Logo

Dewan Undangan Negeri Melaka

Dewan Undangan Negeri Melaka

Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN)

Dewan Undangan Negeri terdiri daripada TYT Yang di-Pertua Negeri sebagai Ketua Negeri, seorang Speaker dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Ahli Dewan Undangan Negeri ini terdiri dari 28 orang yang dilantik mengikut perlembagaan persekutuan.

Yang di-Pertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Yang di-Pertua Negeri boleh membubarkan dewan undangan negeri. Setelah dibubarkan, pilihanraya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh hari dari tarikh pembubaran.

Prosedur Undangan Negeri

Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Negeri, Dewan Undangan Negeri mesti menjalankan prosedurnya sendiri dan merangka Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat. Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat yang diluluskan melalui resolusi Dewan Undangan Negeri memperuntukan tentang aturan tingkah laku, keistimewaan dan prosedur parlimen yang mengawal prosiding semasa persidangan dan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Dewan Undangan Negeri.

Jumlah korum bagi persidangan Dewan Undangan Negeri ialah sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah keseluruhan ahli. Mana-mana ahli boleh memaklumkan tentang kekurangan korum pada bila-bila masa persidangan. Sekiranya jumlah korum masih tidak mencukupi, persidangan boleh ditangguhkan ke hari berikutnya.

Ahli-ahli dewan boleh berucap mengenai mana-mana perkara yang mempunyai kepentingan awam di bawah prinsip kebebasan berucap seperti mana yang diperuntukkan oleh Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), Akta Hasutan dan Peraturan-peraturan tetap Dewan Undangan Negeri.

Asas bagi sebuah Dewan Undangan Negeri yang berkesan adalah terletak kepada kebebasan berucap di mana dewan meletakkan had-had tertentu melalui Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat dan amalan berparlimen.

Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN)-2

Fungsi Dewan Undangan Negeri

Selain daripada fungsi perundangan, Dewan Undangan Negeri mempunyai fungsi-fungsi penting yang lain seperti berikut:

  • Menjaga kedaulatan perlembagaan dan hak berpelembagaan Negeri Melaka dan rakyat seperti mana yang dijelaskan di dalam perlembagaan.
  • Menjadi arena tumpuan bagi memeriksa dan mengkritik dasar-dasar dan pelaksanaan rancangan-rancangan kerajaan. Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan mereka bertanggungjawab secara kolektif kepada Dewan Undangan Negeri. Ini dapat disaksikan dalam prosiding Dewan semasa perbahasaan terhadap Usul Diraja, usul tidak percaya dan perbahasan terhadap dasar-dasar am kerajaan.
  • Meluluskan perbekalan. Tiada cukai atau perbelanjaan boleh dikenakan terhadap Dana Tergabung (Consolidated Fund) melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri.
  • Mewakili rakyat, Dewan Undangan Negeri menyediakan forum kepada wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan pendapat dan berbincang secara terbuka melalui keistimewaan berparlimen di bawah peruntukan Ordinan Dewan Undangan Negeri (Privileges, Immunities and Powers), 1963. Perkara-perkara yang disuarakan meliputi isu-isu yang menjadi tumpuan, rungutan atau masalah rakyat. Ini boleh dilakukan melalui perbahasan biasa, rayuan-rayuan dan membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan dan sebagainya.
  • Mempertimbangkan jenis dan kebaikan perundangan yang dibawa kepada Dewan Undangan Negeri serta mencadangkan pindaan bersesuaian sebagaimana yang difikirkan perlu
  • Memeriksa akaun awam untuk memastikan wang awam dibelanja mengikut kelulusan parlimen dan mengikut kepentingan pembayar cukai.
  • Menjadi arena perbincangan kritis terhadap kerajaan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan
  • Mengawasi tindak-tanduk pihak pemerintah sebagaimana yang ditunjukkan semasa perbahasan am.
  • Melindungi dan mempertingkatkan kepentingan yang terbaik untuk rakyat dan negeri dengan membangkitkan isu-isu tertentu, dan meredakan rungutan semasa prosiding atau melalui cara yang lain ditetapkan oleh peraturan Dewan Undangan Negeri.
  • Melantik Jawatankuasa-Jawatankuasa Pilihan untuk tujuan siasatan melalui perbicaraan awam dan laporan-laporan.
  • Memperkembang dan memperguna keistimewaan dan prosedur berparlimen untuk membolehkan Dewan Undangan Negeri menjalankan fungsi-fungsi berpelembagaan dan perundangan dengan lebih berkesan.

