Logo

Muzium Di Melaka

Muzium Di Melaka

istana_kesultanan_melayu.jpg

Melaka mempunyai pelbagai jenis muzium yang menarik untuk dilawati. Maklumat berkenaan muzium-muzium tersebut boleh dilihat di bawah:


Istana Kesultanan Melaka ini merupakan sebuah replika Istana Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari 1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh tersebut. 1-istana_kesultanan_melayu.jpgBangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi, balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja.

Di antara barang pameran di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan barangan loyang.

Bayaran Masuk:

Dewasa : RM1.00
Kanak-kanak/Pelajar : RM0.50

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Muzium Istana Kesultanan Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota,
75000 Melaka.
Tel: +606-282 7464 / +606 282 6526 / +606 281 1289
Faks: +606-282 6745
admin@perzim.gov.my
Laman Web:
www.perzim.gov.my


Bangunan Stadthuys, Bandar Hilir, Melaka 2-stadthuys.jpg

Bangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya. Warna asal bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya di cat merah agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan.

Bangunan ini yang terletak di Bandar Hilir kini dijadikan kompleks muzium yang mempunyai lima buah muzium berasingan di dalamnya.

Muzium-muzium tersebut adalah:
  • Muzium Sejarah dan Ethnografi
  • Galeri Laksamana Cheng Ho
  • Muzium Sastera
  • Muzium Pemerintahan Demokrasi
  • Muzium Yang Di-Pertua Negeri
Harga Tiket:
Dewasa : RM 5.00
Kanak-Kanak/Pelajar : RM 2.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan
Jalan Kota,
75000 Melaka
Tel:
+606-284 1934 / +606-286 6070
Faks: +606-282 6745 / +606-282 6745
Laman Web:www.perzim.gov.my
E-mel:admin@perzim.gov.my


Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan terletak di Bandar Hilir, Melaka dan berhampiran dengan tempat-tempat bersejarah yang lain seperti Kota A'Famosa dan Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka. Berhadapan dengan memorial ini ialah Dataran Pahlawan Melaka Megamall. Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibuka dengan rasminya pada 31 Ogos 1985 oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj.15-memorial_kemerdekaan.jpg
Memorial ini yang bertempat di dalam bangunan yang dibina pada 1911 ini adalah untuk mengenang dan memperingati jasa dan pengorbanan para pejuang kebebasan dan kemerdekaan dari penjajah.

Pameran di bangunan ini juga meliputi Zaman Kesultanan Melayu Melaka hinggalah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Di antara barang pameran ialah dokumen, gambar, peta, perjanjian, teks ucapan, keratan akhbar dan bahan artifak seperti cap mohor, keris yang berkaitan dengan perjuangan mencapai kemerdekaan.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:
Kompleks Pelancongan,
Bukit St. Paul,
Bandar Hilir,
75000 Melaka.
Tel:
+606-284 1231
Faks:
+606-282 9730


Kompleks Muzium Maritim ini merangkumi Muzium Samudera Fasa I, Muzium Samudera II, Muzium Tentera Laut Di-Raja Malaysia dan Bekas Kapal KD Sri Trengganu

Muzium Samudera Fasa I


Muzium Samudera Fasa I adalah sebuah replika kapal Flor de Lamar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 13 Jun 1994. Muzium Samudera ini terletak di Jalan Quayside berhampiran dengan muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.16-muzium_samudera_fasa1.jpg

Muzium ini mempamerkan sejarah kelautan Melaka dan zaman kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah segalanya.

Harga Tiket:
Dewasa : RM 3.00
Kanak-Kanak/Pelajar : RM 1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi - 5.30 petang

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Muzium Samudera Fasa II

Muzium Samudera Fasa II terletak di bangunan gudang lama Guthrie yang telah dibaikpulih oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan terletak bersebelahan replika Kapal Flor de la Mar. Muzium Samudera Fasa II merupakan kesinambungan dari penubuhan Muzium Samudera. Muzium ini diperlengkapkan dengan pameran alam samudera. lanya meliputi beberapa tema seperti penerokaan samudera, kehidupan di laut dan khazanah dari laut.

