Logo

Agama Rasmi

Agama Rasmi

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut :
Perkara 3 :
  • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan.

  • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-pertuan Agong mewakilinya.(3) Perlembagaan-perlembagaan bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Serawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam dalam negeri itu(4) Tiada apa-apa dalam Perkara ini mengurangkan kuasa mana-mana peruntukan lain dalam perlembagaan ini.(5) Walau apa-apa jua dalam perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam dalam Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan sesuatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam.

{slide=Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)}
Sebelum Melaka mencapai kemerdekaan melalui Persekutuan Tanah Melayu, tidak terdapat Institusi Agama Islam yang ditubuhkan oleh Kerajaan Inggeris untuk mengurus pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam. Setelah mencapai kemerdekaan, timbullah hasrat kerajaan untuk menubuhkan satu institusi yang bertanggungjawab dalam mentadbir hal ehwal Agama Islam di negeri ini. Maka pada 1 Rabiul Awal 1380 Hijrah bersamaan 28 September 1960 Jabatan Agama Islam Melaka telah ditubuhkan dengan rasminya.

Upacara perasmian diadakan di bangunan no. 272, Jalan Tengkera, Melaka, dan bangunan ini menjadi bangunan pertama Pejabat Agama Islam. Pada masa ditubuhkan, Jabatan Agama Islam Melaka telah dikendalikan oleh seorang pegawai bersara selaku Yang Di pertua jabatan Agama Islam yang dibantu oleh seorang kerani. Beliau bertanggungjawab untuk membentuk dan mengatur pentadbiran Jabatan Agama. Orang yang pertama memegang jawatan Yang Di Pertua ialah Tuan Hj. Mohd. Amin Bin Imran.

Jabatan Agama terus berkembang dengan beberapa bahagian seperti Pejabat Agama daerah / Kadhi dan mahkamah diwujudkan pada tahun 1962. pada tahun 1967 jawatan Kadhi Besar diwujudkan. Sebelum jawatan ini, tugas-tugas Kadhi Besar dijalankan oleh Mufti. Pada tahun 1990, Mahkamah Syariah diasingkan dari Jabatan Agama dan pada Disember 1996 bahagian Mufti pula diasingkan dari Jabatan Agama. Kini, jabatan Agama terdiri daripada lapan bahagian utama iaitu:
  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah
  • Bahagian Penguatkuasaan dan Pendakwaan
  • Bahagian Dakwah
  • Bahagian Penyelidikan
  • Bahagian Pendidikan
  • Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah
  • Pejabat Agama Daerah Jasin
  • Pejabat Agama Daerah Alor Gajah
Sila hubungi JAIM di:
Jabatan Agama Islam Melaka
Imarah B

Kompleks MAIM, Bukit Palah
75150 Melaka
Tel: +606-282 2063
Faks: +606-283 4022
E-mel: jaim@melaka.gov.my

Pejabat Agama Daerah Melaka Tengah
Aras Bawah, Imarah B

Kompleks MAIM, Bukit Palah
75150 Melaka
Tel: +606-288 2360
Faks: +606-288 2353

Pejabat Agama Daerah Alor Gajah
Kompleks Agama dan Mahkamah Syariah

78000 Alor Gajah
Tel: +606-556 1254
Faks: +606-556 1197

Pejabat Agama Daerah Jasin
Kompleks Agama dan Mahkamah Syariah

Jasin, Melaka
Tel: +606-529 1277
Faks: +606-529 1744
{/slide}
{slide=Jabatan Mufti Negeri Melaka}
Organisasi / Institusi mufti mula wujud sebelum Tanah Melayu merdeka. Pada tahun 1957 (selepas merdeka), Negeri Melaka telah pun mewujudkan satu enekmen yang dinamakan Enekmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka 1959 (dipinda pada tahun 1991 dan 2002). Jawatan Mufti dan fungsinya diwujudkan secara rasmi di bawah enakmen ini.