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Melaka (2013 - 2018)

No
Nama
Kawasan
Alamat JAPERUN
1.
YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Hj. Haron
Sungai Udang
Kompleks JAPERUN Sungai Udang,
KM 20, Sungai Udang, 76300 Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Nazar bin Husin
Tel : 06-351 8423
Faks : 06-351 8424
2.
YB En. Md Rawi bin Mahmud
Tanjung Bidara
ST-1170, Jalan Bidara 1,
Taman Bidara Jaya,
Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Borhan bin Baharum
Tel : 06-384 7872
Faks : 06-385 3873
3.
YB Datuk Wira Hj. Md Yunos bin Husin
Ayer Molek
Kompleks Penghulu Ayer Molek,
75460 Ayer Molek
Setiausaha JAPERUN : Tn Hj Ibrahim bin Ali
Tel : 06-268 0935
Faks : 06-268 0880
4.
YB Datuk M.S. Mahadevan a/l Sanacy
Gadek
Kompleks JAPERUN Gadek,
Jalan Besar, Tanjung Rimau Luar,
78000 Alor Gajah, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Zainudin bin Admid
Tel : 06-554 8511
Faks : 06-554 9984
5.
YB En. Lim Ban Hong
Kelebang
G-03, Kondo Ruby Shoplot,
Blok VANDA,
75250 Klebang Kecil, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Yusof bin Ibrahim
Tel : 06-337 4244
Faks : 06-336 4913
6.
YB Encik Roslan bin Ahmad
Merlimau
Kompleks JAPERUN Merlimau,
Lipat Kajang,
77000 Jasin, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Hashim bin Mohd Akib
Tel : 06-529 4467
Faks : -
7.
YB Datuk Wira Hj. Abdul Ghafaar bin Atan
Asahan
Kompleks JAPERUN Asahan,
Jalan Melangkan, Nyalas,
77100 Asahan, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Mohamad bin Hj. Bazid
Tel : 06-522 9671
Faks : 06-522 8144
8.
YB Datuk Wira Latiff bin Tamby Chik
Telok Mas
Kompleks JAPERUN Telok Mas,
Lot 1137, KM 10, Jalan Lama,
Telok Mas, 75460 Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Mokhtar bin Omar
Tel : 06-261 5542
Faks : -
9.
YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdol
Rembia
Kopmleks JAPERUN Rembia,
Bt 13, Kampung Sungai Petai,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : Tn. Hj. Abdul Aziz bin Ahmad
Tel : 06-556 3502
Faks : 06-556 8159
10.
YB Datuk Hj. Ab Rahaman bin Hj Ab Karim
Pantai Kundor
Kompleks JAPERUN Pantai Kundor,
Kampung Gelam, 76400 Melaka.
Setiausaha JAPERUN : Pn. Shalina binti Dolmat
Tel : 06-351 1171
Faks : 06-351 0235
11.
YB En. Sulaiman bin Md Ali
Lendu
Kompleks JAPERUN Lendu,
78300 Masjid Tanah, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : Pn. Siti Derma binti Idris
Tel : 06-385 1062
Faks : 06-385 1063
12.
YB Sazali bin Muhd Din @ Muhamad Din
Paya Rumput
Kompleks DUN Paya Rumput,
75250 Cheng Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Mohd Azhar bin Abdul Manaf
Tel : 06-312 2293
Faks : 06-312 5293
13.
YB Datuk Hj. Ab. Wahab bin Ab. Latip
Durian Tunggal
Kompleks JAPERUN Durian Tunggal,
76100 Durian Tunggal, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Jaafar bin Taib
Tel : 06-553 2902
Faks : -
14.
YB Datuk Lai Meng Chong
Machap
Kompleks JAPERUN Machap,
Kampung Bukit Bulat,
78000 Alor Gajah Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Muhamad Marhakim bin Hasan