Harga Tiket:
Dewasa : RM 3.00
Kanak-Kanak/Pelajar : RM 1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi - 5.30 petang

Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan Melaka,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: +606-283 0926 / +606-282 8464 / +606-231 7932 / +606-556 3875 / +606-529 5837
Faks: +606-282 6745
E-mel: admin@perzim.gov.my
Laman Web: www.perzim.gov.my


Muzium Islam Melaka terletak di Jalan Kota, hanya beberapa minit berjalan kaki dari The Stadthuys. Di hadapannya adalah Ibu Pejabat Polis Pelancong Negeri Melaka. Muzium ini terletak di bangunan tiga tingkat yang dibina pada tahun 1850 yang telah mencatatkan pembangunan Islam di Semenanjung dan di rantau Asia Tenggara. Bangunan ini telah diwartakan sebagai antikuiti oleh Akta Antikuiti 1976.1-islamic_museum.jpg

Di Muzium ini, terdapat 8 buah ruang pameran, setiap satunya mempunyai tema tersendiri. Bahan pamerannya yang disusun mengikut kronologi memberi pelawat perspektif ringkas tentang kedatangan Islam di Melaka dan bagaimana ia tersebar ke seluruh negara. Ia juga menunjukkan hubungan Melaka dengan pusat Islam yang lain seperti China, India, negara-negara Arab dan Asia Tenggara.

Di antara bahan pameran yang ada disini termasuk kitab suci Al-Quran yang bersaiz besar dimana setiap hurufnya adalah sebesar empat hingga lima inci. Juga terdapat salinan Al-Quran dalam bahasa Mandarin dan juga Al-Quran yang ditulis dengan tangan serta buku-buku yang diterbitkan mengenai Islam. Di salah sebuah ruang pameran ini terdapat artifak Islam seperti kotak mempamerkan keris yang diukir dengan ayat-ayat suci Al-Quran, wang syiling dan senjata yang diukir dengan kaligrafi khat dan ayat-ayat suci Al-Quran.

2-islamic_museum.jpgTerdapat juga pinggan porselin dari Belanda yang diukir dengan tulisan islamik yang menceritakan tentang pendudukan Belanda di Melaka. Di ruang pameran lain, terdapat lukisan masjid-masjid yang ada di Melaka termasuk Masjid Peringgit yang dibina pada tahun 1720. Turut dipamerkan di sini ialah seni ukiran kayu yang menonjolkan kehalusan kaligrafi Islam yang memberi bukti bahawa kemahiran pengukir-pengukir Islam pada masa dahulu.

Berdiri megah di kawasan muzium ini adalah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Arab yang menceritakan bahawa agama Islam merupakan agama rasmi seorang pemimpin Melayu di semenanjung pada abad ke-13. Banjir besar telah menemukan batu yang mempunyai ketinggian dua kaki di satu tempat hampir 32 batu daripada Kuala Terengganu pada tahun 1902. Sebuah batu bersurat lagi telah di temui di Pasai, Aceh yang dikatakan merupakan batu nesan pemimpin Islam iaitu Sultan Malik Al' Salih yang telah mangkat pada tahun 1297.


Waktu Beroperasi

9.00 pagi - 5.30 petang dan ditutup pada hari Isnin.

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Muzium Islam Melaka,
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel: +606-282 2973
Faks: +606-282 6745
URL: www.perzim.gov.my
E-mel: admin@perzim.gov.my


Muzium Warisan Baba dan Nyonya
Jalan Tun Tan Cheong Lock, Melaka

Muzium Warisan Baba dan Nyonya ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock atau lebih dikenali sebagai Millionaire's Row. Bangunan Muzium ini merupakan kediaman keluarga untuk tiga generasi seorang Baba.4-baba_nyonya_museum.jpg

Reka bentuk rumah lama ini menunjukkan gabungan budaya timur dan barat. Ia dibina pada tahun 1896 dan mempunyai laman dalam terbuka di tengah-tengah rumah tersebut. Perabotnya dibuat daripada rosewood mengikut reka bentuk Cina, British dan Belanda. Rumah ini memaparkan cara kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka pada penghujung abad ke-19.

Bayaran Masuk:

RM8.00

Waktu Operasi:

Setiap hari 10.00 pagi - 12.30 tengahari
2.00 petang - 4.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Muzium Warisan Baba-Nyonya
No. 48 & 50, Jalan Tun Tan Cheng Lock
75000 Melaka
Tel:
+606-283 1273


Bandar Hilir, Melaka.5-muzium_rakyat.jpg

  • Muzium Layang-Layang
  • Muzium Kecantikan
  • Muzium Rakyat
  • Laman Rakyat
  • Muzium Belia Malaysia
  • Galeri Seni.
  • Muzium Islam Melaka
  • Muzium Chitty Melaka - Gajah Berang, Melaka.
Harga Tiket: 
Dewasa : RM 2.00
Kanak-Kanak : RM 0.50