Di peringkat awal, Jabatan Mufti Melaka merupakan salah satu bahagian di Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Ia dikenali sebagai Bahagian Fatwa. Bagaimanapun, pada tahun 1996, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan surat pekeliling mengenai pengasingan Bahagian Fatwa daripada Jabatan Agama Islam setiap negeri di Malaysia. Semenjak itu, bermulalah wujudnya sebuah institusi fatwa di Negeri Melaka yang dikenali sebagai Pejabat Mufti Negeri Melaka yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Berdasarkan kepada hasrat penubuhan jabatan ini di bawah Enakmen tersebut, JMM telah menyusun strategi agar dapat mempertingkatkan sumbangannya bagi meninggikan syiar Islam di dalam Negeri Melaka melalui perkara-perkara berikut:
  • Mengeluarkan fatwa atas apa-apa persoalan yang belum muktamad atau menimbulkan kontroversi yang dengan berhubungan dengan hukum syarak;
  • Mempertingkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat terhadap syariat Islam yang sebenar;
  • Membangunkan bidang Falak Syarie melalui aktiviti pendidikan, penyelidikan dan astro-pelancongan;
  • Mengadakan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang fatwa dan falak;
  • Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam seluruh aktiviti jabatan; dan
  • Mewujudkan hubungan kerjasama dengan agensi, badan berkanun, institusi pendidikan atau pertubuhan bukan kerajaan yang berkepakaran dalam bidang berkaitan.
Jabatan Mufti Negeri Melaka
Kompleks Majlis Agama Islam
Aras 2, Imarah A
75400 Bukit Palah
Melaka Bandaraya Bersejarah

Telefon : 06 - 284 7920 / 21
Talian Terus Mufti : 06 281 8182
Faks : 06 - 284 8144
Email : jkmmufti@tm.net.my
Web : http://www.al-azim.com/jmm/index.htm
{/slide}
{slide=Mahkamah Syariah Negeri Melaka}
Mahkamah Syariah Negeri Melaka telah ditubuhkan di bawah Seksyen 39 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Melaka, 1959. Sejak awal penubuhannya sehingga 1989, Mahkamah Syariah Negeri Melaka diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Melaka (JAIM).

Bidang kuasa Mahkamah Syariah Negeri Melaka adalah dalam pengurusan kes Mal, Jenayah dan Faraid di semua peringkat Mahkamah iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah mengikut peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Melaka) 2002, Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Melaka) 2002 dan Enakmen Kesalahan Syariah 1991.

Manakala pentadbiran Mahkamah Rendah Syariah pula dibahagikan kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan juga Jasin. Mahkamah Syariah Negeri Melaka diketuai oleh Ketua Hakim Syarie dan mempunyai tiga bahagian dengan bidang kuasa masing-masing iaitu :

1) Mahkamah Rayuan Syariah

Mahkamah Rayuan Syariah mempunyai bidang kuasa :
  • Untuk mendengar dan memutuskan apa-apa rayuan terhadap apa-apa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah dalam menjalankan bidang kuasa asalnya.
  • Pengawasan dan penyemakan ke atas Mahkamah Tinggi Syariah dan boleh, jika didapati perlu olehnya demi kepentingan keadilan, samada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau jenayah, dalam Mahkamah Tinggi Syariah.
  • Memanggil dan memeriksa mana-mana rekod mengenainya dan boleh memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
Korum bagi Mahkamah Rayuan Syariah terdiri daripada 3 Panel Hakim yang akan ditentukan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Alamat
Mahkamah Rayuan Syariah

Lot 2434, Blok D
Kompleks Mahkamah Melaka
Lebuh Ayer Keroh
75450 Melaka

Tel
: +606 233 2061

+606 233 2059
Faks : 06 231 1275
Laman Web :http://www.mahsyariahmelaka.gov.my

2) Mahkamah Tinggi Syariah}

Mempunyai bidang kuasa di seluruh Negeri Melaka, dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Melaka) 2002, atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang diperuntukkan baginya.

Nama Hakim:
Y.A.A. Datuk Hj. Mahammad Bin Ibrahim
Y. A. Tuan Mohd Radzi Bin Abd Latif

Alamat
Lot 2434, Blok D
Kompleks Mahkamah Melaka
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel :
+606 233 2061

+606 233 2059
Faks :
+606-2311275
Laman Web :
http://www.mahsyariahmelaka.gov.my


3) Mahkamah Rendah Syariah

Terdapat tiga buah Mahkamah Rendah Syariah iaitu :

1.Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah
2.Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah
3.Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin

Bidangkuasa
Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di seluruh Negeri Melaka di daerah-daerah yang ditetapkan dan hendaklah dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh seseorang Islam di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam ( Negeri Melaka ) 2002 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukkan oleh Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit, atau pemenjaraan selama tempoh satu tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan mana-mana hukuman yang diperuntukkan bagi kesalahan itu;


Mahkamah Rendah Syariah mempunyai bidangkuasa di daerah-daerah yang ditetapkan dan hendaklah dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding yang mana Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan memutuskannya, jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan hadhanah atau harta sepencarian).

