Logo

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM)

 

 

Visi
  • Berfungsi Dengan Berkesan Sebagai Penasihat Dan Pelaksana Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Dan Agensi Negeri.
Misi
  • Memberi Perkhidmatan Pengurusan Sumber Manusia Yang Professional Melalui Anggota Yang Cekap Serta Sistem Pengurusan Yang Terkini.
Objektif
  • Mewujudkan Perancangan Dan Bilangan Anggota Perkhidmatan Awam Yang Optima;
  • Menentukan Urusan Perkhidmatan Kakitangan Dilaksanakan Dengan Cekap;
  • Mengadakan dan Menyelaras Latihan Kakitangan Dengan Lebih Sistematik Dan Terancang;
  • Mewujudkan kakitangan yang Berdisiplin Tinggi Dan Produktif.
Fungsi Utama
  • Merancang Tenaga Manusia Dan Pembangunan Organisasi;
  • Urusan Perkhidmatan Kakitangan;
  • Pembangunan Sumber Manusia Melalui Latihan Dan Kursus;
  • Pengurusan Prestasi, Urusan Naik Pangkat Dan Tatatertib

Piagam Pelanggan


  • Mengkaji permohonan penstrukturan semula/pengukuhan perjawatan jabatan dalam tempoh tiga (3) bulan.
  • Memproses permohonan pelantikan secara kontrak/sambilan dilaksanakan dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Mengurus pengambilan Kumpulan Sokongan II dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan kekosongan jawatan disiarkan.
  • Memproses kelulusan pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen bagi Kumpulan Sokongan II dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memproses dokumen persaraan untuk dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Awam enam (6) bulan sebelum tarikh persaraan.
  • Menyedia dan meluluskan Penyata Perubahan dalam tempoh tiga (3) hari.
  • Memproses permohonan Gantian Cuti Rehat (GCR) dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memproses permohonan pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran tetap dalam tempoh empat belas(14) hari.
  • Memproses permohonan Cuti Tanpa Gaji, Separuh Gaji, Cuti Belajar, Cuti Haji dan Cuti Sakit dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Mengemukakan perakuan kenaikan pangkat untuk pertimbangan Lembaga Kenaikan pangkat dalam tempoh satu (1) bulan.
  • Melaksanakan urusan pemangkuan/kenaikan pangkat bagi Pegawai bukan gunasama dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh iklan dikeluarkan atau mengikut keperluan.
  • Melaksanakan kes tatatertib dalam tempoh tiga (3) bulan mulai penyediaan Kertas Pertimbangan Pengerusi Lembaga Tatatertib bagi kes Tatatertib Biasa (Peraturan 36/37) sehingga surat hukuman dikeluarkan.
  • Menyelaras, menyedia dan mengumpulkan LNPT bagi JKMM dan Jabatan-Jabatan Negeri dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM).
  • Memastikan laporan kaunseling akan disiapkan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas permohonan diterima.
  • Memastikan Pegawai di Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka menjalani latihan sekurang-kurangnya tujuh (7) hari dalam setahun.
  • Memastikan Pegawai lantikan baru di Pentadbiran Kerajaan Negeri melaka menghadiri Kursus induksi Umum dan Khusus dalam tempoh 1-3 tahun dari tarikh lantikan.
  • Memastikan pelaksanaan submodul HRMIS mencapai prestasi sekurang-kurangnya 99% melalui pemantauan secara berkala sekurang-kurangnya satu (1) bulan sekali.
  • Memberi khidmat nasihat berkaitan masalah pengemaskinian data HRMIS dalam tempoh 24 jam dari masa pertanyaan diterima.

    last modified Apr 02, 2014 11:54 AM

    footer
    Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
    Pelawat: Kemaskini : Aug 21, 2014