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Muzium Rakyat
Kompleks Pelancongan
Bukit St. Paul
Banda Hilir, 75000 Melaka
Tel:
+606-282 6526
Faks:
+606-282 6745
atau
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan
Jalan Kota, 75000 Melaka
Tel:
+606-286 6526 / +606-281 1289 / +606-4872
Faks:
+606-2826745
Laman Web:
www.perzim.gov.my
E-mel:
admin@perzim.gov.my


Muzium Alor Gajah dibina pada 1989 dan mempamerkan pelbagai barangan antik, tradisional, peralatan pertanian lama, serta koleksi gambar-gambar sejarah nostalgia dan senjata-senjata purba yang digunakan oleh masyarakat Melayu terutamanya masyarakat Melayu Minang.6-muzium_alor_gajah.jpg

Kedudukannya yang terletak di Dataran Keris amat menarik dan turut memperagakan budaya dan pakaian tradisional masyarakat Melayu Alor Gajah yang banyak dipengaruhi oleh budaya Minang dan Naning.

Kebiasaannya pengunjung boleh mengunjungi Muzium ini pada hujung minggu dan masa cuti sekolah. Bayaran untuk masuk ke Muzium ini adalah percuma sahaja.

Lokasi:
Muzium Alor Gajah
Jalan Lendu
Alor Gajah
75000 Melaka
Malaysia

Masa di Buka:

Selasa - Khamis: 9.00 am to 6.00 pm 
Jumaat - 9.00 am hingga 12.00 t/hari
dan 3.00 pm to 6.00 pm
Sabtu - Ahad: 9.00 am to 6.00 pm 
Isnin - Di Tutup kecuali Cuti Sekolah dan Umum


Penubuhan Muzium UMNO di Melaka adalah suatu kewajaran kepada sejarah bangsa Melayu yang semuanya bermula di Melaka. Kewujudan Empayar Melaka yang menjadi pemangkin (catalyst) dan induk tamadun Melayu di Malaysia memang telah diakui oleh dunia. Pembinaan sistem kenegaraan, politik, ekonomi, budaya, sastera serta Islam sebagai sistem kepercayaan dan cara hidup orang Melayu menjadi ikutan dan pegangan negeri-negeri dan masyarakat Melayu selepasnya dan masa kini.7-muzium_umno.jpg

Dengan itu, pembinaan Muzium UMNO adalah saru justifikasi kepada kepentingan Melaka sebagai pemangkin dan perakam kegemilangan sejarah politik orang Melayu dan Malaysia.

Objektif
  1. Merekodkan semua pencapaian UMNO dalam politik Melaka dan negara.
  2. Melahirkan satu dokumentasi peranan UMNO dalam menjana kepentingan orang Melayu dan pembangunan Malaysia.
  3. Memberi pengetahuan kepada generasi hari ini tentang sumbangan UMNO sebagai parti tunjang Perikatan dan Barisan Nasional dalam memimpin politik, pentadbiran dan pembangunan Melaka dan Malaysia.
  4. Menjadi pusat informasi mengenai UMNO dan politik Malaysia kepada orang ramai dan para pelancong.
  5. Menunjukkan penghormatan dan penghargaan kepada pemimpin UMNO Melaka dan Malaysia yang telah berjasa kepada agama,bangsa dan tanahair.
  6. Menghargai sejarah bangsa dan agama sebagai penggalak patriotisme di kalangan rakyat Malaysia.


Muzium Pemerintahan Demokrasi ini terletak bersebelahan Bukit St Paul adalah salah satu dari lima buah muzium yang membentuk Kompleks Muzium Stadthuys. Muzium ini adalah satu tempat yang paling sesuai untuk mempelajari tentang sistem pemerintahan Malaysia dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kini. Ia juga turut memberi fokus kepada beberapa orang pejuang kemerdekaan ternama negara seperti Syarif Masahor, Yamtuan Antah Seri Menanti, Rentap, Dato’ Bahaman, Tok Janggut dan sebagainya.8-muzium_demokrasi.jpg

Untuk mereka yang berminat tentang sejarah negara, muzium ini turut memaparkan sejarah penentangan penjajah dan Malayan Union pada tahun 1946, perjuangan menentang insurgensi komunis semasa zaman Darurat (1948 - 1960) dan kemerdekaan negara dari penjajahan British. Salah satu bahan pameran yang boleh dianggap menarik adalah keputusan lengkap semua pilihanraya umum yang pernah diadakan semenjak dari pilihanraya pertama pada tahun 1955. Pengunjung ke Melaka tidak harus melepaskan peluang melawat muzium ini kerana ia bakal memberikan maklumat dan pengetahuan berguna tentang Malaysia, tentang bagaimana ia mencapai kemerdekaan dan tentang bagaimana ia ditadbir hari ini.

