Logo Kerajaan Negeri Melaka

Perundangan

Perundangan

Maklumat Berkenaan Sistem Perundangan Di Melaka Meliputi Agensi Yang Terlibat & Fungsinya

 


Badan Perundangan Negeri Melaka terdiri daripada Yang di-Pertua Negeri dan suatu Majlis yang dinamakan Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada 28 orang ahli yang dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihanraya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh hari dari tarikh pembubaran.



Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka

Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka ditubuhkan di bawah Jabatan Peguam Negara, Malaysia yang berfungsi untuk :
  • menasihati Kerajaan Negeri Melaka mengenai apa-apa perkara undang-undang.
  • menggubal undang-undang bagi Negeri Melaka dan menguruskan penyiarannya dalam Warta.
  • mengendalikan pendakwaan bagi kes jenayah.
  • mewakili Kerajaan Negeri Melaka dalam semua guaman sivil.
  • membuat semakan dan cetakan semula Enakmen Negeri Melaka.
  • menyediakan dokumen undang-undang bagi Kerajaan Negeri Melaka.
  • membantu Kerajaan Negeri Melaka memberi nasihat perundangan di setiap aspek pentadbiran negeri, hubungan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan serta pihak swasta.
  • bertanggungjawab dalam penggubalan perundangan negeri untuk disiarkan dalam Warta.

Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka
YB Ahmad Kamal Ariffin bin Ismail

Alamat:
Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka
Aras 1, Blok Laksamana
Seri Negeri Ayer Keroh
75450 Melaka
Tel : 06-230 7561 (Unit Penasihat)
&nbsp&nbsp&nbsp&nbsp&nbsp&nbsp: 06-230 7368 (Unit Penyemakan dan Pembaharuan Undang-Undang)
&nbsp&nbsp&nbsp&nbsp&nbsp&nbsp:06-232 8506 (Unit Kewangan & Pentadbiran)
Faks :
06-2328540


Jabatan Bantuan Guaman

Fungsi Jabatan Bantuan Guaman
  • Memberi nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang.
  • Mewakili atau memberi bantuan guaman dalam semua perkara yang termasuk dalam bidangkuasa Biro Bantuan Guaman sebagaimana dan jadual ketiga (Bidangkuasa Sivil) Biro Bantuan Guaman, 1971 di peringkat penyelesaian di luar mahkamah atau di peringkat perbicaraan di mahkamah.
  • Memberi khidmat pengantaraan bagi penyelesaian kes diperingkat luar mahkamah atau diperingkat perbicaraan mahkamah.
  • Memberi penerangan dan kesedaran Undang-Undang kepada masyarakat yang berada di bawah bidang kuasa Biro Bantuan Guaman dan Undang-Undang yang berkaitan.

Alamat : Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka
Aras 6, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh , Melaka

Tel : 06-234 5277
Faks : 06-234 5280


Jabatan Insolvensi

Fungsi Jabatan Insolvensi
  • Mentadbir hal ehwal siberhutang dan sibankrap mengikut Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah-Kaedah Kebankrapan 1969.
  • Melaksanakan fungsi sebagai Pelikuidasi Sementara atau Pelikuidasi yang dilantik bagi syarikat-syarikat yang digulungkan mengikut peruntukan Akta Syarikat 1965 dan Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972.
  • Mentadbir hal ehwal pertubuhan yang dibatalkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984.
  • Mentadbir hal ehwal kesatuan sekerja mengikut Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Peraturan-Peraturan Kesatuan Sekerja 1959.
  • Menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan apa-apa kesalahan yang disyaki yang dilakukan oleh sibankrap atau pengarah syarikat di bawah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Pertubuhan 1984, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan di bawah mana-mana perundangan lain yang berkaitan dengan kebankrapan atau penggulungan syarikat.
  • Menjalankan pendakwaan semua jenis kes jenayah dan kuasi jenayah di bawah Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Syarikat 1965.
  • Menjadi sumber rujukan kepada Jabatan dan Kerajaan mengenai apa-apa masalah perundangan mengenai kebankrapan atau penggulungan syarikat yang timbul.
  • Mewakili Kerajaan, Jabatan, sibankrap dan syarikat yang digulungkan dalam semua perbicaraan sivil di mahkamah.
  • Menyediakan khidmat carian status kebankrapan individu dan status syarikat.
  • Menguruskan hal ehwal kewangan Jabatan dan perakaunan insolvensi serta menjalankan aktiviti penghasilan bagi pihak Kerajaan melalui sumber-sumber di bawah kawalan yang dibenarkan di bawah Akta Kebankrapan 1967, Akta Syarikat 1965, Akta Acara Kewangan 1957 atau Arahan Perbendaharaan.

Alamat :
Jabatan Insolvensi Malaysia
Cawangan Melaka
Aras 12, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya
75450 Ayer Keroh,
Melaka

Tel :
06-234 5521 / 22 / 23
Faks :
06-234 5524