Tel : 06-556 3442
Faks : -
15.
YB En. Zaidi bin Attan
Serkam
Kompleks Penghulu Kg. Serkam,
77300 Merlimau, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Ramlan bin Ali
Tel : 06-263 1172
Faks : 06-263 1644
16.
YB Datuk Latipah binti Omar
Taboh Naning
Kompleks JAPERUN Taboh Naning,
Simpang Empat,
78000 Alor Gajah, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Nir Mohd. Faizal bin Saad
Tel : 06-552 0821
Faks : -
17.
YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad
Rim
Kompleks JAPERUN RIM,
Jalan Rim, Bandar baru Jasin,
77000 Jasin, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Abu Supian bin Hj abu Samah
Tel : 06-529 6621
Faks : -
18.
YB En. Ng Choon Koon
Bemban
Kompleks JAPERUN Bemban,
77200 Bemban, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Mohd. Nor Azmi bin Hj Kadir
Tel : 06-521 7858
Faks : 06-521 7855
19.
YB Datuk Hasan bin Abd Rahman
Sungai Rambai
kompleks JAPERUN Sg. Rambai,
77400 Sungai Rambai, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Jalauddin bin Mamat
Tel : 06-265 8188
Faks : 06-265 8050
20.
YB AR Datuk Hj. Ismail bin Othman
Kuala Linggi
Pejabat JAPERUN Kuala Linggi,
KS 92, Pekan Kuala Sungai Baru,
78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
Setiausaha JAPERUN : -
Tel : 06-384 7872
Faks : 06-385 3873
21.
YB Datuk Hj. Amirudin bin Hj. Yusof
Ayer Limau
Kompleks JAPERUN Ayer Limau,
78100 Lubok Cina, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : Pn. Azarina binti Abdullah
Tel : 06-696 6863
Faks : 06-696 6092
22. YB Dr. Md Khalid bin Kassim
Bukit Baru
Bilik Gerakan JAPERUN Bukit Baru,
Dewan Datuk Demang Husin,
75450, Bukit Katil, Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Abdul Razak bin Hj Wahab
Tel : 06-231 8242
Faks : 06-232 1020
23. YB En. Goh Leong San Duyong
C-8828, Bt 23/4 Simpang Semabok,
75050 Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Abd. Rahim b Hj. Othman
Tel : 06-288 2822
Faks : 06-282 8929
24.
YB En. Lai Keun Ban
Kota Laksamana
No. 43, Jalan Kubu,
753000 Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. Tey Teck Hua
Tel : 06-284 8282
Faks : 06-282 8929
25.
YB En. Chin Choong Seong
Kesidang
JAPERUN DUN kesidang,
No 17-1, Kompleks Kesidang,
Jalan Tun Perak, 75250 Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Mohd Zailani bin Mohd Ali
Tel : 06-334 3192
Faks : 06-335 7270
26.
YB En. Lim Jak Wong
Bachang
Kompleks JAPERUN Bachang,
Jalan Bachang,
75350, Melaka
Setiausaha JAPERUN : En. latif bin Abu Samah
Tel : 06-336 4913
Faks : -
27.
YB En. Khoo Poay Tiong
Ayer Keroh
Kompleks JAPERUN Ayer Keroh,
Taman Melaka Baru Fasa 3,
Baru Berendam, 75350 Melaka.
Setiausaha JAPERUN : En. Saniman bin Hj Abd. Ghafar
Tel : 06-318 1016
Faks : 06-319 1817
28.
YB. En. Tey Kok Kiew
Banda Hilir
A 322, Jalan Bandar Hilir,
75000 Melaka
Setiausaha JAPERUN : Pn. Hjh. Rohani binti Jaafar
Tel : 06-282 7893
Faks : 06-2837899

last modified Feb 06, 2014 12:39 PM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelawat: Kemaskini : Aug 28, 2014