Logo

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM)


Visi

  • Membantu menjadikan Negeri Melaka sebagai pusat pembangunan dan kemajuan yang terunggul dalam negara, dimana rakyatnya menikmati hidup berkualiti, mengamalkan nilai-nilai hidup murni, mengutamakan perpaduan dan keamanan melalui peningkatan taraf pendidikan.
  • Membantu menjalinkan hubungan yang rapat diantara pemimpin dan rakyat
  • Membantu melahirkan pemimpin pelapis yang bijaksana berteraskan intelek dan profesionalisme sesuai dengan keperluan masa dan zaman

Misi

  • Menjadikan TAPEM sebagai agensi pemangkin utama dalam menggalakkan dan memperkasakan semangat dengan juang anak negeri Melaka ke arah pencapaian dan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi supaya menjadi penyumbang pembangunan dan kemajuan kepada negeri Melaka dan Negara Malaysia amnya.

Objektif

Tujuan penubuhan TAPEM adalah:

  1. Membantu meringankan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar anak Melaka yang menuntut di sekolah/institusi pengajian tinggi samada Sekolah Menengah atau yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta
  2. Memaju dan meningkatkan kualiti pendidikan di kalangan anak-anak Melaka dan warganegara Malaysia yang lazimnya bermastautin di Melaka.
  3. Menawar dan menguruskan pemberian:
  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi kepada anak-anak Melaka yang mendapat tawaran di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri
  • Pemberian Biasiswa Kecil dan Biasiswa Insentif kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan di dalam negeri Melaka dan  Sekolah Menengah Agama di dalam dan luar Melaka
  • Pemberian sumbangan Bantuan Persekolahan Rendah mengikut kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri
  • Mengadakan Program Anugerah Pelajar Cemerlang bagi pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM, PMR dan UPSR
  • Mengadakan program-program pendidikan yang diputuskan oleh Lembaga TAPEM dan Kerajaan Negeri

Fungsi

  • Menguruskan Pemberian Pinjaman Wang Pengajian Tinggi Kepada Anak Negeri Melaka yang Melanjutkan Pengajian ke IPTA dan Beberapa IPTS yang tersenarai dibawah tajaan TAPEM
  • Menguruskan Pemberian Bantuan Sumbangan Kewangan kepada Pelajar ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
  • Menguruskan Pemberian Biasiswa (Biasa/Asnaf) kepada Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Dalam Negeri Melaka.
  • Menguruskan Pemberian Bantuan Persekolahan Kepada Murid-Murid Sekolah Rendah

Piagam Pelanggan

  1. Memastikan maklumbalas setiap surat menyurat / keputusan mesyuarat / memo dilakukan dalam masa 3 hari bekerja.
  2. Permohonan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Menguruskan dokumentasi permohonan setiap sesi pengajian dalam tempoh 40 hari bekerja.
  • Memproses dokumen surat perjanjian mengikut sesi pengajian dalam tempoh 20 hari bekerja.
  • Menawar dan memproses permohonan Biasiswa Sekolah Menengah dan Bantuan Persekolahan Sekolah Rendah dalam tempoh 6 bulan.
  • Menerima dan memproses permohonan Bantuan Institut Pengajian Tinggi (IPT) setiap hari bekerja.
  • Memproses semua dokumen bayaran yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja.
  • Menguruskan terimaan bayaran balik PWPT pada setiap masa.
  • Memastikan tindakan diambil kepada peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran balik PWPT melebihi 3 bulan.
    1. last modified Dec 24, 2013 03:42 PM

      footer
      Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
      Pelawat: Kemaskini : Oct 24, 2014