Muzium ini dibahagikan kepada dua tingkat yang mempamerkan pelbagai artifak dan maklumat berguna. Antara tema pameran termasuklah:
  • ciri demokrasi dalam pemerintahan Kesultanan Melayu
  • sistem politik dunia
  • gerakan anti-penjajah
  • sistem pentadbiran British
  • pendudukan Jepun di Tanah Melayu
  • Malayan Union
  • menguatkan bidangkuasa kerajaan tempatan
  • parlimen sebagai simbol demokrasi
  • pembentukan Malaysia pada tahun 1963
  • pilihanraya - asas demokrasi
  • pencapaian demokrasi di Malaysia

Bayaran Masuk:

Dewasa : RM5.00
Kanak-Kanak : RM2.00

(PERHATIAN: Pengunjung boleh melawat kesemua lima muzium di Kompleks Muzium Stadthuys dengan menggunakan hanya satu tiket masuk.)

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM),
Kompleks Warisan Melaka,
Jalan Kota, 75000 Melaka.
Tel:
+606-282 6070 / 282 6526 / 281 1289 / 281 4872
Fax:
+606-282 6745
Laman Web:
www.perzim.gov.my
admin@perzim.gov.my


Cadangan awal penubuhan muzium ini adalah supaya diadakan satu tempat pameran bagi menempatkan model dan maklumat asas bangunan-bangunan penting dan bersejarah negara ini. Konsep yang dinamakan ‘Malaysia in Miniature’ ini kemudiannya terus dibincang bagi mencapai tahap perisian dan skop serta teknik persembahan yang lebih terancang. Akhirnya lahirlah Muzium Seni Bina Malaysia seperti yang ada pada hari ini.9-muzium_senibina.jpg

Bangunan muzium ini pada asalnya merupakan kediaman pembesar Belanda dan Lembaga Air Melaka (LAM). LAM merupakan pejabat terakhir yang menggunakan bangunan ini sebelum kerja-keja restorasi bangunan ini dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Muzium ini kini ditadbir oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti di bawah Kementerian Kebudayan, Kesenian dan Warisan.

Objektif

  • Muzium ini ditubuhkan untuk menyediakan maklumat asas yang menekankan taburan seni bina lama dan baru yang terletak di seluruh negara. Melalui maklumat serta peragaan ini, pelawat dapat memahami perkembangan senibina negara dengan mudah serta mempunyai pilihan untuk membuat lawatan susualan ke lokasi sebenar sekiranya perlu.
  • Dengan bantuan nasihat dan penglibatan beberapa orang ahli akademik, muzium ini dapat menyediakan maklumat yang lebih informatif serta bercorak akademik agar ramai kumpulan sasar yang beroleh faedahnya. Dalam perancangan jangka panjang, muzium ini juga mampu berfungsi sebagi pusat sumber utama untuk menjalankan penyelidikan berterusan ke atas senibina peting di rantau ini.
  • Oleh kerana ruang yang terhad serta keadaan bangunan yang berbilik-bilik, pihak muzium terpaksa menyesuaikan aliran cerita sepeti yang ada sekarang iaitu skop dan tema pameran disusun bermula dari senibina kaum peribumi ke zaman penjajahan sehinggalah ke zaman kemerdekaan dan pasca kemerdekaan. Selain keterangan teks, gambar dan ilustrasi, peragaan bahan 3D, mural dan model-model bangunan tepilih juga dipamerkan.


Setem merupakan aset yang sangat berharga dari segi kesenian, kewangan dan sejarah kepada yang menghargainya. Penggemarnya akan membelanjakan banyak wang, tenaga dan masa bagi memastikan setem-setem yang jarang ditemui, kerana telah lama tidak diterbitkan, berada dalam simpanan mereka.

Mengikut sejarah, setem dicipta bagi memudahkan bayaran bagi surat dan bungkusan yang dihantar melalui sistem pos milik kerajaan. Oleh yang demikian, ia mempunyai sejarah yang panjang dan berwarna-warni, seindah reka bentuk yang pelbagai. Setem adalah satu wadah yang terbaik dan agak murah bagi merakam peristiwa, alam semulajadi dan tokoh penting dalam sejarah dalam sesebuah negara. Tidak hairanlah, semakin tua usia sekeping setem, nilainya juga bertambah tinggi. 10-muzium_setem.jpg

Adalah diharapkan Muzium Setem Melaka ini secara tidak langsung dapat mendedahkan dan menyebarkan pengetahuan mengenai pembangunan, kebudayaan, pelajaran, sukan, flora dan fauna serta pencapaian negara dalam segal bidang kepada orang ramai melalui setem. Selain daripada itu, pengisian yang terdapat di muzium ini diharap dapat menjadi pendorong kepada rakyat di segenap lapisan untuk menghayati dan menghargai warisan sejarah melalui bacaan dan pemahaman terhadap bahan-bahan yang dipamerkan.

