Logo

Masyarakat Di Melaka

Masyarakat Di Melaka

 

1-kereta_lembu.jpg

 

Kebudayaan Melaka bermula lebih daripada enam kurun dimana pelbagai adat etnik dan tradisi diadun sempurna. Kehidupan aman rakyat Melaka berpunca daripada kehidupan pelbagai kaum yang telah melahirkan orang-orang Melayu, Cina, India, Baba dan Nyonya, Portugis, Chitty dan Eurasia. Setiap kumpulan etnik ini memberi citarasa yang berbeza rakyat Melaka yang terkenal sebagai rakyat yang peramah. 2-budaya.jpg

Setiap kaum ini memegang teguh tradisi mereka dan ini dapat dilihat melalui makanan, adat keagamaan, festival, budaya, rekabentuk, pemakaian, barang kemas dan kraftangan.

Hari ini Melaka mempunyai banyak perkara untuk ditawarkan kepada pelancong seperti budaya, adat istiadar, tempat-tempat bersejarah, festival keagamaan, sambutan perayaan tradisional di bandar Melaka serta Alor Gajah dan Jasin.



melayu1.jpg
Organisasi sosial orang Melayu di Melaka dibahagikan kepada dua iaitu mereka yang mengikut Adat Temenggong iaitu si isteri mengikut keluarga si suami dan Adat Perpatih, di mana si suami mengikut keluarga si isteri.

Wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain sarung, atau baju yang sedikit ketat dan mengikut potongan badan yang dinamakan baju kebaya.

Lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai bersama seluar yang longgar berserta dengan kain yang dikenali sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis perkahwinan dan kenduri, kain songket akan digunakan sebagai kain samping. Tradisi dan karakter lain orang Melayu digambarkan melalui lagu seperti Dondang Sayang Melayu dan seni mempertahankan diri seperti Silat Melayu.

melayu2.jpg


cina.jpg
Kaum Cina datang ke Melaka semenjak perpindahan beramai-ramai orang Cina dari provinsi Selatan di negara Cina. Kaum-kaum seperti Hokkien, Cantonese, Hakka, Teochew dan Hainanese masih mengikut adat istiadat, tradisi, makanan, bahasa dan ciri-ciri kebudayaan mereka.


india.jpg

Kaum India di Melaka adalah orang Tamil dari India Selatan dimana mereka mendiami ladang getah. Walaubagaimanapun, ada juga diantara mereka yang bekerja dalam perniagaan barang kemas, fabrik, peniaga runcit, pedagang dan peminjam wang.


bnyonya.jpg
Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta tradisi Melayu.

Kaum Baba dan Nyonya telah memperkenalkan perabot unik, porselin dan pinggan mangkuk, cara pemakaian dan makanan lazat yang hanya boleh dijumpai di Melaka. Kaum Nyonya memakai sarung kebaya dengan "brooch" berbagai bentuk dan barang kemas yang diperbuat daripada perak atau emas.


portuguese.jpg
Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan tempat ini Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan.

Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao. Kaum Portugis di Melaka menyediakan kehidupan tradisional, bahasa, adat resam dan musik yang ternyata unik. Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta San Pedra dan Easter.


orang_asli.jpg

Malaysia, seperti kebanyakan tempat di dunia, juga mempunyai perkumpulan orang asli. Jumlah kumpulan orang asli di Semenanjung Malaysia adalah kecil. Di Melaka, kumpulan orang asli Temuan secara lazimnya membuat penempatan mereka kawasan luar bandar, kawasan tepi hutan dan persisiran pantai.


sikh.jpg

Masyarakat Sikh datang ke Melaka dari India dengan membawa bersama agama dan kebudayaan mereka. Kebiasaannya, masyarakat Sikh terdiri daripada polis dan pengawal keselamatan.

Walaubagaimanapun, masyarakat Sikh kini berpeluang untuk menceburi bidang perniagaan dan menjawat jawatan yang tinggi. Mereka mengamalkan agama yang berkonsepkan satu tuhan dan sebagai buktinya kini terdapat kuil Sikh ataupun dikenali sebagai Gurdwaras yang terdapat di sekitar Melaka.

Dua festival yang diraikan oleh masyarakat Sikh iaitu :
  • Hari Kelahiran Guru Nanak, pada 22 Disember.
  • Vasakhi, merupakan tahun baru masyarakat Sikh pada 13 April.

last modified Dec 13, 2012 06:27 PM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768
Pelawat: Kemaskini : Aug 28, 2014