Logo

Bahagian Promosi Pelancongan

Bahagian Promosi Pelancongan



Visi
  • Melaka sebagai destinasi pelancongan yang terbilang di rantau asia selaras dengan tema " Melawat Melaka Bersejarah Bererti Melawat Malaysia"
Misi
  • Memajukan Industri Pelancongan agar menjadi penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi (GDP) dan penjanaan peluang pekerjaan Negeri Melaka;
  • Menarik 8.2 juta pelancong agar berkunjung ke Melaka menjelang 2010;
  • Memanjangkan tempoh bermalam di Melaka kepada 3 malam menjelang 2010.
Objektif
  • Destinasi mesti dilawati di Malaysia;
  • Penyumbang Utama kepada KDNK dan peluang Pekerjaan;
  • Menarik 8.2 juta pelancong agar berkunjung ke Melaka menjelang 2010;
  • Tempoh bermalam selama 3 malam menjelang 2010;
Fungsi Utama
  • Fungsi Unit MICE
    • Menyelaras dan menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan bidang tugas;
    • Menyelaras urusan jemputan aktiviti-aktiviti MICE anjuran Bahagian Promosi Pelancongan;
    • Menyelaras dan memantau perjalanan MICE oleh organisasi berkitan;
    • Mengumpul, menyusun dan menganalisa statistik MICE bulanan;
    • Mempromosikan Melaka sebagai acara MICE;
    • Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengurusan Atasan dari semasa ke semasa.
  • Fungsi Unit Acara
    • Menyelaras,menyedia serta melaksanakan promosi pelancongan dan pembangunan program pelancongan domestik;
    • Bekerjasama dengan Pertubuhan Pelancongan seperti Persatuan Luar Melaka bagi menggalakkan acara Pelancongan Domestik;
    • Menyediakan Kalendar Pelancongan Melaka untuk acara bulanan;
    • Membantu dalam menyelaras dan memantau perlaksanaan Acara;
    • Menyediakan Laporan dan Kertas-Kertas MMKN untuk acara-acara Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Kerajaan Negeri Melaka;
    • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
  • Fungsi Unit Komunikasi
  • Menyediakan dan membantu menjalankan program-program perasmian, seminar, keraian serta lawatan-lawatan rasmi dari dalam negeri dan luar Negara
  • Menyediakan urusan jemputan dan penyambut tetamu di majlis-majlis.
  • Setiausaha kepada Mesyuarat Post Exco Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka apabila mesyuarat diadakan setiap minggu
  • Mengawasi penerimaan dan penghantaran barang-barang promosi serta risalah-risalah pelancongan ke tempat-tempat tarikan dan hotel-hotel di negeri Melaka selain memastikan bekalan bahan-bahan promosi sentiasa cukup.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan serta perjalanan Pusat Penerangan Pelancong Menyelaras dan menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan bidang tugas.
  • Bertanggungjawab membantu Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar apabila ketiadaan mereka di pejabat seperti yang telah diarahkan oleh Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar
  • Menjalankan lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.
  • Fungsi Unit R&D
      • Mengkaji permintaan pelancong mengikut pasaran termasuk mengenalpasti " niche market";
      • Mengkaji produk pelancongan termasuk mengenalpasti " niche products" mengikut permintaan pasaran;
      • Mengumpul, menyusun dan menganalisa statistik pelancong bulanan dan dibentangkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN);
      • Membuat analisa SWOT ke atas industri pelancongan (domestik/global) dari semasa ke semasa dan mengemukakan syor-syor yang berkaitan;
      • Menyimpan inventori dan membuat "auditing" ke atas semua produk pelancongan serta mengemukakan syor-syor yang berkaitan;
      • Menjadi urusetia kepada 12 " Lead Agency";
      • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan dari masa ke semasa.
      • Menyediakan dan membantu menjalankan program-program perasmian, seminar, keraian serta lawatan-lawatan rasmi dari dalam negeri dan luar negara;
      • Menyediakan urusan jemputan dan penyambut tetamu di majlis-majlis;
      • Setiausaha kepada Mesyuarat Post Exco Jawatankuasa Pembangunan, Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka apabila mesyuarat diadakan setiap minggu;
      • Mengawasi penerimaan dan penghantaran bahan-bahan promosi serta risalah-risalah Pelancongan ke tempat-tempat tarikan dan hotel-hotel di Negeri Melaka;
      • Menyelaras dan memantau pelaksanaan serta perjalanan Pusat;
      • Menyelaras dan menghadiri mesyuarat yang berkaitan dengan bidang tugas;