Antara objektifnya adalah:
  • Memberi kesedaran kepada orang ramai terutama sekali kanak-kanak, mengenai sejarah perkembangan setem di Malaysia dan seluruh dunia
  • Menggalak dan mengembangkan kegemaran mengumpul setem di kalangan rakyat Malaysia
  • Menyebarkan maklumat kepada orang ramai mengenai pelbagai peristiwa bersejarah serta orang-orang yang menempanya sama ada di Malaysia atau di tempat-tempat lain di dunia, yang kesemuanya diabadikan dalam bentuk setem.
Bayaran Masuk:
Dewasa : RM1.00
Kanak-Kanak : RM0.50

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.30 petang
(Dibuka pada setiap hari)


Muzium Pertanian terletak di tengah-tengah Pekan Jasin. Muzium ini diwujudkan untuk memaparkan fakta dan mitos asal Jasin sebagai salah satu penempatan perkembangan wilayah yang agak penting bagi Melaka. Jasin merupakan daerah pertama di Melaka untuk mengeluarkan bijih timah dan hasil pertanian serta menjadi perintis penanaman getah di Malaysia. 11-muzium_pertanian.gif

Muzium ini mempamerkan artifak sejarah dan budaya yang berkaitan dengan aktiviti pertanian ini.

Waktu Operasi:

Selasa - Ahad : 9.00 pagi - 5.30 petang
Ditutup Pada Hari Isnin

Bayaran Masuk :

Masuk adalah percuma

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Tel:
+606-529 5837


Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan dengan Muzium Samudera (replika Kapal Flor de La Mar). Muzium TLDM dipindahkan dari pangkalan asalnya di Lumut ke Melaka agar pelawat dapat maklumat yang lebih terperinci mengenai peranan dan sumbangan TLDM kepada negara. 12-muzium_tldm.jpg

Di kawasan muzium ini juga terdapat Kapal ex-KD Sri Terengganu iaitu di antara kapal peronda TLDM pertama yang ditempah oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan telah ditauliahkan pada tahun 1963.

Harga Tiket:
Dewasa : RM3.00
Kanak-Kanak : RM1.00

Waktu Operasi:
Setiap Hari : 9.00 pagi - 5.30 petang

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut:
http://www.perzim.gov.my/muzium_tldm.htm


13-muzium_ydp_melaka.jpgMuzium Yang Di-Pertua Negeri Melaka (dahulunya dikenali sebagai Seri Melaka) merupakan bekas kediaman rasmi dan pejabat Gabenor Belanda di Melaka pada kurun ke-17.

Muzium ini mempamerkan sejarah ringkas institusi kesultanan, pembentukan penubuhan Gabenor Negeri-Negeri hinggalah kepada peranan dan institusi Yang Di-Pertua Negeri.


Muzium Orang Asli ini terletak bersebelahan dengan Taman Buaya Ayer Keroh. Muzium ini mempamerkan koleksi bahan dan peralatan harian suku kaum asli seperti Senoi, Jah Hut dan Mah Meri untuk memperkenalkan kehidupan dan kebudayaan sebenar kaum ini kepada orang ramai. 14-muzium_orang_asli.gif
Terdapat lebih daripada 5 buah galeri dan tema di Muzium ini. Di antaranya ialah kaedah menangkap ikan, peralatan pertanian, ruang dapur dan bilik tidur serta senjata-senjata yang digunakan. Bahan tarikan di muzium ini ialah peralatan di rumah, alat pemburuan, upacara sewang dan sebagainya. Muzium ini diadaptasikan daripada replika rumah orang asli di negara ini.

Waktu Operasi:
Setiap Hari 9.00 pagi - 5.30 petang

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi:

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)
Kompleks Warisan
Jalan Kota, 75000 Melaka
Tel:
+606-282 6526 / +606-281 1289
Faks:
+606-282 6745
URL:
www.perzim.gov.my
Email: admin@perzim.gov.my

last modified Apr 11, 2013 04:08 PM

footer
Paparan terbaik menggunakan resolusi 1024 x 768, pelayar Internet Explorer 8 dan ke atas
Pelawat: Kemaskini : Jul 25, 2014