Mahkamah Rendah Syariah Daerah Melaka Tengah

Alamat:
Lot 2434, Blok D
Kompleks Mahkamah Melaka
Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka 
Tel :
+606-233 2061 / +606-233 2059
Faks:
+606-2311275


Nama Hakim :
Tuan Jasni Bin Mat Desa
Tuan Che Saupi Bin Che Hussin
Tuan Mohammad Zamri Bin Ab. Rahim

Mahkamah Rendah Syariah Alor Gajah

Alamat:
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Alor Gajah
Kompleks Pejabat Agama dan Mahkamah Syariah
78000 Alor Gajah, Melaka
Tel :
+606- 556 1797
Faks :
+606-5561837


Nama Hakim:
Tuan Jasni Bin Mat Desa
Tuan Mohammad Zamri Bin Ab. Rahim

Mahkamah Rendah Syariah Jasin

Alamat:
Mahkamah Rendah Syariah Daerah Jasin
Kompleks Pejabat Agama Islam Dan Mahkamah Rendah Daerah Jasin
77000 Jasin, Melaka
Tel :+606-529 5721 Faks : +606-529 5758

Nama Hakim:
Tuan Che Saupi Bin Che Husin
Laman Web :
http://www.mahsyariahmelaka.gov.my

{/slide}
{slide=Majlis Agama Islam Melaka}
Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka disamping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong. Sebagai badan pembuat dasar, MAIM merupakan badan induk kepada semua agensi dan institusi Islam di Negeri Melaka. Selaras dengan itu beberapa agensi/ intitusi Islam telah ditubuhkan bagi melaksanakan semua keputusan yang telah dibuat oleh MAIM seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM.

MAIM Holding Berhad ditubuhkan pada tahun 1995 bertujuan untuk menguruskan projek pembangunan dan perniagaan di Negeri Melaka.
Pusat Zakat Melaka (PZM) telah ditubuhkan pada 2001 sebagai sebuah syarikat milik MAIM sepenuhnya yang mengurus dan mengutip zakat di Negeri Melaka.

Visi
Untuk menjadi organisasi yang unggul, cekap, mesra dan berkualiti dalam memelihara dan membangunkan syiar Islam di Negeri Melaka. MisiAmar Ma’ruf Melahirkan sebuah masyarakat yang menjadikan Islam sebagai cara hidup yang sempurna dengan mengikut dan menghayati ajaran- ajaran Islam yang terkandung di dalam Al- Quran dan As- Sunnah yang meliputi aspek- aspek Aqidah, Syariah, Akhlak, Ekonomi, Sosial, Pendidikan dan Kebudayaan. Nahi Mungkar Menegakkan keadilan mengikut hukum- hukum Islam serta mengawal/ membasmi kemungkaran, maksiat, khurafat, bid’ah, dhalalah dan fikiran- fikiran yang menjejaskan kesucian Islam yang mengikut kehendak- kehendak yang termaktub dalam undang- undang Agama Islam Negeri Melaka.
Objektif
Mendorong dan menggerakkan masyarakat Islam kea rah peningkatan ilmu dan amalan yang cemerang sesuai dengan tujuan mewujudkan masyarakat yang berdaya maju, berakhlak dan bercita- cita tinggi berasaskan syariat Islam;

Menjadikan MAIM sebagai organisasi penyatu ummah dan rujukan masyarakat Islam dalam permasalahan yang timbul;
Menjalinkan perpaduan kaum di kalangan masyarakat berbilang kaum bangsa, agama dan budaya melalui dakwah yang berkesan dan mantap;
Memaju dan membangunkan Baitulmal untuk memantapkan ekonomi secara berperancangan yang rapi dan berhati-hati dalam pelaburan, pembinaan dan perniagaan yang tidak bercanggah dengan syarak;
Membangun dan mengembangkan institusi zakat untuk manafaat masyarakat Islam.
Untuk Keterangan Lanjut,
Sila Hubungi:

MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA      

Kompleks Islam Melaka
Bukit Palah 75150, Melaka
Tel:
+606-283 2077 +606-283 7416 +606- 284 9808

Faks:+606-282 6033
Laman Web : www.maim.gov.my
{/slide}

last modified May 03, 2013 10:39 AM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar Internet Explorer 8 dan ke atas
Pelawat: Kemaskini : Apr 23, 2014