : http://jknmelaka.moh.gov.my
Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia : http://www.moh.gov.my


Senarai Hospital Dan Klinik Kerajaan

Klinik 1 Malaysia
  1. No. 39, Jalan M1, Batu Berendam, Melaka
  2. 17, Jalan IKS, Bukit Katil, Melaka
  3. KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah, Melaka

Pergigian

Terdapat sebanyak 31 buah klinik pergigian kerajaan yang telah didirikan di sekitar negeri Melaka bagi menampung keperluan pergigian penduduk dan pelawat ke negeri Melaka. Dua daripadanya dibina dalam perkarangan institusi pengajian untuk kemudahan para pelajar.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan senarai lengkap alamat klinik-klinik pergigian kerajaan di negeri Melaka:
Senarai Klinik Pergigian Kerajaan Negeri Melaka

Bil dan Caj

Bil dan caj yang dikenakan di hospital dan klinik kerajaan adalah minimum dan bergantung kepada jenis rawatan serta kelas bilik. Caj-caj ini adalah untuk rawatan bersalin, fisioterapi, radioterapi dan perubatan nuklear, nefrologi dan juga psikiatri. Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan senarai lengkap bil dan caj rawatan bagi hospital dan klinik kerajaan di negeri Melaka:
Bil & Caj Hospital Kerajaan


Info Sihat / MyHealth Portal

Laman web ini memaparkan maklumat mengenai kesihatan, amalan cara hidup sihat dan kempen-kempen yang sedang dijalankan. Laman web ini dikendalikan oleh Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Sila klik pautan di bawah untuk mempelajari tentang amalan kesihatan yang bagus:
http://www.infosihat.gov.my