Logo

Maklumat Pelancong

Maklumat Pelancong

maklumat_pelancong.jpg



Perjalanan Ke Malaysia

Anda boleh sampai ke Malaysia melalui 30 penerbangan antarabangsa ke lapangan terbang di Kuala Lumpur (KLIA), Pulau Pinang, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching serta Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sendiri sekiranya anda datang dari Indonesia manakala Pelabuhan Kelang dan Pulau Pinang merupakan pintu masuk utama melalui jalan laut. Terdapat juga rangkaian lebuhraya dan rel yang terbaik di Malaysia.


Warganegara Komanwel (terhad) tidak perlu visa untuk memasuki Malaysia. Warganegara ASEAN tidak memerlukan visa untuk lawatan sosial dan perniagaan jika tempoh lawatan tidak melebihi satu bulan.


Bahasa Malaysia adalah bahasa rasmi tetapi Bahasa Inggeris digunakan dengan meluas. Bahasa-bahasa lain adalah Bahasa Cina dan Tamil.


Cuaca di Malaysia pada amnya adalah beriklim tropika dengan suhu dari 21 ºC hingga 32 ºC. Kelembapan adalah tinggi sepanjang tahun.


Baju yang ringkas dan kasual adalah digalakkan sepanjang tahun.


Malaysia berada 8.00 jam awal dari Greenwich Mean Time (GMT) dan 16 jam awal dari waktu standard United States Pacific.


Pejabat-pejabat kerajaan dibuka seawal pukul 7.30 pagi sehingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dengan hari Sabtu dan Ahad sebagai cuti am. Waktu perbankan adalah secara umumnya bermula pada pukul 9.15 pagi dan berakhir pada pukul 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kompleks membeli-belah dan pasaraya dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.


Pelawat yang ingin masuk ke Malaysia mesti mempunyai pasport atau dokumen perjalanan yang sah dengan tempoh sah minima selama 6 bulan selepas tarikh akhir berada di Malaysia.


Barang-barang seperti peralatan video, kamera, pemain radio kaset, jam, pen, pemetik api, wangian dan kosmetik adalah bebas cukai di Malaysia. Pelawat yang membawa barangan boleh cukai mungkin terpaksa membayar deposit (boleh dipulangkan) untuk membawa masuk barangan tersebut.


Cukai lapangan terbang sebanyak RM5.00 dikenakan kepada semua penumpang domestik manakala RM40.00 dikenakan kepada semua penumpang perjalanan antarabangsa.


Bermula dari 1 Oktober 1998, semua pelawat dikehendaki mengisi borang mendeklarasi matawang apabila tiba atau keluar dari Malaysia. Penduduk tetap dan bukan penduduk tetap dibenarkan membawa tidak lebih dari RM1,000 tunai. Walaubagaimanapun, kemasukan matawang asing tidak dihadkan.


Pengedaran Dadah adalah kesalahan besar dan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.


Bahagian Promosi Pelancongan
Lot 6-10, Aras 1,
Rumah Media Melaka,
Jalan Business City,
Lingkaran MITC,
75450, Hang Tuah Jaya, Melaka
Tel: 06-230 8402 / 06-232 8352
Faks: 06-232 8367

last modified Dec 12, 2012 10:19 AM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelawat: Kemaskini : Jun 17, 2013