Bidang Sukan di Melaka melibatkan beberapa agensi / jabatan seperti Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka (JBSN), Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) dan Perbadanan Stadium Negeri Melaka. Berikut merupakan maklumat lanjut berkenaan agensi / jabatan tersebut:
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka (JBSN):
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) telah wujud dan beroperasi sejak tahun 1967. Pentadbiran Jabatan dibahagikan kepada Ibu Pejabat, Kompleks Belia dan Sukan serta tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Antara misi JBSN ialah menyediakan Program Pembangunan Belia dan Sukan supaya dapat memberi sumbangan terbaik kearah pembinaan bangsa yang cemerlang dalam pelbagai, khususnya bagi:
- Meningkatkan pembangunan generasi muda kearah mewarisi dan mengangkat peradaban bangsa dan,
- Pembangunan sukan untuk individu dan masyarakat.
Sila hubungi Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka di:
Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka
Jalan Tasek,Ayer Keroh
75450 Melaka
No. Tel: +606-2345900/06-2345901
No. Faks: +606-2345905
Laman Web: http://www.jbsn.my/jbs-melaka.html