      • Bertanggungjawab membantu Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar apabila ketiadaan mereka di pejabat seperti yang telah diarahkan oleh Pngurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar;
      • Menjalankan lain-lain tugasan yang diarahkan dari masa ke semasa.
    • Fungsi Unit Promosi
      • Bertanggungjawab merancang dan mengendalikan aktiviti promosi di peringkat domestik dan antarabangsa;
      • Bertanggungjawab menyelaraskan perwakilan Negeri Melaka dalam misi promosi pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia, samada di peringkat domestik atau antarabangsa;
      • Bertanggungjawab bekerjasama dengan agensi kerajaan atau pengusaha indstri pelancongan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti promosi yang dianjurkan oleh mereka di peringkat domestik dan antarabangsa;
      • Bertanggungjawab mendapatkan khidmat kumpulan kebudayaan, tukang masak dan penarik beca untuk bersama dengan pihak hotel atau badan-badan lain mempromosikan produk pelancongan;
      • Melaksanakan tugas-tugas lain seperti mana yang diarahkan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang diwakili oleh YAB Ketua Menteri Melaka, YB.Setiausaha Kerajaan Negeri, YB. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka dan Pengurus Besar BPP;
      • Melaksanakan tugas-tugas lain seperti mana yang diarahkan.
    • Fungsi Unit Pentadbiran
      • Merekodkan serta mengawasi urusan surat masuk dan keluar termasuk edaran dalaman / luaran
      • Mengawasi urusan fail-fail individu, sulit dan terbuka;
      • Menguruskan pengambilan kakitangan melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Ketua Menteri Melaka;
      • Menyediakan borang Kew.8 untuk urusan gaji serta kenaikan gaji tahunan Pegawai dan kakitangan baru serta kenaikan gaji tahunan;
      • Merekodkan dan mengemaskini Buku Perkhidmatan Kerajaan;
      • Menyelaraskan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (SKT) dan Borang Pengisytiharaan Harta;
      • Menguruskan penghantaran pegawai dan kakitangan manghadiri kursus yang berkaitan dengan bidang tugas masing-masing;
      • Menyelia urusan kebersihan, penyelenggaraan, keselamatan dan kelengkapan pejabat;
      • Menguruskan urusan pembelian serta merekodkan pengeluaran alat tulis dan keperluan semasa;
      • Membantu dalam kerja-kerja dekorasi gerai pameran pelancongan yang disertai oleh Kerajaan Negeri Melaka.
    • Fungsi Unit Briged Seni
      • Menguruskan aktiviti Briged Seni Melaka meliputi persembahan pemasaran dan segala berkaitan;
      • Merancang dan mengatur strategi pemasaran serta peka kepada kehendak dan perkembangan semasa di dalam persembahan;
      • Menerima dan menjawab semua surat yang berkaitan jualan Briged Seni Melaka;
      • Mewakili mesyuarat dan temujanji yang melibatkan aktiviti kumpulan atau diarahkan oleh Pengurus Besar;
      • Membuat anggaran perbelanjaan dan pendapatan kumpulan dan membuat laporan untuk Pengurus Besar;
      • Membuat senarai dan merekodkan inventori kesemua peralatan.
Piagam Pelanggan
  • Merancang dan menguruskan acara dan aktiviti Kerajaan Negeri Melaka dalam menganjurkan Festival Pelancongan (6 bulan).
  • Mengurus serta mengadakan penganjuran pameran-pameran pelancongan dan pesta-pesta makanan Negeri Melaka (1 bulan).
  • Merancang, mengatur dan menyelaras penyertaan pameran/misi-misi galakan pelancongan bersama pihak Tourism Malaysia serta lawatan kerja YAB Ketua Menteri Melaka dan rombongan (3 bulan).
  • Merancang dan melaksanakan program pengiklanan serta percetakan risalah, penerbitan audio visual destinasi pelancongan Negeri Melaka dan tempahan cenderamata bagi tujuan publisiti dan promosi (1 bulan).
  • Mengatur atur cara lawatan-lawatan "Fam Tours" untuk wartawan, penulis kembara, penggambaran filem, agen-agen pelancongan dan organisasi-organisasi yang berkaitan dalam dan luar Negara ke Negeri Melaka (2 minggu).
  • Mengumpul dan menyusun penyata laporan statistik kedatangan pelancongan ke Negeri Melaka ( 2 minggu).
  • Menyediakan dan mengedarkan risalah-risalah pelancongan kepada hotel-hotel dan pengguna yang lain (2 hari).
  • Menyelidik dan menyelesaikan aduan awam berkaitan tempat-tempat pelancongan (1 bulan).
  • Menyelesaikan tuntutan bayaran selepas penerimaan LO dari pembekal (1 bulan).
  • Menyelaras, mengaturcara dan mengadakan seminar / konvensyen anjuran MICE (1 bulan).
  • Memastikan tempahan dan urusan persembahan kebudayaan dapat diuruskan (1 minggu).

last modified Nov 08, 2013 11:27 AM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelawat: Kemaskini : Sep 02, 2014