Logo

Mereka Bentuk, Mencetak & Membekal Buku Harian Rasmi (Diari) Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2014

Mereka Bentuk, Mencetak & Membekal Buku Harian Rasmi (Diari) Kerajaan Negeri Melaka Bagi Tahun 2014

logo_melaka_kecil.png
MEREKA BENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU HARIAN RASMI (DIARI) KERAJAAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014

Syarikat yang berpengalaman/ berkeupayaan dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam kod bidang 221003/221004/221005 dan pendaftaran masih sah lakunya sekurang kurangnya tiga (3) bulan dari tempoh tamat sebut harga adalah dipelawa untuk menyertai sebut harga seperti berikut:


No. Sebut HargaPerkaraTarikh PelawaanTarikh, Masa dan
Tempat Taklimat
Tarikh Tutup
JKMM (S) 88/1-2013

MEREKA BENTUK, MENCETAK DAN MEMBEKAL BUKU HARIAN RASMI (DIARI) KERAJAAN NEGERI MELAKA BAGI TAHUN 2014

19 Ogos 2013 Tarikh :  20 Ogos 2013     

Masa :  2.30 petang

Tempat : Bilik Mesyuarat Tun Sri Lanang,
Aras 2, Blok Temenggong, Seri Negeri, Ayer
Keroh, Melaka.
30 Ogos 2013
Dokumen Sebut Harga boleh diambil mulai 20 Ogos 2013 (Isnin) pada hari Isnin hingga Jumaat (kecuali Cuti Umum), jam 8.30 pagi – 5.00 petang (waktu pejabat sahaja) di Unit Pentadbiran, Bahagian Khidmat Pengurusan, Aras 2, Blok Temenggong , Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Syarikat yang ingin menyertai sebut harga ini perlu mengisi dokumen sebut harga yang boleh didapati di alamat seperti di atas.
Kehadiran semasa sesi taklimat adalah DIWAJIBKAN dan hanya penyebutharga yang hadir taklimat sahaja dibenarkan mengambil borang sebut harga berkenaan. Penyebutharga atau wakil pembekal yang sah sahaja hendaklah mengemukakan Sijil Asal Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Sijil Pendaftaran Taraf Bumiputera (jika ada) dan menyerahkan satu salinan untuk simpanan Jabatan Ketua Menteri Melaka sebelum dibenarkan mengambil dokumen sebut harga.

Penyebutharga hanya dibenarkan memasuki dan menawarkan satu harga sahaja didalam sebutharga
Dokumen Sebut Harga hendaklah dimasukkan ke dalam dua (2) sampul surat berlakri (Tawaran Teknikal dan Tawaran Harga) dan ditulis nombor sebut harga di sudut kiri atas sampul tersebut.

Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga atau melalui pos di alamat seperti dinyatakan di atas sebelum atau pada 30 Ogos 2013 Jam 12.00 tengah hari (tarikh tutup sebut harga). Tawaran yang diterima selepas tarikh dan masa yang dtetapkan akan ditolak.
Jabatan Ketua Menteri Melaka tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga tawaran yang terendah atau mana-mana harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga. Keputusan Sebut Harga Jabatan Ketua Menteri Melaka adalah muktamad.
Tarikh Iklan/ Notis :  19 Ogos 2013

last modified Aug 05, 2014 05:18 PM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelawat: Kemaskini : Sep 15, 2014